Buffet Ramadhan 2014 - PICC | Putrajaya

Assalamualaikum. Cinta.

Beberapa hari sebelum puasa pada minggu lepas, Sue berkesempatan memenuhi undangan untuk preview buffet Ramadhan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang memperkenalkan tema "Hidangan Tradisi Warisan Budaya". Lebih 200 hidangan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan untuk pakej buffet Ramadhan ini buat julung-julung kalinya. Pakej buffet Ramadhan ini telah pun bermula pada 30 Jun 2014 yang lalu sehingga 25 Julai 2014 ini.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badlishah Ahmad, berkata juadah yang disediakan sangat istimewa dan  tidak dapat dibeli di gerai biasa. Beliau berkata, PICC menawarkan makanan yang unik dan tidak dijual pada hari biasa menerusi buffet Ramadan kerana memahami kebiasaannya orang ramai akan mencari juadah sedemikian ketika berpuasa.

Pakej buka puasa di PICC Putrajaya kali ini menawarkan harga yang berpatutan dengan hanya RM80.00 untuk dewasa dan RM40.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Buffet Ramdhan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Namun pada minggu pengenalan dari 30 Jun hingga 6 Julai, pengunjung akan menikmati buffet Ramdhan ini dengan diskaun 10%.

Antara menu yang ada dihidangkan di sini adalah mengikut tema seperti "Sup Masyuk Berangkat", "Kawah Berapi", "Gerai Utama PICC", "Mangkuk Panas", "Pembuka Selera", "Sejuk Badan", "Kebun Buah Pak Rosmie", dan "Dahaga". Menarik kan nama-nama tema makanan di sini.

Ini antara hidangan yang sempat Sue capture.






Menu bagi desert juga tak kurang hebatnya.









Buffet Ramadhan PICC Putrajaya 
Tarikh : 30 Jun - 25 Julai 2014
Harga : Dewasa RM80        
Harga : Kanak- kanak RM40 (5 tahun ke atas )

Minggu pengenalan 10% diskaun 
Tarikh : 30 Jun - 6 Julai 2014
Harga : Dewasa RM72 
Harga : Kanak-kanak RM36 (5 tahun keatas)
(hidangan moreh dari jam 10 malam hingga 12.30 pagi pada harga RM15.00 seorang)

Yang menariknya, tetamu yang datang akan di hiburkan oleh seorang penghibur tanah air yang popular iaitu Rosma AF setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini. 


Sambil menjamu selera juga, para pengunjung juga boleh memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama duit raya sebanyak RM3,000 di samping hadiah lain bernilai lebih RM10,000 seperti TV LED 40 inci dan telefon pintar Samsung Note 3. Siapa yang tak nak kan? Bukan senang nak dapat hadiah percuma ini. Pengunjung hanya perlu menyertai "Cabutan Bertuah" ini untuk memenangi hadiah yang telah ditawarkan.

Acara itu terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Syawal di laman Facebook PICC.

Selain itu, PICC juga menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat yang berminat majlis itu bersama kakitangan mereka, dengan jumlah minimum 100 orang. Tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-88876000 atau layari laman web www.picc.com.my.


PICC PUTRAJAYA
Tel : 03 - 8887 6000
Email : kumari.nahu@picc.com.my


Wassalam..

3 comments:

  1. Terliurrrr tengok pencuci mulut!! Urrrghhhhhhhhh hope ada rezeki makan kat PICC Putrajaya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. takpe.. nanti next time maybe rezeki ena plak mkn kat sini.. :)

      Delete
  2. Wahh nice mknn dia....tp rugi xmkn semua huhu...perot ni bkk pose xleyh nk sumbt sgt...huhu

    ReplyDelete