Hadirah Demam Panas

Assalamualaikum. Cinta.

Hadirah demam panas malam tadi.. Mula-mula masa dia nak tidur tak ketara sangat dia demam. Rasa macam berembam (perkataan negeri mana entah) badan dia.. Then after lebih kurang 1 ke 2 jam macam tu masa dia tengah tidur, terasa badan dia panas sangat.. Papa Hadirah yang sedar. Tu pun setelah 2 kali dia mengigau semacam. Merengek tak tentu pasal. Terus bangun. Ambil termometer. Check suhu.

Hurmmmm.. agak tinggi. 38.6c bacaan suhu badan Hadirah. Time tu lebih kurang jam 1 pagi. Sue terus kejutkan Mama tanya ada ubat ke tak. Nasib baik ada ubat suppository, sejenis ubat demam panas yang kena masuk ikut punggung kanak-kanak untuk meredakan panas dalam badan.

Sebelum tu memang Hadirah asyik merengek je. Ade je benda yang tak kena. Jenuh melayan kerenah dia dari siang sampai ke malam. Sekejap sekejap menangis.. Letih dibuatnya. Ingat sebab lapar. Lagipun dah beberapa hari tak makan nasi. Since balik kampung. So malam tadi bagi makan nasi sambil dia main air. Sebabnya dia ni susah makan nasi. Mungkin dia buat perangai sebab mengantuk juga. Siangnya dia tak tidur lagi. Itu yang kami semua assumed.

Disebabkan siang tu dia mandi terlalu lama maybe sebab itu dia demam. Dah larang dah. Tak bagi mandi lama-lama, dia bantai meraung macam kena dera. Haihhhh...memang sabar je la.. Everytime pujuk dia untuk keluar dari bilik air tu, dia meraung. Macam-macam cara dah guna. Siap dah bertukar-tukar orang yang mandi, dia tak juga keluar. After dekat 2 jam baru dia keluar. Tu pun jenuh juga la pujuk..

Malamnya dia mandi lagi. Nak swim katanya. Biasanya memang tak bagi dia mandi malam-malam camni. Ini dia pulak yang beria sangat nak mandi. Duduk la dia main air lagi. Sambil tu suap makan nasi.. Ada la juga masuk ke perut. Kenyang la sikit. Takde la nak melalak je..

Tapi tu la.. demam pulak. Risau sebab demam panas. Tinggi tu suhunya. Memang niat nak bawa ke hospital dah tadi.. Tapi try masukkan ubat ikut punggung dia dulu sambil jerlum kepala dia dengan air. Letak towel basah kat dahi dia. Tengok dalam sejam dua macam mana keadaan dia. Lagipun dia selsema. Susah nak bernafas seperti biasa. Puas la pujuk dia tidur atas dada mummy or papa sebab dengan cara tu boleh kurangkan ketidakselesaan dia. Tapi Oni juga yang dia nak. Jenuh pujuk dia. Kan dah cakap dah, jangan menangis. Dah selsema.. Puas dah advice macam-macam. Dia kata "ok" je tapi buat jugak.. Haihhhh la anak..

Then lebih kurang sejam lepas masukkan ubat tu, dia dah mula berpeluh. Dah aktif sikit. Siap ajak papa dia main game lagi. Alhamdulillah.. syukur.. Hadirah dah ok sikit.. Tapi bila dia dah terjaga, al-maklumlah.. lambat la sikit tidur balik. Lebih kurang jam 3 pagi tadi baru tidur balik..

Kejap lagi tengok dia macam mana.. Kalau still demam lagi, ingat nak bawa je ke klinik biasa yang serasi dengan dia.. Moga-moga Hadirah sembuh cepat..



Wassalam..
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment