Salebration Explorace 1 Malaysia Grand Prix Sale 2014

Assalamualaikum. Cinta.

Pada 15 Mac 2014 yang lalu berlangsungnya satu pertandingan explorace iaitu Salebration Explorace 2014 anjuran Tourism Malaysia bersempena dengan pelancaran 1 Malaysia Grand Prix Sale 2014 yang bertempat di Sunway Pyramid.


Sebenarnya untuk pengetahuan semua Sue dapat invitation ini daripada kenalan blogger melalui group KBBA Lembah Klang (Klang Valley) yang diasaskan oleh Abg Ben Ashaari iaitu En Potia Casadelarossa. Ini adalah pertama kali Sue join event yang melibatkan blogger dan yang paling menarik event ini boleh bawa anak-anak. ^_^

Sue juga sebenarnya tidak mendapat maklumat yang penuh berkenaan dengan event ini. Walaubagaimanapun, Sue kongsikan juga melalui info-info yang di share oleh kenalan blogger yang lain. Antara kenalan dari KBBA Klang Valley yang baru Sue jumpa mata ke mata buat pertama kalinya adalah Kak Nora, Potia Casadelarossa, dan juga Eddy Ahmad.

Info daripada kenalan blogger mengenai event ini :-

Sesi pendaftaran bermula jam 8.00 pagi - 8.30 pagi yang bertempat di Bubba Gump Shrip Co. Restaurant. Restoran tersebut bersebelahan dengan pentas pertandingan explorace. Peserta terdiri daripada blogger dan juga pihak media yang dijemput khas oleh Tourism Malaysia. Sarapan pagi dan makan tengahari juga disediakan oleh Bubba Gump.


Yang menarik berkenaan dengan pertandingan ini adalah explorace ini tertumpu hanya sekitar dalam Mall Sunway Pyramid. Setiap peserta dibahagi mengikut kumpulan di mana terdiri daripada 4 -5 orang satu kumpulan.


Tapi group yang paling special masa itu adalah group kami. Kerana apa? 
Sebabnya kumpulan kami la yang paling ramai ahlinya. More than 5 orang satu group. 
Bagaimana terjadi sebegitu rupa?
Sebab.. anak-anak kami yang cute pun join the group. Partner pun ada.. So sweet.. ^_^
Group yang paling havoc!

* our group.. kredit : foto oleh Eddy Ahmad *

* kredit : foto oleh Potia Casadelarossa *

* Anak-anak KBBA Klang Valley - kredit : foto oleh Potia Casadelarossa *

Soalan explorace kali ini tertumpu kepada nama-nama kedai dalam Sunway Pyramid Mall. But bukan semudah yang disangka. Memang soalan-soalan yang dikemukakan tak terjangka oleh kami. Berpeluh-peluh juga mencari jawapannya.. Kena teka nama kedai berdasarkan clue yang diberi. Clue pun memang tak disangka-sangka.. 

Tapi alhamdulillah.. berjaya juga menjawab beberapa soalan yang dikemukakan sambil sambil cuci mata. Dalam keletihan, terhibur juga dengan gelagat dan telatah anak-anak dalam group kami. Al-maklumlah, kami adalah group yang paling meriah pada hari tersebut.

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Dik Bee (yang baru dikenali pada hari tersebut). Tanpa bantuan beliau mungkin kami dah ketinggalan jauh dek kerana melayan telatah dan kerenah anak-anak kami. Terima kasih juga sebab sudi melayan anak-anak kami.. Hadirah pun siap boleh lena sepanjang explorace sedang berlangsung and bangun bila dah nak tamat masa. Mana tak mengah..


Pemenang bagi explorace ini seramai 3 kumpulan. Hadiah yang disediakan juga untuk tempat pertama hingga ketiga. Namun, Sue tak berkesempatan untuk mengambil gambar oleh kerana ragam Hadirah.

Pelancaran 1 Malaysia Grand Prix Sale 2014

Selepas explorace dijalankan, sekitar jam 2.00 petang, berlansung pula acara pelancaran 1 Malaysia Grand Prix Sale 2014 yang dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Seri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan Malaysia.

Walaubagaimanapun semasa pelancaran ini, Sue tidak berada di sini disebabkan Hadirah pun dah mula meragam.

Dimaklumkan artis yang terlibat ketika itu Farhan AF dan Man Kidal. Sempat juga Sue mengambil gambar ketika sesi rehearsal berlangsung. Terdapat pertunjukan fesyen dan persembahan tarian pada petang tersebut. Acara diteruskan sehingga hari berikutnya 16 Mac 2014 dengan kehadiran ramai artis tempatan.




Wassalam..

3 comments:

  1. seronok jugak join explorace macam ni kan

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat merasai kehangatan penganjuran Formula 1 di Sepang baru-baru ini.

    ReplyDelete