Movie Day Out : [Review] Filem Animasi Super Squad

Assalamualaikum. Cinta.


Tayangan Perdana Khas Bersama Blogger bagi Filem Animasi SuperSquad

Tarikh : 17 Mei 2014
Tempat : Cathay Cineplex, e@Curve Damansara
Anjuran : Bro Framestone & NetCarbon Sdn. Bhd

Sabtu lalu, Sue berkesempatan untuk join movie preview bersama blogger yang bertempat di e@Curve Damansara. Terima kasih diucapkan buat blogger femes yang tidak asing lagi iaitu Bro Framestone atas jemputan tersebut dan terima kasih buat Ummi Zarra (Kak Nora) atas recommendation untuk join event ini. Movie preview ini dianjurkan oleh Netcarbon Sdn. Bhd bersama Bro Framestone. Terima kasih diucapkan sekali lagi sebab bagi peluang untuk menonton filem ini.


Yang paling best sebab boleh bawa family sekali untuk join movie preview ini. But Sue hanya datang berdua dengan Hadirah. Very challenging sebab bawa Hadirah sorang-sorang ke Damansara. Alhamdulillah dia tak banyak kerenah dalam perjalanan ke sana. 


Bloggers Movie Day Out - Filem Animasi Super Squad 

Kehadiran ramai blogger menjadikan Bloggers Movie Day Out - Super Squad tempohari meriah. Masa ni la sempat berkenalan dengan beberapa orang blogger yang tak pernah pun jumpa sebelum ini. Walaupun tak semua yang Sue sempat berjumpa dan bergambar sama, tapi hopefully after this we still contact each other. ^.^


Sorry guys sebab tak berapa fokus pada blogger yang datang.. Melayan karenah Hadirah yang takutkan maskot Super Squad tu.. haihhh.. baru nak bergambar sakan dengan korang dan maskot.. tak dapat la.. -__-"

 * sempat bergambar dengan AyuJean.. *

* with Namia, Ummi Zara, Atikah *

Filem Animasi Tempatan - Super Squad


Filem Animasi Super Squad ini adalah sebuah filem yang berdasarkan siri animasi 3D Supertots yang telah memenangi anugerah Animasi 3D Terbaik di Anugerah NEF-AWANI pada tahun 2010. Filem ini juga merupakan filem animasi pertama di Malaysia yang menggunakan teknik "Hybrid Motion-Capture" yang juga telah digunakan dalam filem Avatar dan The Adventures of Tin-tin. And the most important is filem ini adalah 100% buatan anak Malaysia. Syabas dan tahniah! *tabik*

Antara scene dalam filem animasi tersebut...





Antara artis yang terlibat menyumbangkan suara dalam Filem Animasi Super Squad ini adalah Aaron Aziz (Laksamana Aaron), Dafi (Kapten Danny) dan Diana Danielle (Elly) sebagai peneraju utama. Selain itu, antara yang turut terlibat dalam menyumbangkan suara untuk filem ini adalah Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdalyna (Sasha), Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu).




Sinopsis

Filem Supersquad yang mempunyai 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron. Semua ini telah diramalkan di dalam kitab Nagasakti berabad dahulu yang mana bumi akan diserang oleh makhluk asing. Untuk melengkapkan Supersquad, watak Shasha dan Blinq menyerikan lagi pengembaraan mereka. Untuk mengetahui kesudahan cerita ini, jom ke panggung Jun 2014 ini!

TAYANGAN SUPER SQUAD 
5 JUN 2014

 * tak bergambar dengan maskot pun takpe la.. sebab takut kata Hadirah.. *


 * pemenang contest instagram.. Kak Yana *

Sue suggest korang bawa la anak masing-masing untuk menonton filem ini. Memang menarik.. Hadirah pun boleh layan cerita macam ni.. Action banyak yang menarik perhatian si kecil. Ianya juga banyak memberikan pengajaran dan erti persahabatan. Terharu Sue tau... Ianya juga mengajarkan kepada kanak-kanak hero macam mana yang mereka nak jadi seperti hero dalam filem ini yang mempunyai semangat yang kental, berfikiran bijak untuk bertindak dan caring each other.




p/s: jom ke panggung lagi beramai-ramai.. weeee..

Wassalam..

3 comments:

  1. ho ho ho, terus ternampak imej adik sayang yang sorang tu kat sini... AJ... lol... Ash kecik lagi tak boleh nak bawak, tu yang tak pergi tu...

    ReplyDelete
  2. cik Sue Sopian :) 1st time jumpa ....dan masih x ingat rupa kamu...haha biasa org lama mmg mcm tu....

    ok gud review.. harap ramai pembaca blog ni akan ke panggung utk support supersquad..

    p/s pcl msukkkan dlm bloglist ...senang nk ingat dan folow entri di sini..

    ReplyDelete
  3. woooww...macam best owhh.. hehehe datang sini bw lepas follow hehee

    ReplyDelete