Hidup

Assalamualaikum. Cinta.

Tekanan perasaan.

Susah untuk dielakkan. Setiap hari. Setiap masa. Sentiasa ada. Nak dibuang, melekat. Nak dicampak, melekap. Macam sahabat karib pulak.

Mental.

Kadang-kadang akal fikiran pun menyerah diri. Sakit. Penat. Kesian kat mental. Dia pun tahu erti penat. Penat untuk berfikir. Penat untuk menerima semuanya. Bosan dengan sekelilingnya.

Hati.

Tak pernah sesaat pun dia berdiam diri. Asyik berkata-kata. Mengomel. Mental pun penat dengar hati mengomel sendirian. Tapi, hati tak pernah kenal erti penat bila mengomel. Pelik. Tapi itulah realiti.

Hati, tabahkanlah. Kuatkanlah. Terimalah semuanya seadanya. Sucikanlah. Kembalilah ke pangkal jalan. InshaaAllah. Kita sama-sama cari jalan pulang..


Wassalam..

No comments:

Post a Comment