Peluang Terbuka Untuk Berlakon Dalam Siri TV Seludup & Memenangi RM 15,000.00!

Assalamualaikum. Cinta.

25 Jun 2014 yang lalu, Sue berkesempatan menghadiri sidang media pelancaran drama siri aksi terbaru oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd. Siri yang penuh aksi, SELUDUP ini akan mula ditayangkan kepada umum bermula 5 Disember 2014 di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135). Drama bersiri 13 episod ini adalah hasil idea dan ilham Jehan Miskin sendiri melalui terbitan syarikat miliknya iaitu Mastermind Group Sdn. Bhd. Jehan Miskin yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn. Bhd. berkata drama siri SELUDUP ini akan memulakan penggambarannya pada 16 Julai 2014 ini sehingga Disember 2014 dan lokasi penggambaran adalah di jeti Pengkalan Balak, Melaka.



SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan SELUDUP, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.


Dalam majlis tersebut, turut diperkenalkan para pelakon yang bakal menerajui siri aksi SELUDUP tersebut. Antara barisan pelakon utamanya adalah Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Raja Ilya, Syafie Naswip dan Jehan Miskin sendiri sebagai pelakon pembantu dalam drama tersebut.

* Antara blogger yang turut hadir dan bergambar bersama barisan pelakon utama Seludup *


Anda juga boleh turut serta sebagai pelakon disamping para pelakon utama SELUDUP dengan menyertai uji bakat SELUDUP sekarang! Caranya mudah saja. Hanya dengan membaca skrip yang telah diberikan dan rekod video anda, anda juga berpeluang untuk memenangi RM 15,000.00.


Instagram - @seludup
Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup

#seludup

Wassalam...

1 comment:

  1. tengok dari konsep cerita, pasti menarik macam cerita songlap.. :)

    ReplyDelete