Hidup Umpama Sebiji Kek

Assalamualaikum. Cinta.

Pernah tak kita terfikir, sehari-hari dalam hidup kita ni, umpama sebiji kek. 
Kenapa kek? 

* sekadar hiasan : google *

Cuba bayangkan 24 jam yang kita ada untuk sehari itu umpama sebiji kek yang bulat. 6 hingga ke 8 jam sehari, untuk kita rehat dan tidur secukupnya. Dah dipotong untuk bahagian itu. Another 8 jam lagi untuk bekerja. Potong lagi 2 jam untuk pergi dan balik kerja. (anggaran sahaja, mungkin lain orang lain kiraannya mengikut kerja yang dilakukannya) Dekat situ je dah habis maksimum 18 jam daripada sehari. Lagi 6 - 8 jam tu pula kita kena bahagi-bahagikan antara agama (which means solat, dan sebagainya untuk muslim), kena bahagi antara keluarga, suami/isteri, kawan-kawan, hobi, dan lain-lain lagi. Itu yang dinamakan bahagian-bahagian kek. Sebiji kek yang perlu dibahagi-bahagikan kepada setiap komitmen dan aktiviti dalam hidup. Pieces of cake.

Cukupkah pieces of cake --> 6-8 jam balance yang kita ada itu sebenarnya? Pernahkah korang terfikir cukupkah apa yang kita beri kepada orang yang tersayang dengan masa yang ada itu?

Hari ini baru Sue terfikir sebenarnya. Selama ini bukannya tak pernah terlintas langsung tentang hidup dan masa ni tapi mungkin masa tu tiada siapa yang membuka mata Sue, so Sue memang tak nampak.

Balance 6 - 8 jam tu nak dibahagikan antara semua orang dan aktiviti kita yang ada, cukup ke?

Jika seorang isteri yang juga seorang ibu, dia sebenarnya perlukan pieces dia yang tersendiri daripada seorang suami setelah dia membiarkan suaminya menjalankan tanggungjawabnya mengikut masa yang sepatutnya dan dia sendiri juga telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, ibu dan juga pekerja (sekiranya bekerja). Kadang-kadang, seorang lelaki terlepas pandang beberapa perkara yang baginya remeh tapi pada pandangan seorang wanita pula, ianya amat penting. Contohnya masa untuk meluahkan perasaan, tidak kiralah perasaan apa pun, dia perlukan pendengar. Lelaki haruslah menumpukan perhatian ketika seseorang wanita itu berbicara. Kalau tak, bersiapsedialah mendengar bebelan atau rajuk wanita itu sepanjang hari. Itu contoh je. Banyak aspek sebenarnya kalau nak dihuraikan satu per satu.

Bagi lelaki pula, dia perlu ada pieces of cake dia tersendiri di mana dia perlu berfikir bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya, meningkatkan kualiti hidup, menyara keluarga dan lain-lain lagi. Ini more pada tanggugjawab seseorang lelaki yang merupakan ketua keluarga. Dari satu segi pula, dia perlu ada masa atau pieces of cake untuk spend time dengan ahli keluarga juga. Sama juga dengan wanita. 

Actually, lelaki atau wanita, masing-masing ada tanggungjawab atau pieces of cake yang perlu dipenuhi oleh mereka.

Namun, lelaki juga perlu ada iltizam yang tinggi untuk mengubah kehidupan dan berusaha untuk berjaya. Sekiranya gagal, wanita takkan salahkan dia sebab dia dah berusaha. Cuma wanita ni tak boleh terima alasan yang tak masuk dek akal kalau lelaki itu gagal. Contohnya macam "malas". Kan ke tak logik namanya alasan tu.. 
Wanita pun perlu la memahami situasi seseorang lelaki itu. No paksaan. Kalau tak, masalah juga tu.. Kena ada give and take..

Sekiranya pieces of cake yang ada tu tak digunakan dengan sebaik mungkin, seperti ada lack di mana-mana pieces atau bahagian, for sure end up family tu tak happy. Contohnya macam seseorang wanita terlampau sibuk dengan kerjaya hingga kitaran hidup dia, bangun tidur pergi kerja, balik masak, makan, layan anak-anak sekejap, tidur, for sure lelaki atau senang cerita suaminya akan rasa lack di suatu bahagian atau pieces of cake yang sepatutnya dia dapat tapi dia tak dapat. So, apa perasaannya? For sure tak happy, kan? Akan mendatangkan masalah kalau tak ditangani dengan baik. Anak-anak pun akan effect juga. Anak-anak juga akan semakin jauh.

Begitu juga dengan wanita. Kalau dia tak dapat pieces of cake yang sepatutnya ataupun pieces of cake tu berkurangan and tak cukup, effect juga kan? Mula la rasa tak puas hati dan sebagainya.. 

Bagaimana pula kalau lelaki yang berkahwin 2, 3, dan 4? Haaaa.. sila la calculate sendiri pieces of cake yang anda ada.. 
Ni memang Sue ada terfikir juga tadi.. Boleh eh bahagi-bahagikan sebiji kek dia yang sememangnya sukar untuk cukup tu dengan penambahan ahli keluarga lagi? Dah bahagi setengah, kena bahagi lagi.. Berapa banyak pieces yang setiap orang dapat? ***Sekadar terfikir je ni..

For me, I will improvise my pieces of cake sebab memang dah terang dan nyata my pieces of cake tak balance. Tak dipotong dengan cantik dan baik. Tak sama rata dan tak cukup. Especially pieces yang melibatkan anak. T_T Sadis... 
-__-"

Itu serba sedikit ilmu tentang kehidupan yang I dapat hari ini. Membuka mata dan minda untuk improve myself. Kena berfikir dan rancang semula perjalanan hidup ini.. 

Keep improving and trying to be a better person.. Challenge yourself!

"Life is a pieces of cake"


Wassalam...


p/s /; tq so much atas ilmu ini.. kredit to my dear friend..

No comments:

Post a Comment