Rasa Yang Hilang

Assalamualaikum. Cinta.

Setiap orang memerlukan masa untuk menenangkan diri dan fikiran. Cuma kesibukkan bekerja dan aktiviti lainnya yang membuatkan kita terlupa yang kita juga manusia biasa. Punyai rasa hati, masih merasa tekanan, masih ada rasa ingin lari jauh dari kesibukkan.. Masih ingin melayan perasaan sendiri...

Namun Kadang-kadang kita memilih untuk menguburkan hasrat hati untuk menenangkan diri kerana menganggap kalau melayan perasaan tu membuang masa je. Yes..memang betul.. Tapi pernahkah kalian terfikir yang sesekali, minda kita ni kalau terlampau tertekan boleh membuatkan kita semakin hilang konsentrasi terhadap segala hal dalam kehidupan.. Tekanan perasaan jika tidak dibendung dari awal boleh menyebabkan pelbagai masalah yang negatif timbul..

Dengan cara menenangkan fikiran, boleh mengurangkan stress yang dialami.

Lately ni memang ai akui.. Kadang-kadang ai hilang konsentrasi terhadap semua benda.. Hilang mood.. Tertekan.. Sedih.. macam-macam lagi la.. Ianya datang secara tiba-tiba. Tak terjangka kehadirannya mengundang gundah di hati. Entah la.. Sukar untuk diperkatakan apa yang dirasai.

Maaf andai ada yang terasa dengan ai lately ni.. Memang ai tak dapat nak bagi full konsentrasi kepada certain things. Bila mood pun hilang, nak buat apa pun jadi tak ikhlas. I really need a break. Kalau berterusan macam ni lama-lama boleh masuk Tanjung Rambutan ni..

Feel like something missing inside me tapi tak tahu apa.. Ni pun sedang membahagiakan diri dan orang sekeliling.. Tak nak la orang lain pun terjebak sama.. Cuma kadang-kadang tu ai need a space.. Tak nak ada gangguan untuk melayan perasaan.. Bukannya apa..just need ruang untuk melepaskan tekanan.. Support from family the most important thing. Yes.. I have that.. But still.. really need a space..

Maybe terlampau jauh dengan Hadirah also membuatkan ai missed her so much.. Hopefully bila dah jumpa dia malam ni boleh ubah mood ai kan..

Please.. tolong ya Allah..buang perasaan ni jauh-jauh..






p/s: menyusuri denai..kembali mencari jalan pulang..

7 comments:

  1. Perasaan seperti itu memang mengganggu perjalanan hidup seharian.. tak tahu apa puncanya.. dalam keriuhan masih terasa sendiri.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kadang2 tak tahu dari mana puncanya...

      Delete
  2. Slm perkenalan..

    Mcm sedih jer baca entri ni..bykkn bersbr n istighfar ye dik.

    If sudi jom la ke blog akak ;-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm perkenalan kak.. tq sudi singgah sini..
      tq atas nasihat akak.. inshaaAllah..

      Delete
  3. Assalamualaikum.

    Cari balik rasa yang hilang tue.kadangkala..kita kene bersendirian untuk muhasabah diri.bila bersendirian tue..In Shaa Allah..ketengangan akan datang.

    eh..apa yg aku merepek nie?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      tq atas nasihat itu Encik Suami InshaaAllah..

      tq jugak sudi singgah sini.. :)

      Delete
  4. Mencari semula 'rasa yang hilang' kadang membuat kita semakin tertekan.
    Tip paling mudah -jangan fikirkan.

    ReplyDelete