Mama Seafood Restaurant | Rawang | Celebrate Birthday

Assalamualaikum. Cinta.


Semalam, kami satu family dinner di Mama Seafood Restaurant, Rawang sempena celebrate birthday Mama Sue dan En. Along. Birthday mereka berdua ni dalam bulan yang sama sebenarnya. So celebrate la sekali.

* gambar kredit : Suriany Catering *

Mama Seafood Restaurant
No. 107G, Jalan Bri Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang

Malam-malam memang ramai orang makan kat sini. Masa on the way ke Aeon Anggun Rawang dah lalu depan restoran ni tapi time tu tak ramai sangat orang. After selesai membeli-belah di Aeon Anggun Rawang, singgah untuk dinner kat sini. Almost full table kat sini. Alhamdulillah kami dapat table kat dalam yang selesa.

Melangkah masuk ke restoran ini, Sue kagum dengan hiasan dalamannya yang macam sauna room, dinding - dinding yang di cover oleh kayu dengan pelbagai corak hiasan kayu. Memang sedap mata memandangnya. Redup je rasa.. Actually ini adalah kali kedua Sue sampai ke restoran ini. Kali pertama kalau tak silap tahun lepas. Celebrate birthday juga. Tapi tak ingat bila. ^.^

Antara menu pilihan kami :-

 * baby kailan ikan masin *

 * udang goreng tepung *

 * tomyam campur *

 * sotong masak dengan gajus *

* siakap masam manis *

Selain daripada menu yang kami pilih ni, banyak lagi menu-menu lain yang jarang terdapat di restoran biasa yang lain seperti asparagus masak belacan, kerabu kaki ayam, udang asam jawa, siakap herba dan lain-lain lagi. Selain daripada menu masakan panas/siam, terdapat juga menu-menu istimewa seperti pulut mangga, mee celuh dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, terdapat juga masakan western bagi mereka yang meminati western food.




Happy belated birthday buat Mama dan En. Along! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki oleh Allah swt dan bahagia selalu... ^_^

 * sweet kan Mama dan Abah ni.. *

* anak manja papa - Hadirah with En. Along *

Kali ni Adik pun ada sekali so that's why Sue decide nak keluar makan-makan sekali kan. Kesian kalau nak makan-makan Adik takde. Nangis pulak dia nanti kat Melaka tu. Now dia ada cuti semester seminggu. So sila la babysit Hadirah ye dik!! Hahahaha..


* effect iollss depan kamera ye yang nampak iollss ni tembam.. kahkahkah.. salah kamera tau.. bukan salah iollss.. *

Sedap-sedap makanan kat sini. Ingat nak tambah order desert lagi ke ape ke kan tapi semua sudah kekenyangan. Haihhh..mana nak kurusnya.. -__-"

Wassalam...

4 comments:

  1. dulu praktikal kat serendah slalu lepak rawang jugak..
    penah skali makan sini hihi..

    ReplyDelete
  2. SALAM...amboi..bukan main..tgk mummy sue selalu ja gi makan..pastu upload gambar cantik2..huhu..jelesnyaaa..ooo ada adik ey...hehehehe... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. amboi abi pijut...hehe
      ala abi.. abi pun ape kurangnya.. ilmu photog lg tinggi tu.. belum abes menuntut ngan abi lg ni.. :D

      Delete