She's Fine! Alhamdulillah...

Assalamualaikum. Cinta.

Tadi ai dah call my Mama.. Tanya perkembangan baru my little princess tu.. Alhamdulillah.. dah ok nampaknya..

Dah boleh main air time mandi. Boleh simbah simbah orang guna tangan yang sakit tu. Dah boleh bukak baju seperti biasa.. So nothing serious la tu. Elok je boleh angkat tangan, angkat air yang berat tu.. Mummy pun boleh la tidur lena malam ni.. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah..

Rindu pulak kat dia..

My Mama kata, after mandi, dah siap pakai baju semua, tiba-tiba dia ingat balik pasal tangan yang sakit tu, terus dia lembikkan tangan tu sambil cakap sakit.. nak pakai itu.. (tunjuk anduh) Hamboi.. drama queen betul la dia ni.. Memang Mama and Abah gelak je la tengok gelagat dia.. Kemain lagi dia berlakon sakit.. Manja betul!

Layankan je ngada-ngada dia tu.. Camtu la kalau terlebih manja.. Nanti kalau ada adik nanti tak tahu la macam mana.. (Erk.. adik?? Gulp! No komen!)





Good night sayang-sayangku semua.. Love you all!

Wassalam..
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment