Iftar di Laman Kayangan Bersama Team Denaihati Network

Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. baru berkesempatan untuk update story story last week..

Rabu lepas, berkesempatan untuk beriftar bersama team Denaihati Network. Alhamdulillah.. Terima kasih Denaihati atas jemputan berbuka puasa ini. Thank you jugak buat Shakiddo yang menyampaikan jemputan tempohari.. Thank you so much untuk korang!


Ramai juga blogger yang turut hadir. Ada di antaranya Sue baru je kenal dan ada juga yang selalunya hanya berkomunikasi dalam alam maya je.. That day jumpa face-to-face.. Alhamdulillah.. peluang berbuka pertama kalinya bersama team Denaihati Network ini memang tak dapat dilupakan..

Kalau masih ingat, sebelum bermulanya puasa, Sue pernah buat review berkenaan dengan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan ini. Untuk mendapatkan info lanjut boleh terjah ENTRI ini.

Kali ni pun Sue still tak dapat merasa semua makanan yang ada. Memang banyak menu yang dihidangkan di sini. Yang menjadi tumpuan of course kambing golek.. Fuhhh.. queue panjang tu..

* credit to Kak Hanny (Diary Mama dotcom) *


* credit to Shida Omar *

Ini antara rakan-rakan blogger yang satu table dengan Sue. Yang familiar, Atikah dan Namia memang Sue dah kenal lama. Dari sebelah Sue tu, Kak Nora, Kak Akma, Atikah, Kak Hanny, Namia, Kak Nooraini, dan Cheq Em.

Waaaaa.. dapat jumpa dengan blogger wanita yang awesome! Best! Happening table weols tau..










Hahahaha.. Amacam? Tergoda tak dengan makanan ni semua? Ni baru sikit je tau.. Ada lagi tu.. Tak sempat nak snap banyak-banyak.. ^_^

Dalam sesi iftar ni, after makan-makan, tiba-tiba ada satu kejutan buat isteri Tuan Hj Amir (founder Denaihati Ilhamku dan Denaihati Network). Rupa-rupanya lagu "Selamat Hari Jadi" yang dimainkan dan dinyanyikan oleh penghibur Laman Kayangan tu ditujukan khas buat isteri Tuan Haji Amir sambil team Denaihati membawa sebiji kek..

Selamat hari jadi kak!




So sweet!

After sesi memenuhkan perut, of course sesi menyempitkan diri dalam kamera pulak.. Ini aktiviti wajib ni.. Pantang ada kamera.. Pasti nak menyelit jugak.. kekekekeke.. ^___^



 * credit to Kak Hanny *

* credit to Eshamz *

* credit to Bro Framestone *

* with Meeya Techik *

Tapi malangnya, Sue tak sempat nak berbual panjang dengan blogger lainnya.. Hopefully next time dapat lagi join event Denaihati Network.. Moga ukhwah yang terjalin ini kekal selamanya.. ^_^

Jom layan vlog dari Azahari Roslan ni semasa iftar tempohari..


Opppsss..sebelum terlupa.. Kali ni Sue ada bawa peneman.. Dia la yang banyak tolong shoot kan gambar Sue dan kawan-kawan.. Hehe.. Sape lagi kan kalau tak En. Along.. Tq tau.. ^_^


hahaha.. jangan layan sangat gambar sengal ni.. -__-"
^_^

Wassalam..

1 comment: