Ambil Berkat Katanya..

Assalamualaikum. Cinta.


Sabtu lepas, berkesempatan menghadiri jemputan majlis aqiqah anak saudara kawan sekolah Sue. Oh ya! Kami ni jiran juga kiranya. Satu kawasan rumah yang sama. Dah kenal sejak kecil lagi.

Ermmmm..actually Sue agak lambat jugak datang ke blok dia ni sebabnya Sue bawa En. Along ke klinik dengan Hadirah. So kami bertiga agak ketinggalan untuk majlis aqiqah tersebut. Alahai..sayangnya.. Tapi nak buat macamana kan.. Kami sampai pun para tetamu tengah menjamu selera. Mama dan Abah Sue dari pagi lagi dah kat sini. Tolong sembelih kambing, masak bagai.. Gotong-royong masak-masak menu tengahari tu.. Aqiqah 2 ekor kambing.

Sebelum Sue start makan-makan, ambil berkat dulu..kekdahnya.. Hahaha.. teringin baby boy pulak.. Buat kawan untuk Hadirah.. ^_^


Kat bawah ni la kawan sekolah Sue.. Khety nama dia.. Eh tapi ni nama panggilan dia.. bukan nama sebenar.. Lebih dikenali dengan nama Khety.. ^_^


Nama si comel ni Muhammad Qhaliff Zafreal. Moga-moga Qhaliff membesar menjadi anak yang baik, taat kepada ibu bapa dan yang penting sekali menjadi seorang anak yang soleh..


Eh! Macam biasa dengar kan nama Qhaliff ni?? Teringat kat Qhaliff anak Ben Ashaari.. Hikss.. *tetiba*


Paling best dapat tengok gelagat kanak-kanak kat sini.. Especially si Qaisara.. Qaisara ni la yang kawan dengan Hadirah dari kecil lagi.. Opahnya jaga dia sama macam Hadirah yang Oninya jaga dari kecil.. Opah Qaisara kawan Mama Sue.. 



Qaisara ni muda sikit dari Hadirah.. Tapi dah banyak cakap dah macam Hadirah. Hadirah ni kalau jumpa Qaisara bukan main baik lagi.. Main sama-sama.. tak macam kalau jumpa orang lain.. Hadirah ni dah la takut orang..



Hadirah pulak dengan kerenah dia.. haihhh.. Dah la tak nak ikut Mummy dia balik. Nak ikut Oni katanya.. Sebab Oninya tak balik lagi.. Sanggup penat-penat ikut Oni ke hulu ke hilir tu..


 * kena senyum paksa ke sayang? *

 * hamboi.. gedikss sangat tau anak dara ni.. ikut sapa la ni.. *


Yang ni pulak sepupu Qaisara.. Comel betul la dia ni.. Dah la dia tengah mengantuk.. Seronok jugak kacau dia ni.. Hahahaa...




* Qaisara dengan ibu dia, Kak Intan dan sepupu Qaisara.. err..tak ingat nama dia apa.. hihi.. *

Syok pulak Sue shoot budak-budak ni.. Sweet je.. comel je rasa.. ^_^ Haihhh..geram tau kat diaorang ni.. Comel sangat.. 

Qaisara pun tak lama nak dapat adik.. Raya ni kalau tak silap due Kak Intan. Hadirah je masih belum sampai rezekinya nak beradik lagi.. ^_^ Takpe.. Hadirah tak puas manja-manja lagi kan.. (ayat sedapkan hati) One day.. InshaaAllah.. korang tolong doakan ye.. ^.^ tq.. muahhhh.. -xoxo-

Wassalam..

1 comment: