DariNya Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali

Assalamualaikum. Cinta.

Petang semalam, Sue bergegas pulang ke kampung En. Along setelah mendapat berita bahawa pakcik En. Along iaitu Pak Ngah (adik kepada ayah mertua Sue) telah meninggal dunia. Sebelum itu memang telah diberitakan bahawa arwah sedang tenat dan berada di ICU hospital Taiping. Ayah mertua telah call beberapa kali memaklumkan perkembangan terbaru dari masa ke semasa. 

Kami sememangnya ingin pulang segera. Menunggu En. Fariz dan Cik Nurul sampai ke rumah kami dan akan bergerak sekali. Better naik satu kereta je untuk berjimat dan sekiranya mengantuk boleh tukar tukar driver.

Namun kami tidak sempat untuk bertemu dengan arwah apabila ayah mertua call memaklumkan arwah telah meninggal dunia kira-kira jam 2 petang. Walaupun nampak agak tenang sepanjang perjalanan namun masing-masing sedang menahan rasa. Terkilan juga kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah buat kali terakhir.

Kami singgah ke KKB untuk pick up Hadirah. Mujurlah dah pesan kepada Mama Sue untuk packing barang-barang Hadirah siap-siap. Mama and Hadirah pun dah siap menunggu kat bawah je. Senang. Pick up then terus gerak.

Pada mulanya diberitakan bahawa jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar. Makanya En. Along dan En. Fariz yang bergilir-gilir drive dengan agak laju. Namun apabila sampai area Ipoh, ayah mertua Sue call inform yang jenazah akan dikebumikan pagi ini. Makanya En. Fariz drive lebih slow.

Kami sempat juga singgah di RnR Sungai Perak. Rupa-rupanya takdir Allah itu ada hikmah di sebaliknya. Kebetulan memang kami nak ke tandas. Sejurus selepas itu kami beli sedikit buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Setelah bergerak semula, beberapa kilometer dari RnR Sungai Perak itu, terdapat satu kemalangan yang melibatkan 7 buah kereta , lebih kurang la. Rasanya tiada kemalangan jiwa. Tapi melihat keadaan itu, agak mendebarkan. Simpati kepada mereka yang terlibat. Mujurlah kami berhenti di RnR sebelum itu kerana apabila melihat kereta yang terlibat, ada yang sebenarnya dekat dengan kami sebelum itu. Jika ditakdirkan kami tidak berhenti, rasanya kami juga akan turut terlibat sama. Allahuakbar.. sesungguhnya Engkau telah mengatur perjalanan kami semua dengan begitu sempurna. Alhamdulillah syukur kerana Engkau telah pelihara perjalanan kami yang jauh ini..

Sesampainya kami di Kuala Sepetang, kami terus menuju ke rumah arwah. Menatap wajah arwah buat kali yang terakhir..

Melihat sekujur tubuh hambaMu yang kaku, bagaikan panah menusuk jantung. Terputus sudah hubungan dunia. Hanya amalan sebagai bekalan yang akan dibawa bersama. Allahuakbar.. Astagfirullah.. sebak rasanya didada mengenangkan tiada lagi amal soleh yang dapat dilakukan lagi.. Hanya doa yang mengiringi pemergiannya dan kita semua..

Perginya arwah Pak Ngah di hari Jumaat yang mulia.. Penghulu segala hari.. Hujan yang turun seolah-olah turut menangisi pemergiannya... Allahuakbar.. tabahlah Mak Ngah sekeluarga. Kami juga terasa dengan kehilangannya.

Arwah adalah antara adik-beradik Abah yang paling rapat dengan kami sekeluarga. Saling kunjung mengunjung. Rasanya last jumpa a few months ago.. Arwah ada datang berkunjung ke rumah parents in law Sue. Masa tu kami ada pulang ke kampung.. Sebak terasa.. Sunyi tanpa gurau senda arwah lagi selepas ini.. T_T

Al-fatihah...


Wassalam..

No comments:

Post a Comment