Santai Outing

Assalamualaikum. Cinta.

Ahad lepas, group KBBA Lembah Klang telah berkumpul secara santai di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Tujuan outing santai ini adalah untuk mengenali ahli-ahli group KBBA Lembah Klang yang selama ini hanya ber"gossip" sakan dalam WhatsApp saja. Sambil-sambil tu belajar asas fotografi dan cara menggunakan kamera DSLR yang betul. But yang paling penting, bab makan yang sedap dan banyak tak boleh ditinggalkan. Cumanya tuan tanah kedaung En. Ben Ashaari tak dapat join that day. So maybe next time la ye tak.. Ramai jugak yang tak dapat join that day.. Ayu, Ujang, Najeeb, Dik Bee dan lain-lain pun takde..

Santai outing ini tidaklah secara formal. Dah namanya santai kan.. So sesantai aje.. Ada yang baru berjumpa time ni and ada yang actually dah jumpa masa Explorace tempohari. Macam Sue ni, Sue dah pernah jumpa Potia Casadelarossa, Kak Nora @ Ummi Zarra, Eddy Ahmad masa Explorace tu. Atikah pulak dah pernah jumpa masa keluar dinner sama-sama tempohari. Yang lain-lain memang jumpa first time that day.

Siapa yang Sue jumpa lagi kat sana?
Tadaaaa...

* kredit : Potia Casadelarossa *

Zura, Syahila (Mak Sya), Namia, Angah Judin, dan Pijut. Yang paling best sebab family pun join sekali. Dapat pulak jumpa budak-budak cute ni.. Alahaiii.. geram tau.. * Budak-budak cute *

* kredit : Potia Casadelarossa - tempat menunggu*

Actually janji nak berkumpul jam 9.00 pagi but terlajak sampai 10.00 pagi.. Hahaha.. Pijut, Zura, Eddy antara yang paling awal sampai. But parking agak bercinta la nak cari. Kena tawaf tujuh puluh tujuh kali.. Haihhh.. =.='

Dah semua berkumpul, gerak beramai-ramai ke tempat yang jauh sikit dari orang ramai. Mengah dek non jalan kaki.. -_-" Hadirah time ni still malu-malu kucing tau. Marah betul dia kalau orang usik dia.. Enjin belum panas lagi tu.. Orang usik sikit dia nyorokkan muka dia. Lepas tu buat muka pulak dia.. Haihhh.. budak ni.. eeiiii..rasa nak geget geget je pipi dia ni.. -_-

Dah sampai tempat yang ditujui, siap bentang tikar bagai kan, tiba-tiba hujan turun.. Apa lagi, berlari-lari la pikul makanan.. Pikul khemah yang baru je siap pasang untuk budak-budak ni main.. Nasib baik berdekatan dengan tempat berbumbung walaupun ada bocor sikit.. Hehehe..

Makan-makan time... -makan dalam hujan-


* kredit : Potia Casadelarossa *

* kredit : Namia *

Selesai part makan, part belajar pulak.. Namanya dah ada kamera DSLR yang diidam-idamkan tapi tak tahu nak guna. Bak kata En. Along, "owner tak habis explore lagi" Tu pasal la kalau cikgu Potia tanya terus blur blur tak tahu nak jawab.. Tak faham pun sebenarnya.. Jenuh nak mengingat.. En. Along better lagi dari Sue because dia ada la jugak explore sikit sikit through Internet. Dia belajar la jugak starting dari awal pembelian kamera tu.. Sue je yang baru terhegeh-hegeh nak belajar ni.. kuikuikui =.='

* kredit : Syahila *


* blur.. pening nak serap ilmu... *

* kredit : Namia *

Bersantai...


* kredit : Namia *

Haaa.. yang ni ada jugak la sesi photoshoot model bagai.. Ni la model-model yang akan keluar majalah tak lama lagi.. kihkihkih.. ^_^


* kredit : Namia *

* kredit : Potia Casadelarossa *

Okeh.. hasil pembelajaran Sue that day --->


 * the best picture of the day yang Sue rasa Sue dapat buat but still nak kena polish lagi ni.. *






Hasil tembakan En. Along --->






Masa nak balik ni hujan balik.. So redah je la sebab nak patah balik jauh, nak ke kereta pun jauh.. So teruskan perjalanan dalam hujan.. Kesian gak kat budak-budak ni kena hujan.. Hadirah ni dah nak balik baru la baik-baik dengan orang.. Siap jalan berpegang tangan dengan Namia and Zura.. Mula-mula tak nak, lama-lama siap tak nak kat Mummy and Papa lagi tu.. ingat nak la dukung dia sebab hujan kan and nampak dia dah letih semacam je.. Tapi dia tak nak.. dah nak nangis dah time Sue tarik dia nak dukung.. So bagi je la dia jalan balik dengan Namia and Zura..

Nasib baik dia tak menangis bila masing-masing dah balik.. Selalunya kalau berpisah dengan orang, dia sure sedih pastu menangis.. Sampai KKB, laju-laju mandikan dia sebab dah terkena hujan..

*****************************************************************************
Admin.. next outing jangan lupa ajak lagi.. Ngeeee~~~ InsyaAllah kalau takde aral melintang kita jumpa lagi next outing okeh! Mana-mana yang tak dapat join hari tu hopefully next outing dapat jumpa korang.. ^_^


p/s: banyak lagi gambar-gambar.. boleh tengok kat my FB.. ada yang di tag oleh kawan-kawan.. boleh jugak tengok kat fb mereka ni..


Wassalam...

No comments:

Post a Comment