[Vacation 2014] Bukit Tinggi - Day 2 (Part 1)

Assalamualaikum. Cinta.

Phewwww.. berabad nak menghabiskan entry vacation ni.. Padahal 2 hari je pun.. -_-"
Maaf la wahai korang.. Bosankan? Meh membosankan diri lagi..


Kenapa ai pecah-pecahkan? Sebab nanti panjang sangat nak bercerita.. Ni pun berkurun nak habiskan.. Layan je la ye..

Day 2 - Part 1

31 Januari 2014

That day last day kami kat sini. Nasib baik time ai nak booked bilik still ada lagi room breakfast included. Kalau tak dah terpaksa cari breakfast kat luar and for sure lagi mahal. So, pagi-pagi kami dah turun breakfast. Nak kata awal sangat pun tak la.. Biasa la, nak siapkan Hadirah lagi. Tu pun dia tak mandi lagi sebenarnya. Kesian pulak nak mandikan dia awal-awal pagi.. Sejuk.. Lagipun dia pun tak berapa nak sihat sebenarnya.

Breakfast memang dah disediakan kat bawah tu je.. So tak la jauh. Nasib baik la dapat bilik kat bangunan yang sama jugak.

Kebetulan pagi tu senior lama zaman belajar kat UITM Shah Alam call. Katanya dia pun kat hotel yang sama. Dia tahu pun after classmate dia merangkap biras ai bagitahu kat dia ai pun ada kat situ after dia tengok kami ada post picture suasana malam kat FB.. Makanya berjumpa la kami.. Tapi tak sempat nak sembang lama pun. Dia dah nak gerak balik sebab kawannya nak balik Sabah kalau tak silap petang tu.. 



Punya la payah nak bagi Hadirah makan. Semua dia tak nak.. Lastly dia makan koko crunch je tu pun sikit sangat.. Susu dia je la yang dia minat.. -__-

Then setel bab makan, naik atas mandi mandi, packing barang nak check out semua.. Then check out. Sementara nak tunggu En. Along hantar barang ke kereta, ai saja la suruh Hadirah posing.. Nasib baik la mood dia ok. Nak la jugak posing posing sikit.. Kalau tengah angin dia tak nak bergambar, tak payah la berangan nak ambil gambar dia.. Menjerit la dia tak nak.. Siap lari or tutup muka lagi tu..



Then kami panjat menara kat hujung pekan tu.. Saja la kan.. Nak jugak tengok view dari atas macam mana.. Malam sebelum tu tak dapat naik sebab Hadirah tidur awal..


The view from that tower...




Nampak tak pistol sabun tu? Haaa.. Hadirah memang mudah tergoda dengan benda-benda macam tu.. Kang tak beli, kesian pulak.. Buatnya dia guling-guling atas jalan, lagi haru.. Selalunya memang akan belikan satu je benda yang dia nak, then cakap kat dia, "Kakak boleh ambik satu je.. One only".. Then kadang-kadang tu dia nak lagi benda lain yang dia nampak, tapi dia akan tengok je sambil buat muka kesian.. But, sorry la sayang, Mummy tak nak belikan. Kalau kita tanya confirm dia akan cakap nak, so solution nya buat tak tahu je.. Biar je dia tengok.. Buat-buat tak nampak.. 

After turun dari menara tu, we all just jalan-jalan area situ..

Sempat la tengok angsa bagai.. Hadirah memang suka tengok haiwan-haiwan ni.. Sebab selalunya tengok kat channel National Geography je kan.. Bila dapat tengok depan-depan dia memang excited.. ^_^



Haaa.. dak kecik ni memang suka merayau-rayau.. Nak explore sendiri.. Tengok tu.. Tak nak ikut Papa la tu.. -__-"


Gambar berlambak sebenarnya.. Nak tepek semua kat sini kot kot la muntah hijo plak kang.. Kekekekeke..





To be continued..


Wassalam..

No comments:

Post a Comment