Sayang Baby Tapi Tak Nak Baby?

Assalamualaikum. Cinta.

Salam pagi Ahad. Baru berkesempatan nak update memandangkan Hadirah masih lena diulit mimpi. Kalau dia still berjaga memang tak dapat la nak pegang lappy ataupun phone. Letih semalam Hadirah mendera papa dan mummy dia.. Takpela..2 hari je pun nak buli papa dan mummy.

Tengahari semalam berkesempatan memenuhi undangan perkahwinan kawan-kawan abah Sue. Satu tu dekat je dengan rumah abah ni.. Satu lagi kat Kerling. Tak jauh dari rumah yang abah beli tak lama dulu dan buat masa ini rumah tu abah sewakan kepada orang. Jemputan yang kedua ni pengantin perempuannya Sue kenal. Mana tak kenal, teman sepermainan zaman kanak-kanak dulu.. Full story will update soon.


Semalam jugak mama Sue tolong salah seorang anak angkatnya jaga baby. Sementara mereka berdua nak makan. Hadirah apa lagi..siap muncung panjang la.. Haihhh. tak malu betul tunjuk muncung panjang depan orang.. -_-"




Jealous sangat ni.. Tapi bila suruh cium baby mula-mula Hadirah tak nak tapi lepas tu boleh pulak dia cium. Sayang jugak kat baby tu.. Tapi bila tanya nak tak kita bawak balik, dia tak nak pulak... -_-" Macam mana nak ada baby sorang lagi ni?

Geram tau Sue dengan baby Haikal ni. Baru habis pantang rupanya. Alahai..comel je.. Nak jugak baby boy.. ^_^

Nama penuh dia Muhammad Haikal Nashriq Bin Mohd Muhamad Sharif. Sedap nama dia..


Ni la anak angkat mama.. Ayah kepada Haikal.. Lama dah jadi anak angkat mama. Since dia keluar dari training dan jadi anggota kat balai sini. Kami panggil dia Andak je.. Senang.. Rasanya baru je pergi kenduri kahwin dia.. hahahaha.. Ok..ok.. Tahniah! Dah dapat sorang baby boy! ^.^


**waiting my turn pulak..**

Wassalam...

No comments:

Post a Comment