Injured!

Assalamualaikum. Cinta.

En. Along injured sebenarnya.. Kejadian berlaku Sabtu baru-baru ni.. En. Along ada football friendly match dengan team Penjara Kajang. Entah macam mana En. Along injured. Mujurlah time tu dia ke sana dengan officemate and adik dia En. Fariz.

Suddenly petang Sabtu tu dapat call dari En. Along inform dia injured. Time tu dah la ai tertidur.. dengan Hadirah. Bosan punya pasal. Dok tengok kartun Tom & Jerry Hadirah ni sampai tertidur. So mamai mamai la jawab telefon. Blur sekejap.

Then call call orang sebab nak tanya pasal nak pi KPJ macam mana prosedur bagai. Sebab ai tak pernah lagi menggunakan khidmat PM Care kat hospital swasta lagi. So this is first time la. For sure macam tak berapa nak tahu. But now dah tahu.. Yeay! *sep sep tangan*

Malam tu adik ai hantarkan ai kat Tol Sungai Buaya. Kenapa kat situ?
Sebabnya En. Along and En. Fariz kena hantar member dia sorang lagi tu kat situ.. Then baru la kitaorang ke hospital.

Oleh kerana dah malam plus bukan waktu hari biasa, maka hanya ada khidmat emergency aje. So, takde la specialist bagai kan.

Mujur ada En. Fariz. Dia dah ada experience macam ni. So dia tahu nak buat apa, nak tanya apa dan lain-lain.

Doktor kata kena jumpa specialist. Tengok keadaan kaki En. Along ni. Siap kata kena masuk wad lagi.
Erk! Masuk wad??
Tapi bukan paksaan. If masuk wad malam tu, esoknya boleh la panggil specialist. Kata doktor tu la.. En. Along tak nak. Nak balik jugak katanya. Kalau weekdays nak jugak dia masuk tapi weekend kan. For sure dia tak nak.

Then kena buat x-ray. Tengok kot kot ada patah ke kan. Tapi rasanya takde. 

* dah kena naik wheelchair pun still tak nak jumpa doktor *

Then doktor kata kalau tak nak masuk wad, hari Isnin datang balik. Jumpa specialist. Siap buat surat bagai. En. Along datang sini pun atas advice adik dia. Kalau tak ni, rasanya memang dia takkan datang hospital. Paling kuat pun dia pi klinik aje.

Ni balut buat syarat je ni kata mereka. Ubat pun painkiller and kurangkan bengkak je doktor bagi. Before balik tu doktor bagi injection painkiller. En. Fariz kata sepatutnya tak payah ambil injection tu tapi En. Along dah dicucuk dulu.. Takpe la.. Nak buat macam mana kan..


En. Fariz dulu ada experience sebab dulu doktor kerajaan salah diagnose dia. Dia pun pernah injured kat lutut masa main bola. Doktor yang dia jumpa tu kata takde apa-apa. Then after one month dia main bola tiba-tiba lutut injured up until 2 tahun (now la kot) tak boleh main bola. Ada problem dengan ligamen lutut. Dah ACL (tak tahu istilah apa ni) pun right now.

So tak nak la jadi camtu. That's why En. Fariz paksa gak abang dia ni jumpa doktor and specialist.

Malam tu gigih ai drive dari Shah Alam ke KKB.. Sampai rumah KKB dah jam 2.00 pagi tau.. T__T Ngantuk.. Tapi sempat pekena roti nan cheese sebelum balik.. Sebab ai pun lapar.. Orang lain pun sama. Ai sempat makan sebiji pau yang Mama ai bawak balik dari Kuala Kangsar petang tu.. Mana tak lapar.. Dah tengah malam baru nak makan.. Cheese nan je la yang mampu nak telan. Tu pun half je.. T__T

Today dari pagi tadi ai kat KPJ Selangor. Jenuh menunggu. Sampai petang baru selesai. Ai dari KKB sebenarnya.. Tu yang macam penat je.. Pagi tadi banyak jugak prosedur kena buat. First time la katakan. Nak ambil GL lagi. Then tunggu turn jumpa specialist. Time dah sampai turn tu pun dah 11 lebih rasanya.


Then doktor tu suruh buat MRI pulak. Katanya lutut dia dah check. Nothing serious. But bila tengok ankle En. Along yang dah bengkak tu, dia pun risau. Takut kalau-kalau ligamen ankle problem. If putus, kena operate.
"Hah? Operate?" terkejut ai dengar okeh! Doktor yang sempoi tu kata if anything kena get ready la.
Ermmmm.. kalau kena operate ni, macam rosak je plan kitaorang.. -__-"

MRI pulak boleh buat petang, dalam jam 3.00 macam tu sebab time tu dah penuh. Then keluar la lunch dengan En. Fariz and Cik Nurul. Dah agak dah. Kalau diaorang tak kerja confirm datang ni..

After lunch, En. Fariz and Cik Nurul balik. Ai and En. Along pi SACC Mall. Sempat lagi kannnn.. -__-
Sebab nak cari tempat sejuk.. Nak rest.. If nak balik rumah, macam tak sempat je..


Sempat la buat aktiviti bukan-bukan ini.

Then after Zohor, kami ke KPJ balik. Untuk MRI.
Punya la lama tunggu. Sampai bosan ai dibuatnya.

Jumpa specialist Dr. Askandar tu balik. Sempoi betul la doktor ni.. *eh! tetiba*
Dr. Askandar kata nothing serious. Bengkak tu maybe sebab pendarahan dalaman. Bleeding biasa katanya. Alhamdulillah.. syukur.. Tak payah nak operate bagai.. *tadah tangan*

But next week kena jumpa dia balik. Untuk check up. Kalau teruk or tak baik lagi maybe kene further check. This week dapat la MC seminggu.. *untungla..*

Oh.. ai pun terpaksa la EL hari ni.. Kalau tak sapa pulak nak jadi driver kan. Penat wooo jadi driver.. Esok pi kerja sendiri pulak tu.. Takde ke sesapa nak hantar and ambil balik kerja ni?? Anyone? Anyone? *sambil tengok sekeliling*
Oh! No one... *kecewa*

*baring.. tidur*

Wassalam..

No comments:

Post a Comment