Dugaan & Hikmah di Hari Jumaat

Assalamualaikum. Cinta.

Hola everyone.. buat ape je petang petang cenggini?

Iols lepaking aje dengan my chenta hati si comel Hadirah ni.. Guruh pulak berdentum dentam kat luar.. Gayanya macam nak hujan je ni.. Macam tak dapat nak keluar dengan my chenta hati je ni.. kesian dia..

Ni.. I nak story sikit pasal ceritera semalam..

Dugaan Hari Jumaat

Pagi semalam I tak masuk office sebab ade kerja luar. So pagi tu after siap siap I pun nak gerak la kan.. tengok jam dah 8 lebih. Jammed gak ni.. maybe terlambat la sikit.. Customer set time dah la 9.00 pagi. Awal sangat la.. huhu..

Siap letak beg and laptop dalam kereta, terus duduk kat seat driver la. Of course la.. takkan ade driver pulak ye tak. Then mamat kereta sebelah bagi isyarat kat I suruh tengok belakang. I blur pulak.. I tengok jugak belakang, pastu pandang dia balik dengan pandangan yang pelik.. I tengok je dia sambil berfikir, ade barang jatuh ke? Tengok belakang lagi sekali, takde pun.. pandang balik mamat tu..

Then dia cakap, "tayar pancit"..
Lorrr.. terus terjerit "alamak!!".. panik sekejap.

Ermmmm..tak sempat nak cakap terima kasih kat mamat tu. Dia dah blah pulak.. Errr.. nak buat camne ni??

Terus call En. Along mintak dia balik tolong tukarkan tayar.. I pun balik la rumah balik.. bukak laptop terus whatsapp team yang gi site tu sekali dengan I yang I akan datang lewat sikit.. Buat kerja dari rumah la sekejap.. sementara nak tunggu En. Along sampai makan la buah-buahan je.. Agak lapar la time tu..



Kesian Mr. Kacak I ni.. terkena ape la ni sampai pancit.. I tak tahu camne boleh pancit. Camne la boleh tak perasan.. Haihhh.. malu je la..

Dah la takde orang time tu.. ramai yang dah gi keje.. Nak tak nak terpaksa mintak En. Along balik. I rasa I tahu nak tukar tayar tapi tak confident nak buat sorang-sorang.. huhu.. Ni kalau kena jauh jauh ni tak tahu la camne.. nangis dah kot.. entah.. -___-



Rupanya tayar tu terkena skru.. Entah kat mana la tu kena..

After En. Along balik, siap tukar tayar, tampal bagai, I pun gerak la gi site.. Dah 11 lebih dah rasanya time tu.. Ah..tak kisah la.. Janji I datang.. Customer pun I dah inform I datang lambat..

Before gerak tu I sempat la jamah koko crunch dengan susu je.. Jadi la untuk lapik perut.. Tak sempat la nak cari breakfast. I ingat nanti lunch dengan team regional yang 2 orang tu je la nanti..



Sampai je site, oh! tak settle lagi rupanya kerja-kerja tu.. nak buat migration macam mana. Part customer pun tak settle lagi. Hangin je rasa.. Haihh.. sabar je la.. -__-'

* tempat kerja I semalam - bilik server yang membekukan orang *

* selfie sementara tunggu dorang habis solat jumaat.. takde orang time ni.. bosan.. sila jangan muntah ijo ye *

Dok ding dong ding dong je.. Then discuss dengan customer kitorang tunggu sampai petang ni tengok boleh siap ke tak.. Lepas dorang gi solat Jumaat, baru la kitorang gi lunch. Lapar dah kot..



Makan area Bandar Bukit Puchong je kot.. Entah.. tapi tahu tempat tu area Puchong.. Tempat customer tu kat Pulau Meranti je..

Then sambung buat kerja balik.. tapinya.. haihh.. macam tak boleh siap je.. Part kitorang dah settle. Tapi part customer banyak lagi tak settle.. Ate..acaner? Takkan nak postpone lagi..

Then we all balik jugak la dah 5.30 petang dah.. So nampaknya kena sambung lagi la ni.. Ngadap jammed la jawabnya balik ni.. -__-" Lambat lerr sampai rumah..

Hikmah balik lambat

Masa nak balik KKB tu, on the way tu, I and En. Along singgah la satu pasaraya besar ni.. As usual la kan.. Beli barang-barang Hadirah sikit. After ambik keperluan Hadirah, En. Along pergi cari biskut katanya.. I pun melilau-lilau la dalam pasaraya tu. Then tiba-tiba masa I tengah nak cari En. Along, ada sorang akak ni datang tegur I and bagitau kat I yang susu anak kalau kat satu lagi pasaraya ni lagi murah dari tempat ni.. I ni macam blur blur la.. Yela tiba-tiba je ada sorang akak ni main terjah je.. Mana tak blur plus terkejutnya..

Dik, beli susu anak ye?
Aah kak.. (dalam hati, tengok akak ni nampak macam bukan agen jual barang.. sebab ade anak sorang pulak tu kat sebelah)
Dik.. baik beli kat ______. Lagi murah.. Kat sini mahal..
Eh? Yeke kak? Laaa..saya tak tahu pun..
Akak bukan ape.. kebetulan je.. Akak datang sini just nak beli ni je.. (sambil tunjuk puting botol susu kat tangan dia).. Kat sana takde jual..
Yeke kak.. terima kasih banyak-banyak la kak sebab bagitahu saya..
Akak bukan ape.. selalu akak beli susu kat situ. Tak ramai orang yang tahu.. Susu dutch lady kat situ lagi murah sebenarnya dari sini..
Terima kasih lagi sekali kak.. (tersenyum I tau..)
Kat sana silap-silap boleh dapat lagi sepaket tau..
Hahahaha.. yeke kak... Baik saya beli kat sana.. Eh, ape nama kedai tu?
______.. kat area stesen minyak tu..
ooo.. area situ.. rasanya tahu dah kat mana..
haaa... try la pergi situ..
ok kak.. terima kasih tau kak..


Sambil akak tu jalan nak pergi ke kaunter sempat lagi dia pesan, "syhhh.. rahsia kita.. syhhhh..(sambil gelak-gelak berlalu pergi dengan anaknya yang comel tu..)

Terus I laju-laju cari En. Along nak bagitahu pasal ni.. Letak balik la susu 5 paket yang I ambik tadi..

Bayar barang lain then terus keluar.. Pergi ke pasaraya yang dia cakapkan tadi..

Oh! Masih ada insan yang baik hati memberitahu pasal susu anak ni.. Tq so much kak.. Padahal kita tak kenal pun.. Siap cakap rahsia kita tu.. hikss..
Hikmahnya balik lambat semalam... ^__^

Setiap kejadian yang ditentukan Allah itu ada hikmah disebaliknya..

-kereta pancit, pergi site lambat
-customer tak settle kan kerja lagi, balik lambat
-beli barang lewat, terjumpa kakak yang baik hati..

Alhamdulillah.. bersyukur dengan rezeki yang dikurniakanNya..

Wassalam...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment