Buffet Ramadhan 2014 - Laman Kayangan | Shah Alam

Assalamualaikum. Cinta.

Dalam sedar ataupun tidak, lagi 3 hari kita bakal bertemu dengan Ramadhan. Beberapa minggu lepas, Sue berkesempatan menghadiri Soft Launching Buffet Ramadhan di Laman Kayangan yang berdekatan dengan Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.


Seperti yang diketahui umum, Laman Kayangan merupakan tempat yang terkenal untuk melaksanakan majlis resepsi perkahwinan. Jadi, buffet Ramadhan kali ini berkonsepkan suasana majlis perkahwinan. Untuk pengetahuan kalian, Laman Kayangan merupakan anak syarikat dibawah Segi Seri Group yang terkenal dalam bidang katering perkahwinan.

Tema buffet Ramadhan kali ini adalah “Menu Malaysia Kontemporari” yang menghidangkan 101 menu pelbagai masakan menggunakan konsep warung pelbagai nama seperti “Warung Arang dan Asap”, Warung Satay Campur”, “Warung Ikan Bakar”, “Warung Salju”. Ini adalah sebahagian nama warung yang ada. Banyak lagi nama-nama warung yang terdapat di sini.


Jangan terlepas peluang untuk menikmati kambing panggang “Whole BBQ Lamb”, dengan pelbagai sauce seperti black pepper, BBQ sauce, Mint sauce, Chilly sauce dan tomato sauce di Warung Arang dan Asap.

Pelanggan akan dilayan dengan hidangan Kway Teow, Mee Hoon dan Mee Goreng di Warung Ah Chin dan Rojak Buah Jambu Batu, Jambu Air, Nenas, Timun, Sengkuang, dan Mangga Muda serta Gadi-gado telor, tauhu goreng, kentang, lobak merah, daun salad, dan tempe di Warung Wak Jakasi.

Warung Mak Senah pula akan menyediakan item bergoreng seperti pisang, keledek, sukun, lekor, papadom, keropok sayur, keropok ikan, dan belinjau.  Di Warung Maidin pula akan tersedia roti canai dan murtabak dengan kuih dhalca, kuah kari sambal, dan jeruk bawang.  Bergerak ke Warung Pak Dollah, pelanggan boleh menikmati bubur nasi pelbagai rencah, bubur lambuk dan gulai kawah, sementara di Warung Kak Yati pula menyediakan Laksa Penang dan Laksa Johor.









Antara pelbagai juadah desert yang terdapat di sini.







Harga bufet Ramadan di Laman Kayangan Shah Alam, untuk individu dan juga secara berkumpulan.

JANGAN LEPASKAN TAWARAN SEBELUM RAMADHAN !!!
PROMOSI TEMPAHAN SEBELUM BULAN RAMADHAN KAMI MENAWARKAN:-
RM 50.00/ PAX
RM49.00/ PAX (10 ORANG KEATAS) booking sebelum 29/6/2014
HARGA ASAL RM59.00
JOM BUAT TEMPAHAN SEBELUM RAMADHAN BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI.
kami menyediakan tempahan untuk buffet ramadhan pada tahun 2014 dan kami menawarkan harga serendah RM59.00/pax dengan pelbagai juadah yang disediakan


Tempat solat juga disediakan untuk semua yang hadir. Untuk makluman, Segi Seri Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bagi makanan dan minuman yang disediakan.

* antara media blogger yang hadir *

Bagi mereka yang ingin berbuka puasa di Laman Kayangan ini sempena Ramadhan tidak lama lagi, sila rujuk details seperti berikut :-


Segi Seri Sdn Bhd

Wisma Segi Seri,
No. 38A,
Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03 – 5542 4200 / 5542 4250
012-6864515 / 012-6981793 / 013-3978411
Fax: 03 – 5542 4260 / 55424270

Emel : info@segiseri.com / sales@lamankayangan.com



Wassalam..

3 comments:

  1. Wow!! Sedapnyaaaa tengok kambing golek tu. Terliur!!!

    ReplyDelete
  2. owwhhhh.... yang dengan atikah ke ari tu... baru ingat akak sue ni... :)

    ReplyDelete
  3. salam. wah kalau mcm tu mudah la. berbuka mnm dlu lps tu pg solat jap kemudian sambung makan.

    ReplyDelete