11:08:00 PM

Ceritera Hari Raya Pertama | Aidilfitri 2014

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Ehem..ehem.. Baru nak story pasal raya.. Tengok ramai yang dah update story raya kan.. Sempat la singgah 2-3 blog cerita pasal raya tadi.. So sementara ada Internet ni Sue nak jugak la update. Sempat update kat fb je.. Tu pun kalau ke bandar.. Kat kampung takde line ye.. T_T Line telefon pun kejap ada kejap takde. Kena panjat pokok kelapa baru la jumpa line.. Tu pun ciput je.. sob..sob..sob..

Raya kali ni Sue beraya di Kamunting dulu.. Rumah family-in-law.. Beberapa hari sebelum raya Sue dah ada kat sini. Sebelum tu tidur semalaman kat rumah opah sebelah Mama Sue kat Kuala Kangsar sebab nak ambil Hadirah.. Mama Sue balik kampung awal lagi dari kami.. So singgah sana dulu la sebelum balik Kamunting.


Ni pun tak cukup ahli lagi ni.. So sekarang ni tengah tunggu adik ipar Sue dengan wife dia sampai.. Katanya malam ni dia sampai sini tapi sampai sekarang ni (masa tengah taip entry ni) dia belum sampai lagi..



Comel je bila Hadirah beraya dengan kami.. "selamat hari raye mummy.." "selamat hari raya papa"
Alahai.. comel sangat.. Seronok dia dapat duit raya.. Tapi pandai suruh mummy yang simpan.. Good girl! Nanti mummy simpan dalam tabung ye..


After dah raya raya dengan family-in-law hari tu, kami terus balik ke kampung opah Sue pulak kat Kuala Kangsar..

Masa tengah bersiap bagai nak gerak ke sana, pakaikan la Hadirah kasut baru yang kami beli hari tu.. Al kisahnya kasut tu tak muat.. T___T Sadis betul.. Dah la raya pertama ni.. Kasut tak muat pulak.. Padahal dah beli saiz yang selalu dia pakai.. Memang masa beli pun tak bawak dia sebab tak berkesempatan. Bila bawak dia, dia tak berkenan. Lastly kami yang belikan.. Tu pun dah last minit pun.. Dah nak balik kampung singgah kedai kasut kejap then beli.. Haihhhh.. kesian kat Hadirah.. Mummy takde kasut raya takpe, janji kasut untuk Hadirah ada.. Tapi tak muat pulak.. Salah pilih saiz.. 

Terus la ke The Store Kamunting. Tu pun sebab dah last minit. Nak ke Taiping takut jammed raya raya camni.. Nasib baik jumpa saiz yang ngam dengan dia. Mula-mula tu dia pilih kasut lain tapi saiz untuk dia takde.. 2-3 choices jugak la takde saiz.. Nasib baik next choice tu Hadirah berkenan jugak and ada saiz.. Mesti pekerja kat situ pelik.. Kami je yang berbaju raya datang beli barang kat situ.. Hahahaha.. Ini adalah pengajaran.. Nak beli kasut untuk Hadirah lain kali kena bawak dia.. -__-"

After beli kasut baru la boleh bergerak ke kampung opah dengan aman.. Kalau tak, tengok Hadirah kesian kat dia.. kecewa dia kasut baru tak muat.. Alahai... nampak sangat muka kecewa dia tu.. T___T

Tu yang beli jugak kasut.. Tak sampai hati tengok dia.. Salah mummy and papa jugak.. beli kasut tak bawak dia.. huhu..

Then sampai rumah opah sebelah Mama Sue, tengok tengok ramai saudara mara yang datang.. Penuh kat laman rumah opah tu. Nak park kereta pun dah hujung hujung.. Nasib baik dah ada khemah. Boleh la terus hidang makan kat bawah khemah je tu.. 

Ermmmm.. khemah ye? Khemah untuk apa? Nanti Sue story dalam entry lain ye..

Kali ni tak sempat nak bergambar dengan family belah opah Sue ni.. Memang tak menang tangan. Orang datang ke rumah opah ni tak putus putus. Opah belah Mama Sue ni memang ramai saudara-mara. Tiap-tiap tahun memang penuh rumah opah dengan kunjungan dari adik-adik opah and atok sekali dengan anak cucu dorang.. Sebab opah and atok masing-masing anak sulung. Ramai adik-beradik pulak tu.. Tu yang tak putus putus orang datang rumah.. Opah and atok tak boleh ke mana first day raya tu.. sampai ke malam biasanya orang datang..

After zohor, kami ke kampung opah sebelah Abah Sue pulak. Raya dengan opah belah sana, dengan adik-adik abah..Then saudara abah sebuah rumah.. Kiranya kali ni 2 buah rumah je la kami pergi. Selalunya 3-4 buah rumah sekali jalan bila ke kampung opah belah Abah..



Kat sini sempat la bergambar sakan.. Haha.. Memang berlambak gambar time ni.. posing sakan masing-masing..





Dah siap raya bagai balik semula ke rumah opah Mama Sue.. Then after isyak, kami semua ke rumah Ayah Long, abang sulung kepada Mama Sue.. Kami ke sana dengan Maksu dan anak-anaknya je.. Paksu tak balik lagi.. Dia kerja lagi raya first..


Tak sempat bergambar dengan semua kat situ.. sepupu Sue, anak-nak Ayah Long ni masing-masing nak balik rumah mertua masing-masing.. Sempat bergambar dengan Zarra je ni.. Tu pun culik dia dari ibu dia. Menangis tak nak kat orang.. terus culik je bergambar kejap.. Nampak ibu dia terus menangis balik.. Hahahaha.. kesian awak Zarra.. kena buli dengan MummyLong kan..

Ok la.. nanti Sue sambung lagi ye.. Raya first memang beraya ke rumah yang tiap-tiap tahun tak pernah missed sekali pun.. Yang lain-lain tu kalau ada masa baru la kami serbu.. Raya kedua dah tak boleh nak beraya dah.. ada kerja lain menanti.. Will update soon...

Till then, babai.. 
Selamat malam cinta!

Wassalam...
8:30:00 AM

Try Resepi Roti Jala

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Ini adalah percubaan pertama Sue untuk buat roti jala. Memang Sue suka makan roti jala tapi kalau nak buat tu memang tinggal harapan je la..

Ni pun belajar melalui Internet je. Tanya je kat pakcik google, confirm dia boleh jawab.. Beribu dia boleh bagi resepi roti jala. Kebetulan Mama Sue ada masak kari daging. So nak sedap lagi buat roti jala pulak. Itu pun Mama Sue yang tolong bancuh.. Haha.. ngelat kan..

Sue ikut resepi dari rakan blogger,  Che Mat Gebu dari blog Tiffin Biru je.. Cuma modify sikit la ikut selera Sue.. Sue tak guna susu pun.. Hehe..

Korang jangan gelak tau.. Roti jala ni tak cantik.. Hahaha.. terkirai-kirai je rupanya.. Memang la nama lainnya roti kirai. Tapi kalau tengok Sue punya rupa roti jala ni memang kirai-kirai je..



Resepi roti jala yang Sue guna seperti di bawah..

BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)


Senang je rupanya nak buat roti jala ni.. Cuma kena pandai nak kirai dalam pan or kuali tu.. Tapi kalau ikut PCM, guna botol sos yang berlubang 3 tu cantik dah.. Sue pun time ni guna alat khas untuk roti jala.. Tapi still tak cantik.. -__-" Haihhhh.. Ni yang malas nak buat lagi ni.. Tak cantik pulak.. Tapi yang penting sedap dan licin.. Ni menu berbuka puasa hari tu.. Tu pun Adik yang request..

Wassalam..
11:30:00 PM

Salam Aidilfitri

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Di kesempatan hari yang mulia ini, Sue menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai selama perkenalan kita, tak kira dalam alam maya ini mahupun dalam realitinya, Sue ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan sesiapa, tertulis sesuatu yang menyakitkan hati, terlanjur perkataan dan tingkahlaku, serta segalanya.. Andai ini Ramadhan terakhir buat Sue, Sue mohon ampun dan maaf.. diharap tiada rasa terguris di hati kalian..

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.. 

Berhati-hati semasa pulang ke kampung.. ^_^

Yang menyayangi kalian,
Sue Sopian


Wassalam..
1:00:00 PM

Entri Auto Publish

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Sorry guys.. Sue hanya buat entry auto publish je untuk minggu raya bermula hari ini.. Jikalau berkesempatan Sue akan update cerita raya Sue atau perkara-perkara yang berlaku secara tiba-tiba..


So jangan pelik la kalau entri tu agak biasa dan cerita-cerita lama. Sue memang banyak tak update blog.. Agak sibuk kebelakangan ini.. So sementara ada masa ni, Sue buat auto publish je.. Banyak dah dalam draft tu.. cuma tak dikeluarkan je lagi.. Hahahaha.. terlebih rajin dah ni..


Salam Aidilfitri.. maaf zahir & batin..

Wassalam..

sumber gambar : pakcik google
9:30:00 AM

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2014

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2014/1435H

Tarikh sebenar melihat anak bulan syawal ialah pada petang hari ahad 27 Julai 2014 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1435H. Cara menetapkan tarikh hari raya puasa 2014 adalah berdasarkan rukyah dan hisab sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja Raja mengikut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja Raja.

Tempat Melihat Anak Bulan Syawal 2014/1435H 

Negeri
Tempat melihat anak bulan syawal 2014
JOHOR
Pontian Kecil
KEDAH
Kampung Pulau Sayak,Kuala Muda
Menara Alor Setar, Alor Setar
Pemandangan Indah,Pulau Langkawi
KELANTAN
Bukit Peraksi,Pasir Puteh
Bukit Kampung Tembeling,Mukim Manjur,daerah Olak Jeram,Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC,Jalan Tengku Putra Semerak,Kota Bharu
KUALA LUMPUR
Menara Kuala Lumpur
LABUAN
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah,Kampus Antarabangsa Labuan
MELAKA
Kompleks Falak Al-khawarizmi,Kg Balik Batu,Tanjung Bidara
NEGERI SEMBILAN
Telok Kemang,Port Dickson
Bukit Tanjung Batu,Nenasi
Gunung Berincang,Cameron Highlands
Bukit Pelindong,Kuantan
PULAU PINANG
Pusat Falak Sheikh Tahir,Pantai Aceh
PERAK
Pantai Pasir Panjang,Mukim Pengkalan Baru,Daerah Manjung
PERLIS
Kuala Sungai Baru,Simpang Empat
PUTRAJAYA
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
SABAH
Balai Cerap Al-Biruni,Tanjung Dumpil,Putatan
SARAWAK
Tanjung Lubang,Miri
Teluk Bandung,Kuching
Tanjung batu,Bintulu
SELANGOR
Bukit Melawati
Bukit Jugra,Banting,Kuala Langat
Balai Cerap Selangor,Sabak Bernam
TERENGGANU
Bukit Besar,Kuala Terengganu
Bukit Geliga,Kemaman
Pulau Perhentian,Besut
Balai Cerap Kusza,Merang,Setiu


Wassalam..
6:32:00 AM

Salam Takziah Sahabat

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran : 145)


Terkejut! Allahuakbar.. sungguh berat ujian dan dugaan yang Engkau turunkan kepada salah seorang sahabat Sue..

Memang Sue terkejut apabila melihat status kawan Sue di fb sebentar tadi. Dia siap tag Sue lagi.. Kalau dia tak tag Sue rasanya Sue mungkin tak perasan.. Terima kasih Farzana..


Suami kepada sahabat Sue, Ain telah meninggal dunia malam tadi akibat kemalangan jalan raya.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Hari terakhir Ramadhan ini pelbagai ujian yang melanda.. Moga arwah Kamal ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Moga rohnya dicucuri rahmat..

Ain.. tabahlah dalam menghadapi dugaan yang satu ini.. Berdoalah banyak-banyak.. Be strong Ain! Banyak-banyakkan bersabar..

Rakan-rakan sekalian, sekiranya sudi sedekahkanlah alfatihah buat arwah Kamal... 
Ain ni merupakan housemate Sue semasa Sue ambil degree di UiTM Shah Alam suatu masa dulu..


Ini gambar arwah Kamal bersama Ain ketika majlis perkahwinan mereka pada tahun 2012.. Hanya tinggal kenangan..

Alfatihah buat arwah Kamal..

Sue turut bersimpati atas apa yang berlaku.. Sedih.. Tambah-tambah esok dah nak raya.. Sayu hati ini.. T___T

Hurmmmmm...

Wassalam..
5:00:00 AM

Iftar di Restoran F Kuala Ketil, Alam Avenue | Shah Alam

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Ini adalah iftar terakhir di luar bagi Sue sebelum pulang bercuti ke kampung tempohari. Iftar kali ini direncanakan oleh kawan-kawan En. Along dari Mahkamah Selangor. Alhamdulillah.. tiap-tiap tahun kawan-kawan office En. Along rajin ajak iftar sama-sama.

First time sebenarnya Sue makan-makan area Alam Avenue ni.. Kalau sampai kat Alam Avenue ni cuma area deretan kedai yang depan-depan tu especially Sincerelybyus Boutique tu je. Favorite butik Sue tu..

Sue dan En. Along sampai pun dah dekat dekat nak berbuka. Makanya memang ambil apa yang ada. Ramai juga yang berbuka di sini. Tak sempat nak ambil banyak menu pun. Makan apa yang ada. Lagipun ramai yang dah ambil macam-macam sampai penuh meja.



Kambing bakar sampai terlebih-lebih. Hahahaha.. Tq Shahrul!


Buffet kat sini berharga RM 17. So ambil la apa aje.. Not bad semua makanan dia. Tapi sorry la ye sebab sampai lewat, banyak yang dah licin.






Yang best dapat dukung Baby Ana.. She's so cute.. Baik je.. rasa nak bawak balik je.. Muahahahaha.. ^_^



Banyak juga menu yang disediakan di sini. Antaranya, kambing bakar, nasi briyani, lauk-pauk, otak-otak, roti John, beberapa jenis pasta, kuih-muih dan buah-buahan sebagai pencuci mulut, dan minuman sejuk/panas.

Sesiapa yang ingin berkunjung ke sini, info seperti di bawah :-

F KUALA KETIL RESTAURANT & CATERING
Alam Avenue, No. C-7-G, Jalan Serai Wangi H16/H, 40200, Shah Alam, Selangor
Dewasa : RM 17.00 / Kanak-kanak : RM 10.00
Tempahan : 03-55240225 / Whatsapp : 018-9196798


Wassalam..
10:57:00 PM

Ke Bazaar Aidilfitri Taiping

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Malam semalam gigih la kan Sue meredah jammed ke Taiping.. Semata-mata nak cari shawls.

Actually memang la hari tu masa kat Menara TM dah cari shawls untuk match kan dengan baju raya yang ada tapi takde yang berkenan di hati.. Ada jualan kat Menara tu tiap-tiap tahun.. Tapi tahun ni memang Sue tak jalan sangat. Prepare keperluan raya pun last minute jugak. Entah la..

Nasib baik Sue ke Taiping berdua je dengan En. Along. Hadirah kami tinggalkan dengan acik dia. Lagipun kami naik motosikal je. Confirm Taiping jammed. Last minute ni memang ramai yang keluar buat preparation terakhir.


Jalan punya jalan terjumpa Tok Aba's Kokotiam pulak. Try je la kan.. kikikikiki..





Biasa je la rasa dia.. Saja try je ni.. Hahahaha.. terpengaruh pulak.. Macam kanak-kanak pulak rasanya.. Ni kalau bawa Hadirah ni memang merengek-rengek nak..

Kaki pun dah naik lenguh. Jalan sepanjang panjang bazar tu la.. semua gerai kami singgah. En. Along siap sampai cramped kaki.. kekekekekeke.. Tq tau! 

Banyak yang tak berkenan. Bukan la cerewet tapi nak beli yang betul-betul berkenan di hati. Kalau tak berkenan nanti tak pakai. Dok je la dalam almari tak pakai-pakai.. Kan ke dah membazir namanya tu.. At least leas ni boleh la pakai ke office ke, ke kenduri kendara ke.. ^_^

Kami balik pun dah lebih jam 11.00 malam rasanya. Hadirah siap dah tidur la. Selalu tidur lambat.. Kali ni awal pulak..

Bazar ni memang besar la.. macam-macam ada jual. Tambah-tambah nak raya ni. Tapi jammed tu yang tak tahan. Bukan jammed dengan kereta. Jammed dengan orang. Memang havoc la. Malam ni and malam esok confirm lagi havoc. Ramai yang dah pulang ke kampung kan.. Masak la meredah jammed.. Fulus tak ramai je nak join cuci mata.. Hahaha.. kalau dah jalan-jalan confirm nak beli jugak apa-apa.. Haihhhh.. -__-"

Wassalam..
posted from Bloggeroid
12:18:00 AM

Balik Kampung

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Dah hampir nak sampai kampung dah ni.. Balik Kuala Kangsar malam ni.. Hadirah, Mama Sue dan Adik dah selamat balik sana dah semalam..



Petang tadi packing barang.. tapi ni baru suku je tau.. Full kereta kali ni.. Macam-macam hado..



Sempat lagi En. Along ajar check kereta tadi.. Hahahaha.. ingat ke tak ni.. Entah la.. Rasa-rasa macam ingat.. Kena always repeat ni..

Ok.. now baru lepas Hentian Sungai Perak.. Isi minyak jap.. Tadi Sue tertidur. Asalnya nak jadi co-pilot la kan sambil pegang phone tengok waze.. sudahnya kelauttttt jugak.. Hehe.. sorry eh pilot!



Jammed sikit la.. Ada 2 tempat excident tadi.. Now dah nak selamat sampai.. Alhamdulillah...


Wassalam..
posted from Bloggeroid
12:24:00 PM

Dah Ready Ke?

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Semalam, Mama Sue jaga baby Karl Zulkarnain.. Tapi rasanya Cik Yana la kot yang jadi babysitter nya.. Hahaha.. Kan dia takde kerja lagi kat rumah tu..

Daripada dia dok melagha je baik dia jaga Hadirah dan Karl Zulkarnain.. Bonda Karl Zulkarnain ada kerja luar semalam..

So, Cik Yana ada hantar gambar melalui whatsapp semalam.. Huh! Terkejut! Pandai jugak si Hadirah jaga baby Karl Zulkarnain..



Gaya seorang kakak jaga adiknya.. Hahaha.. adeh!
Dah ready ke kakak ni nak ada adik lagi ni?? Tak jeles dah ke?



Can't imagine how she will react nanti.. Doa-doakan la moga-moga ada rezeki Hadirah dapat adik.. Kesian takde kawan kat rumah tu.. Huhu..

Wassalam..
posted from Bloggeroid
11:45:00 PM

Iftar di Restoran Asam Pedas Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Pertama kali ke Bandar Baru Bangi especially ke Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. First time juga Sue ke sana driving sendiri dengan dibantu oleh co-pilot kat sebelah.. hihi.. ^_^

Jauh perjalanan that day.. dengan mengadap traffic jammed yang tak pernah sunyi.. Adat la kalau tinggal di bandar kannnn.. phewwww~~~ Berpeluh mokcik drive tengah-tengah bandar yang padat penduduk ni.. Kena cilok sana, cilok sini.. Haihhhh.. mana tak ganasnya mokcik ni bawak kereta.. Terpaksa okeh.. tak rela tau tapi terpaksa sebab keadaan mendesak.. Kekekeke.. terbaik kan alasan mokcik yang sorang ni.. Co-pilot geleng kepala aje.. hewhewhew..

Alhamdulillah.. sampai di Restoran Asam Pedas Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pun cun cun je nak berbuka.. Walaupun begitu, kami bukanlah orang yang paling lambat sampai ye.. Ngeeeee~~~



Dah namanya Restoran Asam Pedas, tak sah kalau takde asam pedas, ye tak.. Asam pedasnya memang sedap! Walaupun Sue bukanlah peminat tegar asam pedas, tapi Sue makan jugak tau.. Mama Sue and father-in-law Sue pun rajin masak asam pedas kalau kami ada kat rumah mereka.. So memang dah biasa makan asam pedas.. Tapi ditegaskan sekali lagi ye, Sue bukan peminat tegar asam pedas.. Kenapa? Hurmmmmm.. susah juga ye nak jawab.. Tapi memang tak minat la.. Kalau setakat nak makan tu boleh la nak makan.. tapi kurang minat je.. -___-"


Bila sampai je kat restoran ni, cuma nampak air je.. Hahaha.. makanan tolak tepi dulu.. Kat sini, that day, memang tak sempat nak explore habis restoran tu.. Yelah..sampai pun dah nak masuk waktu Maghrib..nak berbuka dah.. Tak sempat la nak explore.. Lagipun hidangan memang telah tersedia dengan table yang siap di booked.. Dah penuh table dengan macam-macam hidangan. Memang tak pandang yang lain dah..



Nasi yang agak special.. Dibungkus dengan daun pisang.. Terpelihara texture nasi tersebut.. Wangi je.. Siap boleh tambah nasi lagi tau sebab sedap.. (ke sebab lapar? hahaha..)



Actually tak banyak jenis food yang sempat Sue tembak.. Ni mana yang ada depan mata je.. Table panjang, segan nak explore satu table.. muahahaha.. 
Nak tengok menu pun tak sempat.. -__-"

Ada telur itik masak lemak.. daging salai masak lemak.. Perghhhh.. Banyak jugak lauk-pauk yang dihidangkan.. Pandai tukang booking pilih lauk.. Not bad.. ^_^ Sedap & we all enjoy!

Al-kisahnya boleh berbuka di sini sebab Sue ikut join kawan-kawan En. Along berbuka.. 
Errrr..jangan ditanya kenapa Sue sorang je girl yang ada.. haha.. 
segan mokcik weh.. 
sob..sob..sob..

En. Along pun happy dapat jumpa kawan-kawan lama dia.. lama jugak tak gathering macam ni.. Dapat sembang-sembang...borak-borak.. Sebelum Sue kahwin lagi beberapa orang daripada kawan-kawan En. Along ni, Sue dah kenal.. especially ex-housemate En. Along dulu.. Hahaha.. confirm la kenal..

Komen Sue, makanan kat sini memang sedap!! *thumb's up*
Thanks a lot kepada yang belanja kami hari tu.. Moga-moga dimurahkan rezeki oleh Allah swt..amin.. ^.^

* Ini antara kawan-kawan En. Along yang hadir tempohari *

Ok lah.. Kalau ada sesiapa yang teringin nak makan kat sini, boleh la terus berkunjung Restoran Asam Pedas Seksyen 7, Bandar Baru Bangi ini. Dekat dengan area Sup Urat Keting.. Tapi jangan tersilap kedai sudah la.. Kat Seksyen 8, Bandar Baru Bangi pun kalau tak silap Sue ada juga Restoran Asam Pedas tapi tak tahu la samada dua-dua restoran asam pedas ni di bawah satu bumbung ke tak.. sama cawangan ke tak..

Jangan risau.. Di Restoran Asam Pedas Seksyen 7 ini, tempat solat juga disediakan..

* credit to Yan Ty *


RESTORAN ASAM PEDAS SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI
Alamat : No. 58, Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi


Wassalam..


p/s : tuan blog pun nak selfie jugak dalam jammed.. tensi tau sebab jammed.. muahahaha.. 
Tuan blog takde gambar dalam geng tu.. so letak selfie je la ye.. maap.. :D

Selamat malam cinta!
9:40:00 PM

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com

by , in
Assalamualaikum. Cinta.



Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Wassalam..