Seniman Datuk Aziz Satar Telah Meninggal Dunia

Assalamualaikum. Cinta.

Innalillahi wainnailaihi Raji'un..
"Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.."

KUALA LUMPUR – Seniman Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang pukul 2 pagi tadi setelah dimasukkan ke hospital itu malam kelmarin akibat serangan jantung.

Aziz menghembuskan nafas terakhir di hadapan dua anak, menantu dan cucunya.

Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, Selangor.


Al-fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin..
Salam takziah buat keluarga Allahyarham..

"Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya." (Al An’aam : 061)

* pinjam pakcik google *

Wassalam..

1 comment: