Ujian dan Kasih Sayang Allah

Assalamualaikum. Cinta.


Sememangnya dugaan demi dugaan yang dilalui itu sebenarnya adalah pemangkin kepada kekuatanku..

Pesanku, walau sebagaimana ombak badai melanda, pasakkan iman di dada. Jangan lemah duhai diri. Jangan beranggapan bahawa kita sedang bersendiri.

Jangan beranggapan bahawa tiada yang sudi menemani. Jangan gusar, jangan cepat mengalah duhai diri.

Allah, jangan membiarkan ujian-ujian itu membunuh keinginanku untuk berada di jalan-Nya.

Ketahuilah duhai diri, ujian itu adalah tanda Dia peduli. Ujian itu adalah bukti kasih sayang dari Ilahi. Masakan Dia bisa membiarkan aku berlapang dada serta bersenang-lenang tanpa ujianNya?

DIA rindukan suaramu duhai diri. DIA memilihku di antara jutaan manusia-manusia lain kerana DIA ingin mendengar tiap rintihan dan doaku. Betapa sayangNya DIA akan aku. Betapa peduliNya DIA akan aku.

Bersyukurlah duhai diri. Aku masih bernafas di bumi ini. Aku masih mampu mengorak langkah dan berlari.

Dan aku masih bisa menjalani hari demi hari walau segala yang berlaku mengundang gundah di hati.


Wassalam..



p/s : mood kelaut

1 comment:

  1. salam. huuu touching..believe in Allah - He knows well :)

    ReplyDelete