Happy But Sad

Assalamualaikum. Cinta.

Banyak sebenarnya ai nak story.. But.. Kelaut saje kekdahnya.. (eh! Kan dah terikut Najeeb)

Ok.. Semalam, celebrate birthday my princess Hadirah. Ni celebrate part 2 dah ni. Part 1 ai akan story later..









After tiup lilin bagai, siap suapkan kek pink yang dia request, dia pun main-main dengan pakcik makcik dia..

But suddenly dia jatuh dari katil.. Tak tahu macam mana dia boleh jatuh.. Tak perasan. Memang dah larang dah main lompat-lompat atas katil but tak nak dengar cakap mummy ni haa..

Mula-mula memang la nangis sebab baru jatuh kan.. Then dah ok tu, sambung main lagi. Tak lama lepas tu dia nangis lagi. Sakit tangan katanya..

Start tu dah risau.. Terkehel ke ape ke kan.. Then terus bawak pi klinik. Pusing satu pekan KKB, klinik tutup. Hadirah pun asyik merengek je. Pantang usik tangan dia, dia nangis.. Memang panik la..

Then bawak ke klinik area Batang Kali. Doktor kata takde apa-apa. Bengkak pun tak. But doktor advice try ikat tangan dia guna sling then tengok malam nanti macam mana. If bengkak or lebam ke, bawak terus ke hospital KKB untuk xray. Doktor just bagi ubat tahan sakit je. Doktor ade jugak tanya why tak ke hospital terus. Bukannya ai tak nak ke hospital government but bad experience yang lepas-lepas buat ai rasa tak berbaloi je.. Huhuhu..




Balik rumah, sempat jugak main lagi even tangan beranduh tu.. But tak lama pun.. Lepas tu dia nak bukak..

Malam tadi dah dekat jam 10 after saudara kami balik, Hadirah menangis lagi. Sakit katanya. Bila kita try alih alih tangan dia, dia tak bagi. Sakit katanya. Menangis teruk pulak tu. Mana tak kami panik..

Terus bawak pulak ke hospital jugak akhirnya. In case something wrong ke.. Hopefully takde apa-apa. Then bila tengok result x-ray takde patah ke ape ke.. Tangan dia tak bengkak pun or lebam ke ape.. Cuma bila dia cakap sakit tu yang risau.

Ubat tahan sakit jugak yang dapat dengan ubat sapu kat tempat sakit tu.

Hadirah pulak tak nak makan ubat. Hadoi.. sapu je la yang boleh..

We all suspect maybe ade urat dia yang sakit. Sebab tak nampak lebam ke bengkak ke.. Tapi kalau tangan dia silap sikit je dia menangis. Sakit katanya..

Kesian sangat kat dia. Kalau boleh biar la mummy yang sakit. Biar mummy yang ganti tempat dia. Sebab bila dia yang sakit tak tahu tahap mana dia sakit, kat mana exactly yang dia rasa sakit and sakit yang macam mana yang dia rasa.. Sedih sangat. Tadi pun nak balik, berat hati sangat. Tengok la nanti macam mana.. If worst, rush balik sana.

Hopefully dia sihat. Tak nak la dia sakit sakit. Ni pun nak mandikan dia pun susah. Sebab nak bukak baju, pakai baju, agak susah dek kerana tangan yang sakit tu..

Ai risau jugak pasal tangan dia tu. Sebab tak tahu tahap mana dia punya sakit tu. Tak sure terseliuh ke ape ke.. Sebab takde tanda-tanda.. Nak bawak berurut ai tak berani. Kang salah urut tak pasal-pasal je..

Doakan my Hadirah cepat sembuh.. Rindukan my sweet little princess..


Wassalam..
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment