Hanya Tuhan Yang Tahu

Assalamualaikum. Cinta.

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padaMu
Tulus sanubari
Menantikan hadirMu..

Sesungguhnya apabila manusia bercakap tentang kematian, akan membuatkan seseorang takut untuk berbuat kejahatan. Tawar untuk melakukan perbuatan mungkar dan segala kemanisan dunia akan turut menjadi tawar. Mengingati mati adalah ubat yang paling mujarab untuk kita ketika mana hendak melakukan maksiat. Sungguh berulang kali Allah mengingatkan kita akan satu kepastian ini, iaitu mati!

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." [Ali Imran : 102]

* sumber : google *

Seawal pagi 5 Ramadhan 1435H hari ini, Sue dan rakan-rakan sepejabat dikejutkan dengan berita tentang pemergian salah seorang staff syarikat di mana Sue bekerja sekarang ini. Salam takziah buat isteri, anak-anak, & keluarga allahyarham..

Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung seawal kira-kira 6 lebih pagi tadi. Astagfirullah.. Siapa sangka pemergiannya setelah usai bersahur.. T__T

Ajal itu tidak mengira usia, waktu dan keadaan.. Sungguhpun semalam allahyarham masih lagi boleh tersenyum dan bergurau senda ketika bersama rakan-rakan sepejabat yang lain, namun siapa sangka hari ini dia telah pergi meninggalkan kita semua.. Al-Fatihah...

Sue masih berkesempatan menziarahi jenazah dan keluarga arwah tengahari tadi. Walaupun agak lewat dari rakan-rakan yang lain, namun sempat juga melihat jenazah buat kali terakhir ketika dikafankan.. Urusan pengkebumian jenazah juga berjalan lancar usai solat Zohor dan solat jenazah tadi di Masjid Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi. Alhamdulillah.. Allah swt telah mempermudahkan segala urusan tadi..

Buat keluarga allahyarham, moga tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan ini. Bersabarlah.. Ganjaran orang-orang yang sabar menghadapi ujian Allah ini amatlah besar.. Hanya Tuhan yang tahu..

Moga-moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah...

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." [Ali Imran : 145]

Wassalam..

1 comment: