Zam Zam Arabic Restaurant

Assalamualaikum. Cinta.

Malam tadi we all dinner kat Zam Zam Arabic Restaurant. Not bad rasa dia...

Alkisahnya boleh terlajak sampai ke restoran makanan Arab ni bila keluar balik dari rumah ke Shah Alam untuk pick up En. Along.. Hujan lebat kan semalam.. So dengan ngengadanya mintak nak makan best best.. Ngeee~~~

Berpusing-pusing la kat area Seksyen 9 tu.. Mulanya nak gi kat Restoran Thai tu but pusing-pusing jumpa Restoran Zam Zam ni and tengok parking pun senang, terus je park depan restoran tu..



Ni ape ke namanya..? Lupa pulak.. Kalau tak silap Chicken Sambusa. (sorry kalau salah) Sedap la ni.. tekak Sue boleh terima lagi la..



Yang ni Chicken Mandy.. Sue tak minat la tang kambing kambing ni sebenarnya. Entah kenapa tekak tak boleh nak terima menu kambing.. Huhuhu..

En. Along punya menu of course la Lamb Mandy.. Peminat tegar kambing ni..





Mint Tea yang En. Along order ni pun tak kurang sedapnya. Merasa la Sue telan 2 cawan.. Tapi Sue rasa teh dia pahit sikit la.. Ke memang dia sengaja buat gitu? Memang kot rasa camtu.. Entah.. Tapi rasa mint tu best!

Air yang Sue order just Honey Dew Shake.. Sedap la sikit dari Mint Tea tu.. kahkahkah..

Suasana dalam restoran memang aman je.. Ke sebab tak ramai orang time tu? Ye kot.. Kalau weekends maybe ramai la tu agaknya..

Next time boleh la datang lagi tapi nak order menu lain la.. Tak habis pulak nasi Sue.. En. Along pulak licin.. Haihhh..rosak diet we all tau..

Alamat :-
Restoran Zam Zam
1, Jalan Tengku Kompleks Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah G/G,
Seksyen 9,
40100 Shah Alam,











Wassalam...
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment