Bila Internet Tiada 3 Hari Berturut-Turut

Assalamualaikum. Cinta.

* kredit foto : pakcik google *

Masuk hari ni dah 3 hari 2 malam (macam pakej percutian pulak) internet tak berfungsi termasuk talian telefon. First thing dalam kepala bila dapat tahu internet problem is "mesti kena potong sebab tak bayar bil".. Ok.. Hari rabu tempohari memang berfikiran begitu. So, malam tu jugak la buat payment amount ikut suka hati dengan harapan after 24 hours internet dan telefon kembali ok.

The next day, which is semalam, still tak ok lagi. Hurmmmm.. ni agak pelik. Entah-entah problem yang pernah terjadi tahun lepas jadi balik agaknya. Nak kata pending payment takde la pulak. 

Bila tak ok lagi line internet dan telefon ni, Sue cepat-cepat call customer service petang semalam after balik kerja. Log report. Mintak check billing bagai. So.. operator tu kata billing takde masalah. Siap ada negative lagi which means terlebih bayar last month. Payment yang Sue buat malam rabu tu siap mereka belum terima lagi. Line active je dalam sistem mereka katanya. So no issue berkaitan dengan "line kena potong sebab tak bayar bil".

Then apa masalahnya?

Operator log report then kata nanti technician akan check. Sue syak benda yang sama jadi seperti tahun lepas. Tahun lepas sampai seminggu takde internet. Sebabnya ada one of clip (something like that) tercabut kat tempat talian telefon and elektrik bangunan ni kat ground floor. Maybe someone terusik masa nak pasang talian baru or anything. Tahun lepas je 2 kali terjadi macam tu. First technician memang dah betulkan then ok la.. A few days later jadi balik benda yang sama. Technician lain pulak yang datang tengok dan check. Rupa-rupanya technician yang first datang tu tak buat kerja dengan baik. Clip (something like that) tu tercabut balik sebab tak kemas. So after that line kembali ok.

This week jadi balik. But today alhamdulillah talian kembali ok. Itu pun after technician datang tadi around 3.30 pm.. Actually pagi tadi dia dah check but Sue takde kat rumah nak test line. So dia mintak Sue check dulu then any problem call dia balik. So tadi Sue pun test la but kecewa.. Tak ok lagi sebenanya.. Tu yang call dia balik mintak datang check..

Yang paling tak best pasal tadi, boleh pulak technician tu tutup tiket report Sue petang semalam jugak. Sebab Sue ada terima sms dari sistem inform problem dah solved. Padahal belum. Malam tadi jugak Sue call customer service balik untuk dapatkan confirmation samada betul ke tiket report tu dah close. Memang betul rupanya. Last remark dari technician tu kata dah check dan appointment dengan Sue pagi ni "sebab customer tiada di rumah". Sedangkan dia tak turun site pun petang semalam. Cis!! Hangin la Sue..

Sebenarnya memang petang semalam technician tu ada call after dia dapat report tu tapi dia pulak yang berat nak datang sebab katanya "sekarang pun dah 5.30. Takut lambat" Hah! Mampu cakap dengan customer macam tu? Tapi remark lain dalam report.. Padahal dia yang tak nak datang. Sue dah suruh datang pun. Dia yang kata nak datang check pagi ni.. Haihhh.. Geram betul..

Tadi pun masa tengah check check, Sue ada la tanya dia, "kenapa jadi macam tu sedangkan line active je dalam sistem." Dia boleh tak jawab.. Cis!! Nak je ketuk kepala mamat tu.. Dia cuma tanya sejak bila jadi ni.. Tapi Sue ada la dengar dia mengomel sorang-sorang.. Maybe dia ingat Sue tak dengar.. Sue terdengar dia kata "ni mesti ada orang pasang line baru usik ni.." Macam tu la lebih kurang ayat dia..

Sue dah boleh agak dah.. Mesti problem kat bawah ni dalam bilik talian tu.. Sama macam kes tahun lepas la.. Maybe someone yang buat kerja pasang line baru ke apa-apa ke terusik line Sue tu, terus problem.. Haihhh.. Takkan la biarkan je kalau dah nampak terbuka ke clip ke apa ke... Ni mesti tak check betul-betul ni.. Kerja cincai cincai ke apa ni... Hahihhh.. Hangin je..

Apa-apa pun now dah ok. So boleh la surfing.. Guna phone tu boleh je sebenarnya tapi tak best. Emel pun slow nak masuk.. Lagipun kesian kat phone bekerja keras melayan kerenah tuan dia surfing. Cepat betul bateri kong. Kalau guna laptop or desktop best sikit. Besar pun besar. Senang nak surfing.. 
Hahahaha.. Tak bersyukur betul kan... haihhh.. insaf..insaf.. -__-"

Alhamdulillah.. selesai satu masalah..

Sebelum tu, salam takziah kepada family Mak Dara (www.bicaramakdara.com) atau Kak Adza Irdawati Adenan atas pemergian suami tercinta, En. Martias Mohd Ali.. Sabar ye kak.. Tabahlah dalam menghadapi ujian yang satu ini.. Berita ini amat mengejutkan ramai pihak.. Al-fatihah.. semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. amin... T_T

Wassalam...

No comments:

Post a Comment