4:57:00 PM

Pasar

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Setelah sekian lama tak ke pasar basah, awal pagi tadi Sue ajak Mama Sue ke pasar. Selalunya Sue beli barang basah macam sayur, ikan, ayam etc kat Tesco or Giant ke.. But today saje ajak Mama ke pasar.. Selalu kalau Mama ke pasar hari Sabtu or Ahad Sue tak ikut pun.. Jaga Hadirah kat rumah je.. Hehehe..

Hari ni Hadirah tinggal dengan papa dia.. Lagipun dia tidur lewat malam tadi, so for sure dia lambat bangun.





Alahai.. banyak pulak orang jual durian.. Bau durian tu sangat menggoda tau.. Nasib baik semalam dah merasa durian fresh dari kampung opah..



Settle beli ayam, ikan, sotong, udang, sayur-sayuran untuk stok seminggu.. Hahaha.. jauh kan beli barang.. Malam nanti after berbuka Sue akan gerak balik ke Setia Alam, angkut barang-barang yang dah beli pagi tadi.. hew..hew..hew..



After balik dari pasar, ambil bunga kantan, daun kari, and daun pisang.. Best kan kalau ada tanah dan boleh bercucuk tanam sendiri.. Berbudi pada tanah takde ruginya..







Wangi betul bunga kantan ni.. Teringat laksa dan asam pedas Mama.. Hahahahaha.. Dugaan betul.. Sabar ye Sue.. Jap lagi nak masak-masak..

Ok la.. got to go.. Nak tolong Mama Sue masak untuk berbuka..

Wassalam..
7:07:00 AM

Salam 1 Ramadhan 1435H

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Salam Ramadhan.. Alhamdulillah.. masih lagi berpeluang merasai dan menikmati Ramadhan kali ini. Bersyukur masih lagi dapat bangun sahur di pagi 1 Ramadhan hari ini..

Menjelangnya Ramadhan ini, Sue mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas salah silap Sue terhadap semua kenalan Sue, tak kira kenalan yang diluar mahupun alam maya serta pengunjung setia blog Sue..

Maafkan segala salah silap dan dosa-dosa kata-kata yang memerli, mengata, mengumpat, upload gambar yang kalian tidak sukai, menulis cerita atau share sesuatu yg mengguris hati kalian dan segalanya.. Sekiranya ada tingkah laku Sue samada perlakuan, penulisan, percakapan, atau gurau senda yang telah mengguris hati kalian, mohon maaf sekali lagi..

Sue hanya manusia biasa yg banyak cacat celanya..

Moga kedatangan Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.. Moga-moga kita dapat mengisi Ramadhan kali ini dengan sesuatu yang lebih indah dan menjadi amat bermakna sebagai seorang hambaNya..

Maaf zahir dan batin.. (eh..eh.. macam nak raya pulak.. -_-")




Wassalam..
posted from Bloggeroid
4:30:00 PM

Peluang Terbuka Untuk Berlakon Dalam Siri TV Seludup & Memenangi RM 15,000.00!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

25 Jun 2014 yang lalu, Sue berkesempatan menghadiri sidang media pelancaran drama siri aksi terbaru oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd. Siri yang penuh aksi, SELUDUP ini akan mula ditayangkan kepada umum bermula 5 Disember 2014 di saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135). Drama bersiri 13 episod ini adalah hasil idea dan ilham Jehan Miskin sendiri melalui terbitan syarikat miliknya iaitu Mastermind Group Sdn. Bhd. Jehan Miskin yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn. Bhd. berkata drama siri SELUDUP ini akan memulakan penggambarannya pada 16 Julai 2014 ini sehingga Disember 2014 dan lokasi penggambaran adalah di jeti Pengkalan Balak, Melaka.



SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan SELUDUP, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran – seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.


Dalam majlis tersebut, turut diperkenalkan para pelakon yang bakal menerajui siri aksi SELUDUP tersebut. Antara barisan pelakon utamanya adalah Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Raja Ilya, Syafie Naswip dan Jehan Miskin sendiri sebagai pelakon pembantu dalam drama tersebut.

* Antara blogger yang turut hadir dan bergambar bersama barisan pelakon utama Seludup *


Anda juga boleh turut serta sebagai pelakon disamping para pelakon utama SELUDUP dengan menyertai uji bakat SELUDUP sekarang! Caranya mudah saja. Hanya dengan membaca skrip yang telah diberikan dan rekod video anda, anda juga berpeluang untuk memenangi RM 15,000.00.


Instagram - @seludup
Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup

#seludup

Wassalam...
10:41:00 AM

Buffet Ramadhan 2014 - Laman Kayangan | Shah Alam

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Dalam sedar ataupun tidak, lagi 3 hari kita bakal bertemu dengan Ramadhan. Beberapa minggu lepas, Sue berkesempatan menghadiri Soft Launching Buffet Ramadhan di Laman Kayangan yang berdekatan dengan Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.


Seperti yang diketahui umum, Laman Kayangan merupakan tempat yang terkenal untuk melaksanakan majlis resepsi perkahwinan. Jadi, buffet Ramadhan kali ini berkonsepkan suasana majlis perkahwinan. Untuk pengetahuan kalian, Laman Kayangan merupakan anak syarikat dibawah Segi Seri Group yang terkenal dalam bidang katering perkahwinan.

Tema buffet Ramadhan kali ini adalah “Menu Malaysia Kontemporari” yang menghidangkan 101 menu pelbagai masakan menggunakan konsep warung pelbagai nama seperti “Warung Arang dan Asap”, Warung Satay Campur”, “Warung Ikan Bakar”, “Warung Salju”. Ini adalah sebahagian nama warung yang ada. Banyak lagi nama-nama warung yang terdapat di sini.


Jangan terlepas peluang untuk menikmati kambing panggang “Whole BBQ Lamb”, dengan pelbagai sauce seperti black pepper, BBQ sauce, Mint sauce, Chilly sauce dan tomato sauce di Warung Arang dan Asap.

Pelanggan akan dilayan dengan hidangan Kway Teow, Mee Hoon dan Mee Goreng di Warung Ah Chin dan Rojak Buah Jambu Batu, Jambu Air, Nenas, Timun, Sengkuang, dan Mangga Muda serta Gadi-gado telor, tauhu goreng, kentang, lobak merah, daun salad, dan tempe di Warung Wak Jakasi.

Warung Mak Senah pula akan menyediakan item bergoreng seperti pisang, keledek, sukun, lekor, papadom, keropok sayur, keropok ikan, dan belinjau.  Di Warung Maidin pula akan tersedia roti canai dan murtabak dengan kuih dhalca, kuah kari sambal, dan jeruk bawang.  Bergerak ke Warung Pak Dollah, pelanggan boleh menikmati bubur nasi pelbagai rencah, bubur lambuk dan gulai kawah, sementara di Warung Kak Yati pula menyediakan Laksa Penang dan Laksa Johor.









Antara pelbagai juadah desert yang terdapat di sini.







Harga bufet Ramadan di Laman Kayangan Shah Alam, untuk individu dan juga secara berkumpulan.

JANGAN LEPASKAN TAWARAN SEBELUM RAMADHAN !!!
PROMOSI TEMPAHAN SEBELUM BULAN RAMADHAN KAMI MENAWARKAN:-
RM 50.00/ PAX
RM49.00/ PAX (10 ORANG KEATAS) booking sebelum 29/6/2014
HARGA ASAL RM59.00
JOM BUAT TEMPAHAN SEBELUM RAMADHAN BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI.
kami menyediakan tempahan untuk buffet ramadhan pada tahun 2014 dan kami menawarkan harga serendah RM59.00/pax dengan pelbagai juadah yang disediakan


Tempat solat juga disediakan untuk semua yang hadir. Untuk makluman, Segi Seri Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bagi makanan dan minuman yang disediakan.

* antara media blogger yang hadir *

Bagi mereka yang ingin berbuka puasa di Laman Kayangan ini sempena Ramadhan tidak lama lagi, sila rujuk details seperti berikut :-


Segi Seri Sdn Bhd

Wisma Segi Seri,
No. 38A,
Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03 – 5542 4200 / 5542 4250
012-6864515 / 012-6981793 / 013-3978411
Fax: 03 – 5542 4260 / 55424270

Emel : info@segiseri.com / sales@lamankayangan.com



Wassalam..
7:46:00 PM

Under Maintenance!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Buat masa sekarang, blog ini sedang dalam proses pengubahsuaian.. Maaf jikalau ada beberapa link yang masih tidak berfungsi dan sebagainya. Maaf juga sebab banyak benda tak ber update kebelakangan ini... Hehe..

Nanti slow slow ye kita berceloteh lagi..

Nak bagi cantik la sikit rumah Sue ni haa.. tak la bosan kan korang nak melawat.. Lama dah tak bertukar rupa..



Dah siap sepenuhnya nanti kita cerita lagi.. okeh! Love you'll..

Salam maghrib!

Wassalam..
posted from Bloggeroid
11:23:00 AM

Terguris Perasaannya..

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Semua insan yang mempunyai hati, pasti ada perasaan yang terguris dalam hati itu. Jika tak banyak, sedikit itu tetap ada.. Namun, bagaimana untuk meluahkan apa yang dipendam tanpa mengguriskan perasaan orang lain?



Keluh kesah setiap hari tak mampu membuang perasaan terguris itu.. Hanya memendam perasaan sendirian.. Kalaulah boleh diputarkan masa, alangkah baiknya. Sudah pasti perasaan sebegitu tidak akan timbul..

Alahai hati..kasihan pada dirimu.. Menanggung beban terlampau banyak. Hingga kadang-kadang otak juga seperti kurang rasional. Maka, anggota badan yang lainnya juga bertindak di luar kawalan. Bukan salah hati itu.. Kuasa Allah swt.. sekeping hati yang kecil itu mampu menanggung beban yang banyak.. Alangkah luar biasanya kekuatan hati itu..

Perasaan yang ada sekarang ini amatlah sukar untuk diluahkan. Apakah harus melukakan orang lain demi sebuah kebenaran? Bahagiakah hati itu setelah melukakan sebuah perasaan?

Tiada jawapan yang pasti..namun hati ini akan menanggungnya hingga suatu hari nanti ianya rebah sendiri.. Andaikata suatu hari nanti roh ini telah berpisah dengan jasadnya, maka di situlah pengakhiran sebuah penderitaan..


Ya Allah, peluklah hati ini. Di saat aku mulai rasa gelisah. Dalam penantian penuh kesabaran ini. Rindu ini keranaMu ya Illahi...


Wassalam..
posted from Bloggeroid
12:47:00 PM

Peringatan Yang Maha Esa Di Depan Mata..

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Usia seseorang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ada yang berumur panjang sampai lebih seribu tahun seperti nabi Adam Alaihissalam dan ada pula yang sampai ratusan tahun lamanya seperti nabi Nuh Alaihissalam. Tetapi ada pula yang berumur pendek hanya beberapa detik saja hidup di dunia ini. Junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam berusia 63 tahun saat wafatnya dan Beliau pernah bersabda bahwa umur umatku seperti umurku yaitu antara 60 sampai 70 tahun.



Allahuakbar...

"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:1-2)

Semalam, kira-kira jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi Sue menerima panggilan yang mengejutkan. Tapi ketika itu otak seperti jammed untuk berfikir. Siapa yang meninggal ni? Tok siapa ni? Haihhhh.. tengah mamai..

Disebabkan otak tak berapa nak berfungsi ketika menerima panggilan telefon yang pertama maka Sue sambunglah tidur balik.. Panggilan telefon yang kedua 10 minit selepas itu betul-betul membuka mata dan minda. Secara automatik, Sue bingkas bangun. Al maklumlah.. Sue tinggal seorang diri minggu ni so faham-faham je la.. Agak sukar nak berfikir pada mulanya..

Panggilan telefon yang kedua ni barulah menyedarkan Sue dari mamai.. Sue terus bersiap untuk pulang pagi itu juga. Mula bergerak kira-kira jam 4.30 pagi.. Tok belah En. Along dah meninggal..yakni ibu kepada ayah mertua Sue..

Sebaik sahaja sampai di Kamunting, bersiap-siap mandi menyegarkan diri, pick up En. Along dan Hadirah, terus bergerak ke Kota Kuala Muda, Kedah.

Sampai sana, jenazah Tok telah siap dimandikan dan dikafankan. Kami sampai saja di masjid, memang betul-betul sebelum solat jenazah bermula. Selesai solat jenazah, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di sebelah masjid tersebut.





Tanah perkuburan ni Sue pernah sampai sini dan ziarah.. Masa raya Aidilfitri.. Ziarah kubur arwah kakak..adik kepada En. Along..



Sebaik sahaja habis bacaan talkin, hujan turun dengan lebatnya. Berlari-lari Sue dengan membawa Hadirah untuk berteduh.. Sejak Sue bertolak dari Setia Alam jam 4.30 pagi tu memang hujan turun sepanjang jalan. Sekejap hujan sekejap berhenti.. Seolah-olah turut menangisi pemergian Tok di pagi yang hening itu..

"Janganlah kamu menduga bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" (QS Ali-'Imran [3]: 169).

Kami baru lagi menghadapi pemergian arwah Pak Ngah, adik ayah mertua Sue tempohari. Semalam ibunya pula turut menyusul pemergian Pak Ngah.. Allah!

Ya Allah.. Engkau cucurilah rahmat ke atas roh keduanya.. Peliharalah mereka.. Semoga mereka tenang di sana.. Amin.. Al-fatihah...

Wassalam...

posted from Bloggeroid

11:04:00 AM

Spontaneous Thursday #6

by , in
Assalamualaikum. Cinta.



Wassalam...

posted from Bloggeroid

7:23:00 AM

Ujian dan Kasih Sayang Allah

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Sememangnya dugaan demi dugaan yang dilalui itu sebenarnya adalah pemangkin kepada kekuatanku..

Pesanku, walau sebagaimana ombak badai melanda, pasakkan iman di dada. Jangan lemah duhai diri. Jangan beranggapan bahawa kita sedang bersendiri.

Jangan beranggapan bahawa tiada yang sudi menemani. Jangan gusar, jangan cepat mengalah duhai diri.

Allah, jangan membiarkan ujian-ujian itu membunuh keinginanku untuk berada di jalan-Nya.

Ketahuilah duhai diri, ujian itu adalah tanda Dia peduli. Ujian itu adalah bukti kasih sayang dari Ilahi. Masakan Dia bisa membiarkan aku berlapang dada serta bersenang-lenang tanpa ujianNya?

DIA rindukan suaramu duhai diri. DIA memilihku di antara jutaan manusia-manusia lain kerana DIA ingin mendengar tiap rintihan dan doaku. Betapa sayangNya DIA akan aku. Betapa peduliNya DIA akan aku.

Bersyukurlah duhai diri. Aku masih bernafas di bumi ini. Aku masih mampu mengorak langkah dan berlari.

Dan aku masih bisa menjalani hari demi hari walau segala yang berlaku mengundang gundah di hati.


Wassalam..



p/s : mood kelaut
8:12:00 AM

Wordless Wednesday #17

by , in
Assalamualaikum. Cinta.




Wassalam..

posted from Bloggeroid

8:52:00 AM

Stesen Minyak

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Pagi-pagi lagi dah ade orang spoil my mood..

Bukannya apa.. Pagi-pagi tadi singgah la satu stesen minyak ni.. Yela.. biasa la pagi-pagi nak isi minyak kan.. Owner stesen minyak ni Melayu.. Good.. Dah ada stesen minyak sendiri.. Ok la tu kan..

But.. yang jadi persoalannya, how dia buat bisnes? Yang bengang tu sebab kat mesin cashier tu takde duit tukar. Langsung takde!
Hoi! Nak meniaga ke tak nak meniaga ni?

Agak-agak la kalau ye pun tak nak tinggalkan duit dalam mesin tu..at least sediakan wang kecil dalam RM50 ke RM100 ke buat modal dalam tu. Dah la tokeh stesen minyak ni datang lambat. Harapkan pekerja dia je buka kedai awal-awal pagi.. Tokeh pulak datang lambat.. Haiyoooo...

Orang lain yang nak isi minyak ke beli air ke barang ke yang sikit-sikit tu, tak jadi nak beli tau.. Sebab langsung takde duit tukar.. Grrrr.. Sue pun terkena jugak. Tapi nasib baik la ade la orang yang naik motor isi minyak bagi duit RM5.. Dapat la balance isi minyak kereta Sue. Tapi menunggu lama jugak la.. Haihhhhh.. Ape la tokeh ni..

Kalau takut kena rompak pun sediakan la duit RM1, RM5 and syiling buat modal tukar.. Bukan banyak pun kalau kena rompak sekalipun.. Paling kuat rugi RM100++ je.. Haihhh.. ni kaut selagi ada..

Ape la nak jadi ni... maju dah maju dah.. tapi..entah.. Memang cara dia berbisnes macam tu kot... hurmmmm...

Wassalam...
posted from Bloggeroid
10:51:00 AM

Get Ready! Jom Holiday Tahun Depan!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Get ready to fly.. Hah! Dah boleh la pilih nak ke mana-mana next year.. Cepat-cepat plan korang punya vacation 2015 ni.. Sementara ada promo dari Air Asia ni.. ^_^

Jom kita serbu ramai-ramai.. 
Muahaha.. habis la.. slow la jap lagi server farm Air Asia..

Hurmmm..nak ke mana kita eh next year?? Lalalalalala.. ^.^


Wassalam..
7:24:00 AM

Rindu Pasti Bertamu

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Resah itu sering datang
membawa angin kenangan
malam menjadi siang
siang pun menjadi malam..

Debar itu sering datang
melonta-lonta dalam ingatan
siang terus menunggu malam
dan malam dicumbui mimpi..

Akhirnya rindu itu hilang
tatkala pagi hari
sedangkan hakikat rindu
tetap bernama rindu...




Sememangnya rindu itu pasti bertamu di hati walau dinafikan oleh akal yang waras.. Rindu pada kenangan silam amat menyakitkan..namun ianya tidak mampu berpatah semula ke waktu itu.. yang ada hanya langkah ke depan walau sesekali masih menoleh ke belakang..
Ya! Rindu itu tetap hadir walau ditepis berulang kali..

Wassalam..
posted from Bloggeroid
9:05:00 AM

Sayang Baby Tapi Tak Nak Baby?

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Salam pagi Ahad. Baru berkesempatan nak update memandangkan Hadirah masih lena diulit mimpi. Kalau dia still berjaga memang tak dapat la nak pegang lappy ataupun phone. Letih semalam Hadirah mendera papa dan mummy dia.. Takpela..2 hari je pun nak buli papa dan mummy.

Tengahari semalam berkesempatan memenuhi undangan perkahwinan kawan-kawan abah Sue. Satu tu dekat je dengan rumah abah ni.. Satu lagi kat Kerling. Tak jauh dari rumah yang abah beli tak lama dulu dan buat masa ini rumah tu abah sewakan kepada orang. Jemputan yang kedua ni pengantin perempuannya Sue kenal. Mana tak kenal, teman sepermainan zaman kanak-kanak dulu.. Full story will update soon.


Semalam jugak mama Sue tolong salah seorang anak angkatnya jaga baby. Sementara mereka berdua nak makan. Hadirah apa lagi..siap muncung panjang la.. Haihhh. tak malu betul tunjuk muncung panjang depan orang.. -_-"




Jealous sangat ni.. Tapi bila suruh cium baby mula-mula Hadirah tak nak tapi lepas tu boleh pulak dia cium. Sayang jugak kat baby tu.. Tapi bila tanya nak tak kita bawak balik, dia tak nak pulak... -_-" Macam mana nak ada baby sorang lagi ni?

Geram tau Sue dengan baby Haikal ni. Baru habis pantang rupanya. Alahai..comel je.. Nak jugak baby boy.. ^_^

Nama penuh dia Muhammad Haikal Nashriq Bin Mohd Muhamad Sharif. Sedap nama dia..


Ni la anak angkat mama.. Ayah kepada Haikal.. Lama dah jadi anak angkat mama. Since dia keluar dari training dan jadi anggota kat balai sini. Kami panggil dia Andak je.. Senang.. Rasanya baru je pergi kenduri kahwin dia.. hahahaha.. Ok..ok.. Tahniah! Dah dapat sorang baby boy! ^.^


**waiting my turn pulak..**

Wassalam...