Peringatan Yang Maha Esa Di Depan Mata..

Assalamualaikum. Cinta.

Usia seseorang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ada yang berumur panjang sampai lebih seribu tahun seperti nabi Adam Alaihissalam dan ada pula yang sampai ratusan tahun lamanya seperti nabi Nuh Alaihissalam. Tetapi ada pula yang berumur pendek hanya beberapa detik saja hidup di dunia ini. Junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam berusia 63 tahun saat wafatnya dan Beliau pernah bersabda bahwa umur umatku seperti umurku yaitu antara 60 sampai 70 tahun.



Allahuakbar...

"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:1-2)

Semalam, kira-kira jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi Sue menerima panggilan yang mengejutkan. Tapi ketika itu otak seperti jammed untuk berfikir. Siapa yang meninggal ni? Tok siapa ni? Haihhhh.. tengah mamai..

Disebabkan otak tak berapa nak berfungsi ketika menerima panggilan telefon yang pertama maka Sue sambunglah tidur balik.. Panggilan telefon yang kedua 10 minit selepas itu betul-betul membuka mata dan minda. Secara automatik, Sue bingkas bangun. Al maklumlah.. Sue tinggal seorang diri minggu ni so faham-faham je la.. Agak sukar nak berfikir pada mulanya..

Panggilan telefon yang kedua ni barulah menyedarkan Sue dari mamai.. Sue terus bersiap untuk pulang pagi itu juga. Mula bergerak kira-kira jam 4.30 pagi.. Tok belah En. Along dah meninggal..yakni ibu kepada ayah mertua Sue..

Sebaik sahaja sampai di Kamunting, bersiap-siap mandi menyegarkan diri, pick up En. Along dan Hadirah, terus bergerak ke Kota Kuala Muda, Kedah.

Sampai sana, jenazah Tok telah siap dimandikan dan dikafankan. Kami sampai saja di masjid, memang betul-betul sebelum solat jenazah bermula. Selesai solat jenazah, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di sebelah masjid tersebut.





Tanah perkuburan ni Sue pernah sampai sini dan ziarah.. Masa raya Aidilfitri.. Ziarah kubur arwah kakak..adik kepada En. Along..



Sebaik sahaja habis bacaan talkin, hujan turun dengan lebatnya. Berlari-lari Sue dengan membawa Hadirah untuk berteduh.. Sejak Sue bertolak dari Setia Alam jam 4.30 pagi tu memang hujan turun sepanjang jalan. Sekejap hujan sekejap berhenti.. Seolah-olah turut menangisi pemergian Tok di pagi yang hening itu..

"Janganlah kamu menduga bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" (QS Ali-'Imran [3]: 169).

Kami baru lagi menghadapi pemergian arwah Pak Ngah, adik ayah mertua Sue tempohari. Semalam ibunya pula turut menyusul pemergian Pak Ngah.. Allah!

Ya Allah.. Engkau cucurilah rahmat ke atas roh keduanya.. Peliharalah mereka.. Semoga mereka tenang di sana.. Amin.. Al-fatihah...

Wassalam...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment