CONTEST: SELAMAT HARI JADI MYNAMEIKA DENGAN TEMA "HIDUP UNTUK MEMBERI"

Assalamualaikum. Cinta.

Kali ni nak I join lagi satu contest daripada one of ahli KBBA Klang Valley group.. Atikah or I lebih suka panggil dia Ika je.. ^_^ Pernah keluar dinner sekali dengan Ika ni hari tu..

Syarat-syarat dari Ika :-

1. Tepek tajuk CONTEST: SELAMAT HARI JADI MYNAMEIKA DENGAN TEMA "HIDUP UNTUK MEMBERI"

2. Like page Penaja@Sponsor SN GADGET .
*kenapa kena like? yela penaja nak bagi hadiah kat korang kan. so biarlah mereka kenal siapa orang-orang yang bakal terima hadiah dari mereka.
*Psstt: SN GADGET adalah JURI utama contest kali ni =), tiada konsep rasuah merasuah dengan juri ok!

3. Cerita apa yang korang faham dengan tema contest

 "HIDUP UNTUK MEMBERI"
*(panjang atau pendek entri korang semua adalah terpulang asalkan berkesan pada hati dan sanubari itu pon dah cukup )

4. Dah siap! sila post entri anda beserta URL blog di ruangan komen contest ni ATAU pon boleh juga post kan entri anda di page Blog: It Not About Size (dah alang alang datang page aku, LIKE la sekali ye)

5. Due date contest pada tarikh 20/4/2014 (segala perubahan akan di maklumkan)

Final part, anda akan di adili seadil adil nya. Itu Pasti!

*******************************************************************

1. Done

2. Done

3. "HIDUP UNTUK MEMBERI"

Hidup di dunia ini adalah umpama seperti menanam sepohon pokok yang mana suatu hari nanti, pokok itu akan memberi manfaat kepada makhluk di sekelilingnya. Begitu juga dengan diri kita sendiri. Umpamakan diri kita pokok itu yang mana akan memberi manfaat kepada orang lain. Memberi bukanlah hanya dari segi material sahaja, malah dari sudut ilmu, taqwa, iman pun begitu juga. Orang yang paling beriman, bertaqwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertaqwa, beriman dan berilmu bersamanya.

“No man becomes rich unless he enriches others” – tidak ada orang boleh menjadi kaya hingga dia “mengkayakan” orang lain. Ini antara pegangan orang-orang kaya yang "luar biasa". Kita bukannya nak jadi orang kaya yang "biasa-biasa" sahaja malah kita harus jadi orang kaya yang "luar biasa"..

"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan, (sambil berkata) "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan terima kasih dari kamu." [al-Insaan, 76:8-9]

"Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya dan jangan hidup untuk menerima". - Laskar Pelangi

Sesungguhnya kita ini hanyalah insan biasa yang dipinjamkan ke dunia oleh Allah swt dan bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik semua pinjamanNya. Maka gunakanlah kesempatan yang ada ini sebaik mungkin dengan berkongsi atau memberi sedikit hak dan rezeki kita kepada mereka yang lebih memerlukan. Ingatlah bahawa “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.” Maksudnya, orang yang memberi itu lebih baik daripada orang yang menerima..

4. Done

*****************************************************************

HADIAH BAKAL DI TERIMA PEMENANG:

Lima (5) pemenang bertuah akan menerima

TOPUP RM20 (maxis/celcom/digi)

beserta

BUKU "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI"


Kedua dua hadiah ni adalah fully Tajaan SN GADGET (sila klik link untuk lihat gadget terkini dari SN GADGET)

******************************************************************

Jom la kita meramaikan majlis.. Join ramai-ramai.. mana la tahu rezeki korang menang kan.. ^_^

Wassalam

1 comment:

  1. Hai mummy... Tq support contest ika.... Now mummy tggu part result plak ye.... Tq tq tq...

    ReplyDelete