[Review Filem] Vampire Academy

Assalamualaikum. Cinta.

Sebentar tadi berkesempatan menonton cerita Vampire Academy bersama dengan my bff, also my biras, Cik Nurul. Cerita ini berdasarkan kepada novel Vampire Academy, salah sebuah dari enam buah novel romantik paranormal yang ditulis oleh Richelle Mead.


Filem yang diarahkan oleh Mark Waters ini membariskan barisan pelakon muda seperti Zoey Deutch sebagai Rosemarie 'Rose' Hathaway, Lucy Fry (Vasilisa 'Lissa' Dragomir), Danila Kozlovsky (Dimitri Belikov) dan juga Dominic Sherwood (Christian Ozera).

Sinopsis:
Secara ringkasnya ia mengisahkan Rose Hathaway yang merupakan seorang 'Dhampir' iaitu separuh manusia, separuh puntianak dilatih untuk menjadi penjaga di Akademi St. Vladimir bersama orang lain sepertinya.

Terdapat puntianak baik dan juga jahat dalam dunia mereka. Moroi adalah puntianak yang hidup secara aman bersama manusia dan hanya mengambil darah daripada penderma serta mempunyai keupayaan untuk mengawal salah satu daripada empat elemen iaitu air, bumi, api dan udara.

Manakala Strigoi, puntianak yang membunuh untuk menghisap darah manusia. Rose dan penjaga Dhamir yang lain ditugaskan untuk melindungi Moroi dan membunuh Strigoi.

Bersama sahabat baiknya, Puteri Vasilisa Dragomir dan Rose perlu melarikan diri untuk melindungi Lissa daripada bahaya.


Plot & konflik:
Biarpun mempunyai jalan cerita yang menarik, namun sayangnya Waters tidak menggunakan kesempatan dengan baik apabila menggarap filem ini dengan agak perlahan.

Meskipun berjaya menarik perhatian penonton pada permulaan jalan cerita, namun sebaik naratif penceritaan bergerak babak demi babak, perjalanan cerita ini mula terasa perlahan.

Bagaimanapun konflik yang dihadapi oleh Puteri Vasilisa di dalam filem ini banyak membantu menambah keterujaan penonton untuk mengetahui siapa yang berdendam dengannya.

Juga karakter Mia dan guru besar Akademi Puntianak banyak membuatkan penonton rasa tidak sabar untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya dan siapakah sebenarnya yang jahat antara mereka.

Lakonan mantap:
Selain itu, biarpun wajah pelakon-pelakon utamanya jarang dilihat penglibatan mereka, namun ke semuanya memberikan lakonan yang cukup mantap.

Mereka tidak cuba bersaing untuk kelihatan lebih menonjol di antara yang lain, sebaliknya karakter mereka saling membantu dan menyokong.

Tidak lupa juga, elemen cinta turut diselitkan di dalam filem ini dan ia tentu sekali menambah keterujaan bagi mereka yang meminati filem seperti Twilight.

Komen Sue:
So, kepada yang belum menonton, silalah menonton dahulu. Bagi sesiapa yang mencari sebuah filem yang santai, ini adalah pilihan filem yang tepat. Ceritanya tidak terlalu berat. Bagi kami cukuplah untuk bersantai dengan menyaksikan filem ini. 
**berangan nak mimpi indah dengan Dimitri**




p/s : salin tampal je sinopsis ni sebab dah tengah malam.. tak terdaya nak fikir ayat-ayat cinta yang nak keluar ni.. will be continue dengan ceritera kami berdua hingga terjebaknya untuk menyaksikan filem ini nanti.. tunggu next entry la ye.. seriously tak tahan dah ni... T___T sorry ye..
**mata dah layu..mulut dah nguapnguap**


Wassalam..

No comments:

Post a Comment