Hadiah Buat Si Comel Setelah 2 Hari Menjaga Mummy - Part 2

Assalamualaikum. Cinta.

Hari ni seperti yang dijanjikan dengan Hadirah semalam, kami tengok cerita Rio 2. Hopefully dia suka. Mungkin dia akan bosan sikit bila lama sangat kat suatu tempat tu tapi ok la jugak.. Dia bukan jenis yang merayau dalam panggung. Ke mana-mana kena ade mummy and papa dia. Takkan dia tinggal punya. Walaupun nampak berani tapi penakut dengan strangers.. Ok la sikit. Senang nak kawal..

Kami keluar pun dah jam 11 pagi. Tayangan jam 11.40. Boleh pulak dah siap-siap nak keluar, dia yakyak.. So tunggu la dia melepaskan hajatnya.. kalau dah keluar lagi payah. Nasib baik la wayang tu dekat je dengan rumah.. kalau jauh alamatnya tengok wayang lain la.. sebab Rio 2 ni kan dah lama. So tak banyak sangat tayangan dia..

Then En. Along kata tak payah beli online. Kalau tak semalam lagi Sue dah beli. Actually lagi senang beli online kan cuma mahal sikit la.. Sudahnya tadi 11.40 pun still tengah Q.. Nasib baik tak start lagi. Beli makanan ringan sikit sebab nak lapik perut kami ni haa.. Lambat breakfast memang tak breakfast la jawabnya. Dah la nak kejutkan Hadirah pun dah sejam dua, campur tolak nak pujuk rayu dia nak bawak gi mandi bagai lagi.. Drama queen of the year memang kena layan macam queen.. Gitu la dia kalau kita kejutkan dia and dia rasa dia tak cukup tidur. Pagi-pagi lagi dah meragam..



Dalam wayang seronok dengar dia cakap-cakap.. Tapi selalu remind kan kat dia cakap kena slow slow and selalu suruh dia senyap kalau dalam wayang. Now dia pun dah boleh la nak faham. Dia yang remind kan kita balik suruh senyap tadi.. Erk.. terkena mummy..

Yang best kalau tanya dia, "kakak buat ape tadi?" Dia jawab "kakak tengok tibi besar".. Wayang tu dia panggil tv besar.. kehkehkeh..

Tadi before tengok cerita Rio 2 saje je la tanya kakak nak tengok cerita apa? Dia kata nak tengok "let it go" Erk.. dia ingat lagi cerita Frozen tu. Tapi dia panggil "Let it go".. Haihhh.. lagu let it go tu pun dia dah tahu nak search kat youtube macam mana... Hafal ek? Bukan main lagi.. Kadang-kadang tu siap tengok banyak kali cerita Frozen tu.. minat pulak dia. Lepas ni cerita Rio 2 pulak yang dia mintak... kuikuikui..

Ni Hadirah dah balim sunyi la pulak hidup.. hadoi.. Rindu dah kat dia.. baru berapa jam dia balik..

Kali ni dia tak menangis pun tinggalkan mummy and papa dia kat sini. Selalu kalau tinggal dia sure menangis. Dah siap pesan kat dia tadi, lagi 5 hari mummy balik. Kakak kira sampai 5 then mummy balik.. Dia dah semakin faham. Walaupun dia tak dapat luahkan apa yang dia rasa tapi Sue faham.. Sebab tu kadang-kadang dia buat macam-macam perangai. Moody tak tentu pasal.. Kesian kat dia.. Alahaiii.. berendam air mata pulak kang ni ingat kat dia...

Sob..sob..sob..


Wassalam..
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. 5 ari tak jumpe?tak dapat bayangkan kalo saya..ish..rindu 100x

    ReplyDelete