Layang-Layang

Assalamualaikum. Cinta.

Aku ingin jadi layang-layang..
Terbang bebas di awang-awangan..
Tapi..
Aku tak suka dengan tali..
Tali pengikat layang-layang itu..
Kebebasan layang-layang terhad dengan kehadiran tali pengikatnya..

Kenapa perlu diikat layang-layang itu?

Ada yang berkata perlu..
Kerana layang-layang tak akan terbang tanpa talinya..
Layang-layang akan tersesat nanti..
Hilang mencari jalan pulang..

Begitulah lumrah layang-layang..
Walaupun dia ingin terbang bebas,
Namun talinya harus bersama..
Supaya layang-layang tidak sesat mencari jalan pulang..setelah sekian lama berada di awang-awangan..





Salam maghrib..

Wassalam...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment