Hadiah Buat Si Comel Setelah 2 Hari Menjaga Mummy - Part 1

Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. Sue dah beransur pulih. Semalam kami bawak Hadirah datang Setia Alam.. Tidur kat sini.. Baru je petang tadi dia balik. Atuk dan Oni dia datang ambik..


Semalam ingat nak bawak dia tengok wayang cerita Rio 2. Tapi tayangan banyak sebelah petang. Takut terlewat pulak. Malam tu En. Along ade game paintball. So kami just jalan-jalan cuci mata area Setia City Mall je.. Next day la tengok Rio 2 sebab ada tayangan jam 11.40 am..


* suka dapat mainan yang dia nak.. *

* nasib baik masa lalu ke SCCC dia tak nampak.. masa balik dia terlena.. *

Hamboi.. bukan main suka lagi dia dapat berjalan-jalan plus shopping. Haaa.. kebetulan kat Setia City Convention Centre ada Moms & Kids Fair and also PC Expo 2014.. So apalagi, we all terjah je.. Walaupun tak banyak barang tapi ok la. Sempat rembat 2, 3, 4, 5 helai baju untuk Hadirah. Even kaki Sue ni haa tak baik betul lagi, gigih jalan jugak. Asalkan Hadirah happy.. sakit tolak tepi.. Phewwssss.. Kesian jugak kat dia sebab mummy and papa cuti tapi tak bawak dia keluar ke mana-mana.. -_-"


Sue pulak sempat rembat power bank. Nak beli satu je sebenarnya tapi dapat gift lagi satu power bank. Banyak pulak power bank ni.. En. Along memang dah ade satu.. selalu pinjam dia punya la.. Ade la rasa teringin nak hakmilik sendirian berhad so tu yang merengek nak power bank tu.. Haaa.. hambek.. 2 terus sekali dapat.. Murah je la belinya.. tapi best dapat 2.. Tang warranty tu kureng sikit la.. sebab warranty dari kilang untuk 2 tahun.. Jauh pulak tu kilangnya.. kuikuikui.. Jangan meragam sudah..

Then kami ke Pulau Indah.. Jumpa adik En. Along, En. Fariz.. Suka la Hadirah dapat gi rumah paksu dia.. Dah ade 2 ekor kucing rupanya paksu dia ni.. Suka sangat main kucing budak ni.. Haihhh.. nak larang nangis pulak kang.. Padahal dia tak boleh main kucing sebenarnya... Tapi takpela.. just jaga-jaga je dia.. Always monitor dia buat ape.. 

Oh ya! Kami ke rumah paksu Hadirah ni pun bukan apa... nak konvoi ke tempat paintball. Asalnya Sue join team paintball ni tapi apabila kaki telah tercedera makanya dalam mimpi ajelah kita main ye.. Jadi penonton setia la Sue and Hadirah.. Kalau Sue main jugak memang tak bawak Hadirah ni..





Sempat lagi dia nak jugak masuk dalam tu.. Merengek-rengek nak ikut papa dia.. Alih-alih bawak je masuk bagi dia puas hati tengok. Mula-mula dia dengar bunyi tembakan tu, dia takut. Panik. Haaa.. tau pun takut.. Dah tu sibuk jugak nak ikut papa dia masuk.. Siap tanya lagi, "Mami, kakak nak tutup tinge boleh?" Tutup je lah sayang.. Dah tau awak takut kan.. Tapi mula-mula je la sebab dia tak pernah tengok mahupun dengar. Ni kira first time la..





Bila baju papa dia kotor-kotor memang dia takut.. "Eiiii..takut..takut.." Boleh gitu? =.=' Gelak la orang sekeliling tengok telatah dia.. Dia ni memang penakut dengan kotor-kotor ni.. Kat rumah pun boleh keluarkan ayat sentap kat Oni dia, "Oni..ape ni..kotor kotor ni.. Oni tak vakum?" Hah! Mampu cucu complaint macam tu.. Baru 3 tahun umur dia tapi dah macam 30 tahun je bebelnya..


Bila time papa dia masuk dalam je dia jerit "Go papa go!".. Memang ramai la yang geram tengok telatah dia. Sampaikan orang yang jaga tempat paintball tu pun dok mengusik dia.. Mesti rasa nak cubit-cubit je kan anak dara I tu kan... Ngeeeee~~~


Gigil tangan Sue ni haa nak shoot orang. Hadoi... lama dah tak main. Tapi tu la takdir Tuhan penentu segalanya. Memang kita dah plan elok dah tapi kita tak tahu Allah punya plan lagi better. Ada hikmah disebalik semua ini.. Walaupun kaki Sue sakit tapi still happy sangat.. ^_^ Alhamdulillah.. 

Wassalam..



posted from Bloggeroid

1 comment: