10:47:00 PM

She's Fine! Alhamdulillah...

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Tadi ai dah call my Mama.. Tanya perkembangan baru my little princess tu.. Alhamdulillah.. dah ok nampaknya..

Dah boleh main air time mandi. Boleh simbah simbah orang guna tangan yang sakit tu. Dah boleh bukak baju seperti biasa.. So nothing serious la tu. Elok je boleh angkat tangan, angkat air yang berat tu.. Mummy pun boleh la tidur lena malam ni.. Syukur alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah..

Rindu pulak kat dia..

My Mama kata, after mandi, dah siap pakai baju semua, tiba-tiba dia ingat balik pasal tangan yang sakit tu, terus dia lembikkan tangan tu sambil cakap sakit.. nak pakai itu.. (tunjuk anduh) Hamboi.. drama queen betul la dia ni.. Memang Mama and Abah gelak je la tengok gelagat dia.. Kemain lagi dia berlakon sakit.. Manja betul!

Layankan je ngada-ngada dia tu.. Camtu la kalau terlebih manja.. Nanti kalau ada adik nanti tak tahu la macam mana.. (Erk.. adik?? Gulp! No komen!)





Good night sayang-sayangku semua.. Love you all!

Wassalam..
posted from Bloggeroid
8:18:00 PM

Happy But Sad

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Banyak sebenarnya ai nak story.. But.. Kelaut saje kekdahnya.. (eh! Kan dah terikut Najeeb)

Ok.. Semalam, celebrate birthday my princess Hadirah. Ni celebrate part 2 dah ni. Part 1 ai akan story later..









After tiup lilin bagai, siap suapkan kek pink yang dia request, dia pun main-main dengan pakcik makcik dia..

But suddenly dia jatuh dari katil.. Tak tahu macam mana dia boleh jatuh.. Tak perasan. Memang dah larang dah main lompat-lompat atas katil but tak nak dengar cakap mummy ni haa..

Mula-mula memang la nangis sebab baru jatuh kan.. Then dah ok tu, sambung main lagi. Tak lama lepas tu dia nangis lagi. Sakit tangan katanya..

Start tu dah risau.. Terkehel ke ape ke kan.. Then terus bawak pi klinik. Pusing satu pekan KKB, klinik tutup. Hadirah pun asyik merengek je. Pantang usik tangan dia, dia nangis.. Memang panik la..

Then bawak ke klinik area Batang Kali. Doktor kata takde apa-apa. Bengkak pun tak. But doktor advice try ikat tangan dia guna sling then tengok malam nanti macam mana. If bengkak or lebam ke, bawak terus ke hospital KKB untuk xray. Doktor just bagi ubat tahan sakit je. Doktor ade jugak tanya why tak ke hospital terus. Bukannya ai tak nak ke hospital government but bad experience yang lepas-lepas buat ai rasa tak berbaloi je.. Huhuhu..




Balik rumah, sempat jugak main lagi even tangan beranduh tu.. But tak lama pun.. Lepas tu dia nak bukak..

Malam tadi dah dekat jam 10 after saudara kami balik, Hadirah menangis lagi. Sakit katanya. Bila kita try alih alih tangan dia, dia tak bagi. Sakit katanya. Menangis teruk pulak tu. Mana tak kami panik..

Terus bawak pulak ke hospital jugak akhirnya. In case something wrong ke.. Hopefully takde apa-apa. Then bila tengok result x-ray takde patah ke ape ke.. Tangan dia tak bengkak pun or lebam ke ape.. Cuma bila dia cakap sakit tu yang risau.

Ubat tahan sakit jugak yang dapat dengan ubat sapu kat tempat sakit tu.

Hadirah pulak tak nak makan ubat. Hadoi.. sapu je la yang boleh..

We all suspect maybe ade urat dia yang sakit. Sebab tak nampak lebam ke bengkak ke.. Tapi kalau tangan dia silap sikit je dia menangis. Sakit katanya..

Kesian sangat kat dia. Kalau boleh biar la mummy yang sakit. Biar mummy yang ganti tempat dia. Sebab bila dia yang sakit tak tahu tahap mana dia sakit, kat mana exactly yang dia rasa sakit and sakit yang macam mana yang dia rasa.. Sedih sangat. Tadi pun nak balik, berat hati sangat. Tengok la nanti macam mana.. If worst, rush balik sana.

Hopefully dia sihat. Tak nak la dia sakit sakit. Ni pun nak mandikan dia pun susah. Sebab nak bukak baju, pakai baju, agak susah dek kerana tangan yang sakit tu..

Ai risau jugak pasal tangan dia tu. Sebab tak tahu tahap mana dia punya sakit tu. Tak sure terseliuh ke ape ke.. Sebab takde tanda-tanda.. Nak bawak berurut ai tak berani. Kang salah urut tak pasal-pasal je..

Doakan my Hadirah cepat sembuh.. Rindukan my sweet little princess..


Wassalam..
posted from Bloggeroid
1:13:00 PM

Susah Senang

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Kadang-kadang kesenangan yang kita nikmati saat ini telah melalaikan kita hingga kita terlupa tentang kesusahan dan kepayahan yang pernah kita rasai suatu tika dulu..




Astagfirullah...
moga-moga kita tidak terus terbuai dengan kenikmatan dan kesenangan dunia semata-mata..

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati ,maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu, maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang rasul(yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)."
(Surah an-Nisaa':79)



P/s : peringatan untuk diri sendiri juga..

Wassalam...
posted from Bloggeroid
5:50:00 PM

Wordless Wednesday #12

by , in
Assalamualaikum. Cinta.





Wassalam..

posted from Bloggeroid

5:30:00 PM

Al-Fatihah..

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Awal pagi tadi dunia blogger dikejutkan dengan berita perginya seorang penulis yang berbakat yang juga seorang ikon hijabista masa kini.. Walaupun ai tidak mengenalinya secara dekat, namun ai turut sedih mendengarkan berita ini..

Al-fatihah buat arwah Kak Ami Schaheera..
Allah swt loves you more Kak Ami..




Sesungguhnya, janji ALLAH itu pasti, setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Buat keluarganya, moga tabah dalam menghadapi dugaan yang satu ini.. Bersabarlah..

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30)


#prayforamischaheera #amifightcancer #amischaheera

p/s : dia sudah pasti telah pergi.. kita yang hidup ini belum tahu bila pula giliran kita untuk dijemput pergi olehNya.. Allahuakbar.. Astagfirullah..


Wassalam...
posted from Bloggeroid
7:10:00 AM

MH370 : Penerbangan "Berakhir" di Lautan Hindi

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Terkejut.
Sedih.
Sayu.

Hanya itu rasa yang dapat dipamerkan ketika ini. Terkejut dengan pengumuman PM Datuk Seri Najib malam tadi. Tak terkata. Hancur harapan. Musnah impian untuk melihat MH370 kembali dengan selamat.

Kelu lidah tika ini. Tak dapat nak gambarkan apa perasaan family yang terlibat. Kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, hanya mampu berdoa. Tabahlah wahai kalian. Berlinangan airmata tika ini..

Kenyataan PM semalam mengenai MH370 :-

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

Sumber : SINI

*******

Al-fatihah untuk penumpang dan crew yang beragama Islam. Takziah untuk semua penumpang dan crew pesawat MH370. RIP semua penumpang dan crew MH370.

إنّا لله وإنّا إليه راجعون
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ




#PrayForMH370 #doauntukMH370 #pray4MH370 #RememberingMH370 #alfatihahbuatMH370

Harap akan ada penjelasan lanjut tentang berita yang mengejutkan ini dalam sidang akhbar hari ini.

**masih mengharapkan keajaiban berlaku..masih mengharapkan yang terbaik.. Namun andai ini takdirNya, redhalah..
10:03:00 PM

Happy Birthday To My Sweet Little Princess!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

20 Mac 2014

Selamat hari jadi yang ke-3 buat anak manja Mummy yang sorang ni.. Semoga sayang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak Papa dan Mummy yang solehah, dirahmati & diberkati oleh Allah swt..



Syukur alhamdulillah.. Mummy masih diberi kesempatan untuk mencurahkan kasih sayang yang tak terbelah bahagi untuk anak Mummy, Hadirah..





Mummy always love you, my sweetheart.. even though Mummy jauh dari mata tapi tetap dekat di hati.. Mummy selalu merinduimu sayang..

Ingatlah..Apa jua sekalipun, percayalah bahawa Mummy dan Papa sentiasa sayangkan Hadirah walaupun kami jarang ada disisimu.. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu..




We miss you so much! Muahhhss! Tak sabar nak jumpa esok.. Take care ok my princess.. Esok kita jumpa..
This weekends will be special for you..

Selamat malam cintaku!

Wassalam..
posted from Bloggeroid
10:34:00 PM

Putrajaya International Book Fair 2014

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Semalam masa lalu depan MPH kat Setia City Mall, ternampak iklan Putrajaya International Book Fair ni. Macam menarik je. Ada gak usaha nak tarik tangan En. Along semalam nak masuk MPH, kena sedas. "Novel kat rumah tu pun berbungkus lagi" Denggg.. Erk.. Yeke?

Pastu tukar topik pulak, jom pi book fair ni.. (sambil tunjuk banner depan MPH) Kat Putrajaya je pun.. "Nak buat ape?".. Lorrrr.. jalan-jalan cari buku la.. "Buku dalam rak tu pun tak habis baca lagi." Ok..kena lagi sedas. Hahahahaha.. Macam tak dapat je nak singgah sini.. -__-

Pada yang berkesempatan, sila la singgah kat PICC. Book Fair ni berlangsung 19 Mac hingga 23 Mac 2014.

Macam rugi pulak rasanya kalau tak singgah sini.. Tengok la nanti macam mana.

Ianya first time dianjurkan. So sesiapa yang berminat boleh datang PICC, Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke page SINI.


Wassalam..
11:56:00 AM

Wordless Wednesday #11

by , in
Assalamualaikum. Cinta.





Wassalam..

posted from Bloggeroid

11:45:00 AM

Bonanza Sushi King!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


See... promotion Sushi King.. Sepinggan  RM 3. Kalau area Selangor & KL sedang berlangsung sampai esok.. But remember, kena bawa kad member Sushi King.

So.. baru-baru ni ai pun terjebak sama makan sushi ni walau tak minat. My biras ada membership so untung la kan.. Kami ke Sushi King Setia City Mall je sebab dekat sikit dengan rumah ai. After kerja, terus serbu beramai-ramai. Phewwww~~~ nasib baik tak beratur panjang.

Disebabkan seat limited, so every customer dia bagi 45 minutes je. But rasanya kami ni lebih la sikit dari masa yang dia bagi. Kalau tengok masa tu ada je lagi seat. So, for sure pekerja Sushi King tak halau. ^.^



Jom tengok berapa tingkek pinggan kami..



Bertingkek-tingkek...

Oppsss.. ai tak makan banyak. 3 pinggan saje yang mampu. -_-" Tu pun yang ada udang goreng tu. Yang lain tak lalu tekak den ni haa...

TIba-tiba ada pinggan special pulak.. Maka berebutlah mereka bertiga sorang sepinggan..
Ai dah confirm tak la kan.. Not my taste.. Haha.. Tak minat sushi kan.. Tapi makan jugak mana yang lalu.. 


So, sesapa yang ada membership Sushi King tu boleh la pergi serbu Sushi King. Sepinggan 3 ringgit je. Makan la sampai lebam.. 
Esok last day ok! Babai!


Wassalam...
10:41:00 PM

Hidup Umpama Sebiji Kek

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Pernah tak kita terfikir, sehari-hari dalam hidup kita ni, umpama sebiji kek. 
Kenapa kek? 

* sekadar hiasan : google *

Cuba bayangkan 24 jam yang kita ada untuk sehari itu umpama sebiji kek yang bulat. 6 hingga ke 8 jam sehari, untuk kita rehat dan tidur secukupnya. Dah dipotong untuk bahagian itu. Another 8 jam lagi untuk bekerja. Potong lagi 2 jam untuk pergi dan balik kerja. (anggaran sahaja, mungkin lain orang lain kiraannya mengikut kerja yang dilakukannya) Dekat situ je dah habis maksimum 18 jam daripada sehari. Lagi 6 - 8 jam tu pula kita kena bahagi-bahagikan antara agama (which means solat, dan sebagainya untuk muslim), kena bahagi antara keluarga, suami/isteri, kawan-kawan, hobi, dan lain-lain lagi. Itu yang dinamakan bahagian-bahagian kek. Sebiji kek yang perlu dibahagi-bahagikan kepada setiap komitmen dan aktiviti dalam hidup. Pieces of cake.

Cukupkah pieces of cake --> 6-8 jam balance yang kita ada itu sebenarnya? Pernahkah korang terfikir cukupkah apa yang kita beri kepada orang yang tersayang dengan masa yang ada itu?

Hari ini baru Sue terfikir sebenarnya. Selama ini bukannya tak pernah terlintas langsung tentang hidup dan masa ni tapi mungkin masa tu tiada siapa yang membuka mata Sue, so Sue memang tak nampak.

Balance 6 - 8 jam tu nak dibahagikan antara semua orang dan aktiviti kita yang ada, cukup ke?

Jika seorang isteri yang juga seorang ibu, dia sebenarnya perlukan pieces dia yang tersendiri daripada seorang suami setelah dia membiarkan suaminya menjalankan tanggungjawabnya mengikut masa yang sepatutnya dan dia sendiri juga telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, ibu dan juga pekerja (sekiranya bekerja). Kadang-kadang, seorang lelaki terlepas pandang beberapa perkara yang baginya remeh tapi pada pandangan seorang wanita pula, ianya amat penting. Contohnya masa untuk meluahkan perasaan, tidak kiralah perasaan apa pun, dia perlukan pendengar. Lelaki haruslah menumpukan perhatian ketika seseorang wanita itu berbicara. Kalau tak, bersiapsedialah mendengar bebelan atau rajuk wanita itu sepanjang hari. Itu contoh je. Banyak aspek sebenarnya kalau nak dihuraikan satu per satu.

Bagi lelaki pula, dia perlu ada pieces of cake dia tersendiri di mana dia perlu berfikir bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya, meningkatkan kualiti hidup, menyara keluarga dan lain-lain lagi. Ini more pada tanggugjawab seseorang lelaki yang merupakan ketua keluarga. Dari satu segi pula, dia perlu ada masa atau pieces of cake untuk spend time dengan ahli keluarga juga. Sama juga dengan wanita. 

Actually, lelaki atau wanita, masing-masing ada tanggungjawab atau pieces of cake yang perlu dipenuhi oleh mereka.

Namun, lelaki juga perlu ada iltizam yang tinggi untuk mengubah kehidupan dan berusaha untuk berjaya. Sekiranya gagal, wanita takkan salahkan dia sebab dia dah berusaha. Cuma wanita ni tak boleh terima alasan yang tak masuk dek akal kalau lelaki itu gagal. Contohnya macam "malas". Kan ke tak logik namanya alasan tu.. 
Wanita pun perlu la memahami situasi seseorang lelaki itu. No paksaan. Kalau tak, masalah juga tu.. Kena ada give and take..

Sekiranya pieces of cake yang ada tu tak digunakan dengan sebaik mungkin, seperti ada lack di mana-mana pieces atau bahagian, for sure end up family tu tak happy. Contohnya macam seseorang wanita terlampau sibuk dengan kerjaya hingga kitaran hidup dia, bangun tidur pergi kerja, balik masak, makan, layan anak-anak sekejap, tidur, for sure lelaki atau senang cerita suaminya akan rasa lack di suatu bahagian atau pieces of cake yang sepatutnya dia dapat tapi dia tak dapat. So, apa perasaannya? For sure tak happy, kan? Akan mendatangkan masalah kalau tak ditangani dengan baik. Anak-anak pun akan effect juga. Anak-anak juga akan semakin jauh.

Begitu juga dengan wanita. Kalau dia tak dapat pieces of cake yang sepatutnya ataupun pieces of cake tu berkurangan and tak cukup, effect juga kan? Mula la rasa tak puas hati dan sebagainya.. 

Bagaimana pula kalau lelaki yang berkahwin 2, 3, dan 4? Haaaa.. sila la calculate sendiri pieces of cake yang anda ada.. 
Ni memang Sue ada terfikir juga tadi.. Boleh eh bahagi-bahagikan sebiji kek dia yang sememangnya sukar untuk cukup tu dengan penambahan ahli keluarga lagi? Dah bahagi setengah, kena bahagi lagi.. Berapa banyak pieces yang setiap orang dapat? ***Sekadar terfikir je ni..

For me, I will improvise my pieces of cake sebab memang dah terang dan nyata my pieces of cake tak balance. Tak dipotong dengan cantik dan baik. Tak sama rata dan tak cukup. Especially pieces yang melibatkan anak. T_T Sadis... 
-__-"

Itu serba sedikit ilmu tentang kehidupan yang I dapat hari ini. Membuka mata dan minda untuk improve myself. Kena berfikir dan rancang semula perjalanan hidup ini.. 

Keep improving and trying to be a better person.. Challenge yourself!

"Life is a pieces of cake"


Wassalam...


p/s /; tq so much atas ilmu ini.. kredit to my dear friend..

11:23:00 PM

Hadirah Is Here!!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Yeay! Hadirah dah sampai sini petang tadi.. Tq to Abah & Mama tolong hantarkan..siap dengan makan malam lagi.. walaupun tak balik hari ni, dapat gak makan masakan Mama.. weeee...



Ni time merajuk sebab ape entah tadi..



Ni paksa dia senyum sebab nak hantar gambar ni ke papa dia.. Biar papa dia cepat sikit balik kerja..

Keranamu Hadirah juga, gigih kejap tadi papa cari portable aircond.. Semata-mata sebab Hadirah.. Berkorban apa saja.. ni dah sebab terlampau kepanasan.. Kalau tak memang tak beli dah.. Hadirah la tak boleh nak tidur dengan aman. Siap dah berbogel dah tadi.. pakai pampers je.. Terlampau panas..



Dah la kat belakang rumah ni dah habis hutan hilang camtu je.. Dah tak nampak bukit dah.. Projek perumahan pulak kat belakang ni tengah pesat naik... Langsung la bertambah panas.. Kalau tak, ade la jugak sejuk sikit and dapat menikmati kokokkan ayam hutan pagi-pagi buta.. But now semua dah tak ade.. Sedih betul la.. sob..sob..sob..

Berdoa dan berharap kemarau yang panjang dan jerebu yang melanda negara ini segera berlalu..


Wassalam...
12:07:00 PM

MH 370 : Day 7

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Keep praying...

Di hari Jumaat yang mulia ini, bersama-samalah berdoa dan bersolat hajat especially after solat jumaat hari ini..

Masih menanti dengan penuh harapan agar ada berita baik nanti..

Percaya pada qada' dan qadar.. Ada hikmah di sebalik semua ini..



#PrayForMH370 #doauntukMH370 #malaysiaairlines #MH370 #malaysia #pray4mh370


Wassalam..
8:08:00 PM

Iklan Atas Lantai

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Bila terlampau lama sangat tak shopping kat Tesco or Giant or mana-mana tempat beli barang dapur, camni la jadinya. Batak. Hahahaha..

Dok ralik tengok iklan atas lantai..
Oh! Ade eh??
Benda camni pun ade eh? Gila la ai dok bawah tempurung.. tak tahu wujud benda alah ni..



Lama dah kan tak keluar rumah.. Pergi balik kerja je.. Or paling kuat ada meeting kat luar and sangat malas nak beli barang.. selalu kirim je.. kalau boleh guna pos laju lagi la sanggup dok rumah.. (boleh kira tak keluar rumah la kan)

Kan jerebu kat luar tu.. Tak nak la keluar.. Eh? Ape kena mengena??

Terkena jerebu la kan... ?


p/s : merapu.. tak dapat tengok iklan atas lantai hari-hari..


Wassalam..
12:39:00 PM

Wordless Wednesday #10

by , in
Assalamualaikum. Cinta.





#PrayForMH370 #doauntukMH370 #malaysiaairlines #MH370 #malaysia

Wassalam..
7:19:00 AM

Hidup

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Tekanan perasaan.

Susah untuk dielakkan. Setiap hari. Setiap masa. Sentiasa ada. Nak dibuang, melekat. Nak dicampak, melekap. Macam sahabat karib pulak.

Mental.

Kadang-kadang akal fikiran pun menyerah diri. Sakit. Penat. Kesian kat mental. Dia pun tahu erti penat. Penat untuk berfikir. Penat untuk menerima semuanya. Bosan dengan sekelilingnya.

Hati.

Tak pernah sesaat pun dia berdiam diri. Asyik berkata-kata. Mengomel. Mental pun penat dengar hati mengomel sendirian. Tapi, hati tak pernah kenal erti penat bila mengomel. Pelik. Tapi itulah realiti.

Hati, tabahkanlah. Kuatkanlah. Terimalah semuanya seadanya. Sucikanlah. Kembalilah ke pangkal jalan. InshaaAllah. Kita sama-sama cari jalan pulang..


Wassalam..
8:19:00 PM

Kehilangan MH370

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Today telah masuk hari ketiga kehilangan pesawat MAS MH370..

Rata-rata masih ramai di luar sana yang mengharapkan MH370 dapat ditemui..tak kira walau apa pun keadaanya.. Bermacam cara digunakan untuk mengesan pesawat yang hilang itu. Ramai yang bersedih.. Sue pun turut sedih bila mendengarkan khabar berita ini setiap hari sejak Sabtu yang lalu. Memikirkan nasib penumpang dan krew MH370.. memikirkan perasaan keluarga para penumpang dan krew MH370.. sayunya hati ini mengenangkan nasib mereka yang tidak diketahui bagaimana..

Ya Allah ya Tuhanku..
Sesungguhnya padaMu kami berserah..
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui..
Di manakah mereka ini berada..

Ya Allah ya Tuhanku..
Kau berikanlah kami petunjukMu..
Permudahkanlah segala urusan kami ya Allah..
Lindungilah mereka walau di mana pun mereka berada..

Ya Allah ya Tuhanku..
Jika mereka di langitMu, Kau turunkanlah mereka..
Agar kami dapat melihat mereka semula..
Jika mereka di lautanMu, Kau timbulkanlah mereka..
Agar kami tahu akan keadaan mereka..
Jika mereka di daratanMu, kau tunjukkanlah di mana mereka berada..
Agar kami dapat memeluk mereka..

Ya Allah ya Tuhanku..
Hapuskanlah gundah gelana kami..
Berikanlah jawapan kepada persoalan kami..
Ringankanlah keresahan hati hati kami..
Leburkanlah kesedihan kami..
Hiburkanlah kehibaan kami..

Hanya padaMu kami memohon pertolongan..
Hanya padaMu kami serahkan segalanya..
Moga suatu hari nanti akan ada sinar cahaya dalam kegelapan kebuntuan ini..

Amin ya rabbala'lamin...



p/s : berdoalah.. doa adalah senjata orang mukmin yang sejati..

Wassalam..



#PrayForMH370 #doauntukMH370 #malaysiaairlines #MH370 #malaysia
7:23:00 AM

Ceritera Dinner Malam Tadi

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Holaaa everyone! Sorry ye..lama tak coret coret kat sini..

Busy like a bee.. Hambek ko! Selalu post bersenang lenang je kan.. Sekali busy semacam je.. Haishhhh.. sampai mood pun ke laut sajo hari-hari..

Actually nak tayang one of KBBA Klang Valley group yang ai jumpa malam tadi.. Muahahahaha.. asyik tengok Eddy tayang Zura, Zura tayang Eddy je kan.. *eh! tetiba..ade kena mengena ke?*

Ini la Atikah.. atau lebih senang ai panggil Ika je.. Pemilik blog Is Not About Size

Camne boleh dinner sama ni?? Sure tertanya-tanya kan.. Jeles eh korang... Muahahahaha.. *eh..ade ke yang nak jeles?*

Saje je ajak dinner.. Sebab rumah kitaorang dekat dekat je pun rupanya.. Takde la jauh sangat.. Tapi ai pakai waze gak la.. Kalau tak, tersadai tepi jalan cari tak jumpa.. Lagipun terliur tengok gambar nasi arab kat group petang tu... Laju laju Ika cari kedai nasi arab area shah alam..




Ni our menu.. Makanan ai tak habis.. sob..sob..sob.. kesian nasi tu.. Lain kali kena order satu je share ngan En. Along... Wuwuwuwuwu...







Eh! Lupa nak bagitau.. En. Along pun ade ye.. Kesian En. Along kalau kena tinggal.. nangis pulak tengok kitaorang makan nasi arab tu.. Hahahaha..




Nampak tak betapa bosannya En. Along tu.. Protes takde geng la tu kan? Kan?..
Anyway tq tau sebab layankan je kitaorang.. Haha..

Ok Ika.. next time kita jumpa lagi.. Kita ajak yang lain-lain pulak.. Kang ada pulak yang sentap tak ajak.. Haha.. *sentap ke?*

Wassalam..