Alhamdulillah.. Selesai Segala Urusannya..

Assalamualaikum. Cinta.

Sabtu lepas, Hadirah, Sue, Cik Nurul tak ikut En. Along, En. Fariz, Mama, Abah, Munirah ke rumah arwah Pak Ngah untuk menguruskan jenazah. Jenazah dikebumikan pada hari tersebut. Alhamdulillah... semuanya telah selamat dan segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah swt walaupun hujan sangat lebat ketika itu..

Kuasa Allah swt, siapa yang dapat mempertikaikannya.. Allahuakbar..

Walaupun kita nampak seseorang itu biasa-biasa saja tapi kita tak tahu semasa hayatnya apa yang telah dilakukannya hingga Allah swt telah memudahkan segala urusannya ketika melangkah ke alam barzakh, telah meluaskan kuburnya, memberi cahaya kepada wajahnya seolah-olah gembira dengan pemergiannya untuk bertemu Allah swt.. Allahuakbar.. Sesungguhnya Engkau telah pelihara perjalanan dan urusannya untuk bertemuMu ya Allah..

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Al-fatihah..

Wassalam...
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment