Buffet Ramadhan 2014 - De Palma Hotel | Shah Alam

Assalamualaikum. Cinta.

Baru-baru ini Sue berkesempatan untuk berbuka puasa di De Palma Hotel, Shah Alam bersama dengan beberapa orang rakan blogger yang turut diundang untuk berbuka puasa di situ.


De Palma Hotel Shah Alam yang merupakan satu-satunya hotel yang berkonsepkan syariah di Negeri Selangor turut menyediakan buffet Ramadhan bermula 1 Ramadhan 1435H sehingga hari terakhir. Kelainan pada buffet Ramadhan di sini pada tahun ini adalah konsep yang dipilih oleh barisan chefnya iaitu berkonsepkan "Masakan dari Periuk & Belanga". Konsep ini dipilih bertepatan dengan masakan warisan Melayu zaman dahulu kala. Setiap tahun, De Palma Hotel menampilkan konsep buffet Ramadhan yang berbeza-beza untuk para pengunjungnya. 




Kalau nak tahu, De Palma Hotel masih mengekalkan konsep gerai ala bazar, di mana hidangan yang disajikan mencecah hampir 150 jenis lauk pauk yang disediakan oleh chef-chef yang sangat berpengalaman dalam industri masakan dan perhotelan. Menu di sini memang cukup istimewa. Antara hidangan yang diketengahkan kali ini adalah Ikan Pari Masak Asam Pedas Rebus dan Bendi, Rendang Udang Galah dengan Daun Kunyit, Pucuk Paku Masak Lemak dan lain-lain lagi.



Yang menariknya, Ikan Keli ini dimasak segar oleh chef. Masak secara live. So, sambil-sambil tu boleh la tengok ikan keli yang masih hidup sedang berenang-renang dalam akuarium.


Juadah tradisional macam ubi rebus pun turut disediakan di sini. Memang banyak menu yang terdapat di sini. Sue pun tak habis nak rasa semua yang ada ni.. ^_^


Juadah yang ditampilkan turut menampilkan kelainan di mana sebagai menyahut seruan 1Malaysia, juadah tersebut turut menggabungkan 3 bangsa utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan India. Antara menunya adalah seperti pakora, vadey, capati, tosai, Nyonya Curry Mee, sup tulang, gulai kambing, gulai nangka, dan lain-lain lagi.







Kalau teringin nak rasa ketupat nasi ke ketupat palas ke tapi tak nak tunggu hari Raya, boleh datang berbuka di sini. De Palma Hotel turut menyediakan menu ketupat nasi, ketupat palas, rendang, serunding ayam, serunding daging dan kuah kacang.


Selain itu, kalau nak rasa lauk-pauk kenduri pun ada di sini. Lauk-pauk ini telah diberi sentuhan moden bersesuaian dengan selera golongan anak muda masa kini. Antara menu yang ada seperti Nasi Minyak Istimewa, Ayam Masak Merah, Daging Kerutuk, Ikan Masak Masam Manis, Pajeri Nenas dan sebagainya.



Ini antara juadah yang sempat Sue rasa..






Selain daripada itu, buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam turut menyajikan beberapa pengisian rohani. Sebelum berbuka puasa, tahlil ringkas diadakan yang diketuai oleh ustaz-ustaz jemputan bagi mengisi masa sebelum masuknya waktu Maghrib. Azan Maghrib akan dilaungkan secara langsung di dalam dewan The Grand Ballroom, dewan utama untuk buffet Ramadhan ini. Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh secara berjemaah akan diimamkan oleh imam residen De Palma Hotel Shah Alam. Turut diperdengarkan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Imam yang diterbangkan khas dari Yaman, diikuti dengan tazkirah yang akan disampaikan oleh ustaz jemputan dengan tajuk dan isu-isu yang menarik. So, para pengunjung tidak perlu risau tentang tempat solat dan sebagainya.


Buffet Ramadhan De Palma Hotel, Shah Alam menawarkan harga buffet RM75 untuk dewasa dan RM37.50 untuk kanak-kanak 6 - 12 tahun.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi Kaunter Tempahan Ramadhan di talian 03-55428080 atau Jabatan Jualan di sambungan 519.

 * Rakan-rakan blogger yang turut hadir.. Melastik Bintang dah balik awal 5 minit sebelum kami bergambar.. ngeee~~*



De Palma Hotel, Shah Alam
Pn. Hanidah Shahril
Tel : 03-55428080
Fax : 03-55420492

Updated :


Diskaun 15% untuk PEMBACA BLOG!
**Nyatakan nama blog yang anda ikuti untuk TEBUS DISKAUN**


sila nyatakan blog www.suesopian.com sebagai sumber info ini dan dapatkan 15% diskaun ^_^ Pihak De Palma Hotel Shah Alam akan memberikan diskaun 15% untuk anda! So, ape tunggu lagi! Jom ke De Palma Hotel Shah Alam untuk berbuka puasa Ramadhan ini.. ^_^

Wassalam..

3 comments:

  1. Bestnyaa dapat berbuka kat sini. Wahh sedap sedap menu yang disediakan oleh De Palma Hotel ni. Semua buat ena teruja! Aaaauuummmm

    ReplyDelete
  2. Masakan mengunakan bekas tanah liat lain rasanya.

    ReplyDelete