10:17:00 PM

Injured!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

En. Along injured sebenarnya.. Kejadian berlaku Sabtu baru-baru ni.. En. Along ada football friendly match dengan team Penjara Kajang. Entah macam mana En. Along injured. Mujurlah time tu dia ke sana dengan officemate and adik dia En. Fariz.

Suddenly petang Sabtu tu dapat call dari En. Along inform dia injured. Time tu dah la ai tertidur.. dengan Hadirah. Bosan punya pasal. Dok tengok kartun Tom & Jerry Hadirah ni sampai tertidur. So mamai mamai la jawab telefon. Blur sekejap.

Then call call orang sebab nak tanya pasal nak pi KPJ macam mana prosedur bagai. Sebab ai tak pernah lagi menggunakan khidmat PM Care kat hospital swasta lagi. So this is first time la. For sure macam tak berapa nak tahu. But now dah tahu.. Yeay! *sep sep tangan*

Malam tu adik ai hantarkan ai kat Tol Sungai Buaya. Kenapa kat situ?
Sebabnya En. Along and En. Fariz kena hantar member dia sorang lagi tu kat situ.. Then baru la kitaorang ke hospital.

Oleh kerana dah malam plus bukan waktu hari biasa, maka hanya ada khidmat emergency aje. So, takde la specialist bagai kan.

Mujur ada En. Fariz. Dia dah ada experience macam ni. So dia tahu nak buat apa, nak tanya apa dan lain-lain.

Doktor kata kena jumpa specialist. Tengok keadaan kaki En. Along ni. Siap kata kena masuk wad lagi.
Erk! Masuk wad??
Tapi bukan paksaan. If masuk wad malam tu, esoknya boleh la panggil specialist. Kata doktor tu la.. En. Along tak nak. Nak balik jugak katanya. Kalau weekdays nak jugak dia masuk tapi weekend kan. For sure dia tak nak.

Then kena buat x-ray. Tengok kot kot ada patah ke kan. Tapi rasanya takde. 

* dah kena naik wheelchair pun still tak nak jumpa doktor *

Then doktor kata kalau tak nak masuk wad, hari Isnin datang balik. Jumpa specialist. Siap buat surat bagai. En. Along datang sini pun atas advice adik dia. Kalau tak ni, rasanya memang dia takkan datang hospital. Paling kuat pun dia pi klinik aje.

Ni balut buat syarat je ni kata mereka. Ubat pun painkiller and kurangkan bengkak je doktor bagi. Before balik tu doktor bagi injection painkiller. En. Fariz kata sepatutnya tak payah ambil injection tu tapi En. Along dah dicucuk dulu.. Takpe la.. Nak buat macam mana kan..


En. Fariz dulu ada experience sebab dulu doktor kerajaan salah diagnose dia. Dia pun pernah injured kat lutut masa main bola. Doktor yang dia jumpa tu kata takde apa-apa. Then after one month dia main bola tiba-tiba lutut injured up until 2 tahun (now la kot) tak boleh main bola. Ada problem dengan ligamen lutut. Dah ACL (tak tahu istilah apa ni) pun right now.

So tak nak la jadi camtu. That's why En. Fariz paksa gak abang dia ni jumpa doktor and specialist.

Malam tu gigih ai drive dari Shah Alam ke KKB.. Sampai rumah KKB dah jam 2.00 pagi tau.. T__T Ngantuk.. Tapi sempat pekena roti nan cheese sebelum balik.. Sebab ai pun lapar.. Orang lain pun sama. Ai sempat makan sebiji pau yang Mama ai bawak balik dari Kuala Kangsar petang tu.. Mana tak lapar.. Dah tengah malam baru nak makan.. Cheese nan je la yang mampu nak telan. Tu pun half je.. T__T

Today dari pagi tadi ai kat KPJ Selangor. Jenuh menunggu. Sampai petang baru selesai. Ai dari KKB sebenarnya.. Tu yang macam penat je.. Pagi tadi banyak jugak prosedur kena buat. First time la katakan. Nak ambil GL lagi. Then tunggu turn jumpa specialist. Time dah sampai turn tu pun dah 11 lebih rasanya.


Then doktor tu suruh buat MRI pulak. Katanya lutut dia dah check. Nothing serious. But bila tengok ankle En. Along yang dah bengkak tu, dia pun risau. Takut kalau-kalau ligamen ankle problem. If putus, kena operate.
"Hah? Operate?" terkejut ai dengar okeh! Doktor yang sempoi tu kata if anything kena get ready la.
Ermmmm.. kalau kena operate ni, macam rosak je plan kitaorang.. -__-"

MRI pulak boleh buat petang, dalam jam 3.00 macam tu sebab time tu dah penuh. Then keluar la lunch dengan En. Fariz and Cik Nurul. Dah agak dah. Kalau diaorang tak kerja confirm datang ni..

After lunch, En. Fariz and Cik Nurul balik. Ai and En. Along pi SACC Mall. Sempat lagi kannnn.. -__-
Sebab nak cari tempat sejuk.. Nak rest.. If nak balik rumah, macam tak sempat je..


Sempat la buat aktiviti bukan-bukan ini.

Then after Zohor, kami ke KPJ balik. Untuk MRI.
Punya la lama tunggu. Sampai bosan ai dibuatnya.

Jumpa specialist Dr. Askandar tu balik. Sempoi betul la doktor ni.. *eh! tetiba*
Dr. Askandar kata nothing serious. Bengkak tu maybe sebab pendarahan dalaman. Bleeding biasa katanya. Alhamdulillah.. syukur.. Tak payah nak operate bagai.. *tadah tangan*

But next week kena jumpa dia balik. Untuk check up. Kalau teruk or tak baik lagi maybe kene further check. This week dapat la MC seminggu.. *untungla..*

Oh.. ai pun terpaksa la EL hari ni.. Kalau tak sapa pulak nak jadi driver kan. Penat wooo jadi driver.. Esok pi kerja sendiri pulak tu.. Takde ke sesapa nak hantar and ambil balik kerja ni?? Anyone? Anyone? *sambil tengok sekeliling*
Oh! No one... *kecewa*

*baring.. tidur*

Wassalam..
2:17:00 PM

Happy Birthday Fariz!

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Hari tu sempena menyambut kepulangan En. Along dan En. Fariz after a few days kat Kamunting, ai and my biras, Cik Nurul plan nak belanja En. Fariz makan.. Time tu sehari sebelum birthday dia.. So on that day, half day until midnight ai and Cik Nurul reserved untuk En. Fariz.. En. Along pun ikut sekali la kan..

We all lunch kat Kulcats Barrio.. Idea Cik Nurul ni.. 

Ni our menu.. seriuosly sedap.. especially mashed potato dia.. memang sedap.. 

 * mine - banana bellafonte *


 * mashed potato yang sedap *


 * mine - seafood marinara *

* our desert - chocolate pudding - ganti pavlova.. share 4 orang *

Actually datang sini nak rasa dia punya pavlova tapi tak kesampaian.. Orang kata pavlova dia sedap.. Tu yang nak try tu.. Time kami nak order takde.. But time nak bayar tu, orang cashier tanya how's the food.. Kami cakap sedap and actually nak rasa pavlova but tak ada.. Suddenly pavlova tu ada pulak.. baru je ada.. Hahahahaha.. Dah kenyang la pulak.. Next time la rasa dia punya pavlova..

Lunch ni pun dah petang actually.. Dah jam 3.30 kot time tu.. Rupanya tempat ni Nabila Huda punya.. Tak lama time kami tengah makan tu, Nabila Huda pun sampai.. Baru je sebut-sebut nama dia, dah muncul.. *tengok sambil lalu aje.. seksi seksa kot.. hadoi.. rosak mata en husband kami.. hahaha.. *

Masa kami sampai tu ada orang tengah buat shooting.. But tak tahu untuk rancangan apa.. Yang berlakon tu kami tak kenal pun.. Tak familiar.. *abaikan*

* tengah tunggu husband kami ambik kereta *

Masa nak balik, hujan pulak.. Paksa husband kitaorang ambik kereta.. Parking dah la jauh.. Kang basah la kitaorang ni.. Dorang takpela.. Boleh tak gitu? ^.^

Then kami ke AEON Bukit Tinggi pulak.. Jalan-jalan kat sana..

Then buat surprise.. booked karaoke room.. Hahahaha..

Macam tak berapa nak menjadi surprise tu.. Mula-mula pakat dengan En. Along, ajak la En. Fariz jaan-jalan mana-mana.. Kami berdua nak ke toilet.. Padahal pi cari Greenbox.. Lepas tu siap call En. Fariz, mintak no. IC.. Hahahaha.. Hampeh je rasa.. Kena pulak mintak no. IC sebab Cik Nurul tak hafal.. Kat Greenbox if birthday boy/girl boleh masuk free.. Student ada less.. So En. Along kan student, dapat la less sikit.. Seronoknya dorang berdua.. Kami berdua ni haa yang kena charge full.. Actually En. Fariz dah boleh agak dah rupanya... Kikikikikikiki..

* tengah tunggu husband kami sampai.. kononnya nak tipu dorang nak tengok wayang.. dah beli tiket Vampire Academy.. so tunggu depan TGV *

Dinner pun kat situ je sebab memang ada buffet.. Tapi tak makan sangat sebab takde la banyak yang menarik.. Ai just ambik fruits, salads, and desert.. Desert pun ok la... Cakes, ice-cream.. My favorite tu..

Kat sini normal hour boleh duduk sampai 1.00 am.. Nyanyi la ko sampai lebam.. Bayar sama je.. Takde kira jam.. But kami takdela nak dok situ sampai 1.00 pagi kot.. Tapi 11.00 pm gak la baru balik.. So sempat la tepat 12.00 am tu nyanyi lagu birthday untuk En. Fariz dalam kereta..

Happy birthday Fariz.. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & bahagia disamping family tercinta.. Yeay! Fariz dah tua setahun... *tak sedar sebaya*

Cik Nurul, next time kena plan betul-betul ni.. Nanti En. Fariz boleh hidu plan kita lagi.. Hahahaha..


Wassalam...
12:44:00 PM

Rasa Yang Hilang

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Setiap orang memerlukan masa untuk menenangkan diri dan fikiran. Cuma kesibukkan bekerja dan aktiviti lainnya yang membuatkan kita terlupa yang kita juga manusia biasa. Punyai rasa hati, masih merasa tekanan, masih ada rasa ingin lari jauh dari kesibukkan.. Masih ingin melayan perasaan sendiri...

Namun Kadang-kadang kita memilih untuk menguburkan hasrat hati untuk menenangkan diri kerana menganggap kalau melayan perasaan tu membuang masa je. Yes..memang betul.. Tapi pernahkah kalian terfikir yang sesekali, minda kita ni kalau terlampau tertekan boleh membuatkan kita semakin hilang konsentrasi terhadap segala hal dalam kehidupan.. Tekanan perasaan jika tidak dibendung dari awal boleh menyebabkan pelbagai masalah yang negatif timbul..

Dengan cara menenangkan fikiran, boleh mengurangkan stress yang dialami.

Lately ni memang ai akui.. Kadang-kadang ai hilang konsentrasi terhadap semua benda.. Hilang mood.. Tertekan.. Sedih.. macam-macam lagi la.. Ianya datang secara tiba-tiba. Tak terjangka kehadirannya mengundang gundah di hati. Entah la.. Sukar untuk diperkatakan apa yang dirasai.

Maaf andai ada yang terasa dengan ai lately ni.. Memang ai tak dapat nak bagi full konsentrasi kepada certain things. Bila mood pun hilang, nak buat apa pun jadi tak ikhlas. I really need a break. Kalau berterusan macam ni lama-lama boleh masuk Tanjung Rambutan ni..

Feel like something missing inside me tapi tak tahu apa.. Ni pun sedang membahagiakan diri dan orang sekeliling.. Tak nak la orang lain pun terjebak sama.. Cuma kadang-kadang tu ai need a space.. Tak nak ada gangguan untuk melayan perasaan.. Bukannya apa..just need ruang untuk melepaskan tekanan.. Support from family the most important thing. Yes.. I have that.. But still.. really need a space..

Maybe terlampau jauh dengan Hadirah also membuatkan ai missed her so much.. Hopefully bila dah jumpa dia malam ni boleh ubah mood ai kan..

Please.. tolong ya Allah..buang perasaan ni jauh-jauh..






p/s: menyusuri denai..kembali mencari jalan pulang..
11:57:00 PM

Ouch! Kerana Dimitri..

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Holaaa everyone.. Baru berkesempatan nak menulis sikit-sikit ni.. Sorry guys..

En. Along baru balik semalam.. So sibuk sikit la.. Lagipun lately ni agak sibuk plus kekurangan mood untuk bekerja.. I really need a long vacation.. *berangan*

Stress everyday ada...and everywhere.. But untuk mengatasinya, layan kawan-kawan sekeliling..termasuk yang alam maya pun ada.. especially KBBA Klang Valley walaupun jarang join lately ni but always up-to-date dengan diaorang punya cerita.. *gigih baca walau beribu notifications*

Opppsss... sebenarnya ai nak story pasal the last day ai and Cik Nurul bujang sementara. 

After kerja 2 hari yang lepas, we all tengok wayang laaa.. We all tengok cerita Vampire Academy.

Before that dinner dulu..



Ni dinner orang bujang namanya..

Sambung kisah tengok wayang malam tu... -->





Kalau nak baca review dari ai boleh tengok kat sini --> Vampire Academy

The best part is watak Dimitri tu.. Tiba-tiba tersuka pulak kat watak Dimitri.. macam comel je.. 

* sumber *

Then part yang paling tak boleh blah sekali is tertinggal sweater En. Along dalam wayang.. Hahahahaha.. memang kena gelak la dengan Cik Nurul.. Dok berangankan Dimitri sampai keluar wayang tak perasan sweater En. Along tertinggal dalam panggung.. Dah elok-elok nak sampai pintu keluar dari situ boleh pulak baru teringat.. macam tertinggal barang je..

* sumber *

"Sweater!!!" Patah balik ke panggung tu.. nasib baik tak lepas dari pintu laluan keluar.. orang pun semua dah selamat keluar.. Masalahnya dah jalan jauh dah after keluar panggung tu.. dah memang dekat dekat dengan pintu last nak keluar dah baru teringat.. Patah balik la cari pintu keluar panggung tu.. Nasib baik jumpa. Staff GSC tanya cari apa.. Segan siot nak jawab... Muahahahaha.. Nasib baik diaorang carikan then bagi kat ai.. Hadoi.. *malu weyhh*

* sumber *

Dimitri punya pasal la ni... Hahahahaha.. Hadoi.. Berangan sangat.. kan dah kena..
Tapi Dimitri ni sweet kan... *love* 
tambah-tambah dengan watak Rose Hathaway (Zoey Deutch).. macam sesuai sangat.. tapi ai tetap nak Dimitri sorang aje.. Kekekekekeke.. Yang watak lain tu tak berapa nak menarik perhatian sangat..

* sumber *

* sumber *

Nama sebenar dia Danila Kovlovski.. Hah! Siap tanya pakcik gugel nama dia ye..

Tu la.. En. Along takde.. kononnya nak peluk sweater la dalam panggung kan.. Rindu la kononnya.. Sekali dah tengok Dimitri terus lupa sweater En. Along.. Cik Nurul kata kalau betul-betul En. Along kat sebelah pun, rasanya dengan En. Along kena tinggal sekali dalam panggung tu.. Hahahaha.. kelakar.. haishhhhh..

*nak berangan jumpa Dimitri dalam mimpi*

Wassalam...
12:49:00 AM

[Review Filem] Vampire Academy

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Sebentar tadi berkesempatan menonton cerita Vampire Academy bersama dengan my bff, also my biras, Cik Nurul. Cerita ini berdasarkan kepada novel Vampire Academy, salah sebuah dari enam buah novel romantik paranormal yang ditulis oleh Richelle Mead.


Filem yang diarahkan oleh Mark Waters ini membariskan barisan pelakon muda seperti Zoey Deutch sebagai Rosemarie 'Rose' Hathaway, Lucy Fry (Vasilisa 'Lissa' Dragomir), Danila Kozlovsky (Dimitri Belikov) dan juga Dominic Sherwood (Christian Ozera).

Sinopsis:
Secara ringkasnya ia mengisahkan Rose Hathaway yang merupakan seorang 'Dhampir' iaitu separuh manusia, separuh puntianak dilatih untuk menjadi penjaga di Akademi St. Vladimir bersama orang lain sepertinya.

Terdapat puntianak baik dan juga jahat dalam dunia mereka. Moroi adalah puntianak yang hidup secara aman bersama manusia dan hanya mengambil darah daripada penderma serta mempunyai keupayaan untuk mengawal salah satu daripada empat elemen iaitu air, bumi, api dan udara.

Manakala Strigoi, puntianak yang membunuh untuk menghisap darah manusia. Rose dan penjaga Dhamir yang lain ditugaskan untuk melindungi Moroi dan membunuh Strigoi.

Bersama sahabat baiknya, Puteri Vasilisa Dragomir dan Rose perlu melarikan diri untuk melindungi Lissa daripada bahaya.


Plot & konflik:
Biarpun mempunyai jalan cerita yang menarik, namun sayangnya Waters tidak menggunakan kesempatan dengan baik apabila menggarap filem ini dengan agak perlahan.

Meskipun berjaya menarik perhatian penonton pada permulaan jalan cerita, namun sebaik naratif penceritaan bergerak babak demi babak, perjalanan cerita ini mula terasa perlahan.

Bagaimanapun konflik yang dihadapi oleh Puteri Vasilisa di dalam filem ini banyak membantu menambah keterujaan penonton untuk mengetahui siapa yang berdendam dengannya.

Juga karakter Mia dan guru besar Akademi Puntianak banyak membuatkan penonton rasa tidak sabar untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya dan siapakah sebenarnya yang jahat antara mereka.

Lakonan mantap:
Selain itu, biarpun wajah pelakon-pelakon utamanya jarang dilihat penglibatan mereka, namun ke semuanya memberikan lakonan yang cukup mantap.

Mereka tidak cuba bersaing untuk kelihatan lebih menonjol di antara yang lain, sebaliknya karakter mereka saling membantu dan menyokong.

Tidak lupa juga, elemen cinta turut diselitkan di dalam filem ini dan ia tentu sekali menambah keterujaan bagi mereka yang meminati filem seperti Twilight.

Komen Sue:
So, kepada yang belum menonton, silalah menonton dahulu. Bagi sesiapa yang mencari sebuah filem yang santai, ini adalah pilihan filem yang tepat. Ceritanya tidak terlalu berat. Bagi kami cukuplah untuk bersantai dengan menyaksikan filem ini. 
**berangan nak mimpi indah dengan Dimitri**




p/s : salin tampal je sinopsis ni sebab dah tengah malam.. tak terdaya nak fikir ayat-ayat cinta yang nak keluar ni.. will be continue dengan ceritera kami berdua hingga terjebaknya untuk menyaksikan filem ini nanti.. tunggu next entry la ye.. seriously tak tahan dah ni... T___T sorry ye..
**mata dah layu..mulut dah nguapnguap**


Wassalam..
11:28:00 PM

Bujang Sekejap

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam jam 8 malam tadi.. Bertolak siang tadi dah jam 3 petang.. Sampai KKB dah dekat jam 6 petang.. Oppss..laju jugak eh..

Hantar Hadirah kat rumah Mama as usual.. Kesian tengok muka dia.. Sedih sajo.. Sampai nak salam Mummy dia ni pun dia tak nak.. Sorry my lilttle princess, nanti Mummy balik lagi okeh!

Memang berat hati Mummy ni pun.. Tapi nak buat macam mana kan.. Dah la baru je tinggalkan papa dia.. Ni dia pulak kena tinggal.. Mana tak dia sedih.. Tu yang tak sampai hati tu.. Tapi hati kena tabah.. Kena cekal.. Kalau tak dah lama mengalah dah ni.. Huhuhuhuhu..

Tadi masa singgah KKB, sempat la isi perut dulu tadi for makan malam.. So tak payah la susah nak cari makan nanti..

Balik rumah Setia Alam ni ai dengan Cik Nurul aje.. Our husband tinggal.. Jaga parents-in-law kami.. So for a few days boleh la jalan-jalan kan Cik Nurul.. Dah fully booked.. Jadual dah penuh.. Muahahahahahaha..

Eh.. Tak la.. Kang tak pasal-pasal kami kena gari pulak.. Sorry darling! Ahaksss..

Ni..dah kira kali kedua la kan ai kena tinggal.. Tapi beza dengan yang sebelum ni, ai ulang-alik naik bas dari Tanjung Malim ke KL.. Sangat penat.. Sebabnya ai tak pandai drive kereta.. But now, boleh dah la duduk rumah sorang-sorang.. But tak sorang jugak.. Cik Nurul kan ada temankan..

En. Along.. Balik la cepat eh.. Kami nak plan something ni.. Nantikan plan itu.... Hahahahaha.. Nak tahu, kena balik sini dulu.. Then you will know..

Good night my dear..and all of you..
Sweet dream..

**bantal peluk takde plak kat sebelah.. Jatuh katilkah?


Wassalam..
1:24:00 PM

Emergency Leave

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Hari ni dah hari ketiga ai kat kampung parents-in-law. Alkisahnya, Jumaat hari tu, En. Along call. Pagi lagi time tu. Katanya nak balik kampung. Abah En. Along sakit. Suspect demam denggi.

Laju-laju siapkan kerja and balik. Kali ni balik sekali dengan adik En. Along, En. Fariz and his wife, my friend, Cik Nurul.

So tak la bosan sangat kan.. Hadirah we all ambil kat Kuala Kangsar. Kebetulan Adik and Mama balik kampung. So, terus ambil Hadirah kat sana je la.. Takde la nak singgah KKB.

Semalam, MIL pulak demam panas. Terus ke hospital. Kena ambil darah. FIL pulak dah beransur sihat. Kami bagi makan sup ketam. Orang kata ketam boleh kurangkan demam denggi. So, adik ipar cari ketam sebelum balik kampung hari tu.

Hari ni FIL dan MIL still kena pergi hospital. Everyday until dah sihat betul-betul. Kena ambil darah, check suhu bagai. Takut melarat. Suhu MIL pun sekejap turun sikit, sekejap naik. Paling tinggi suhu MIL almost cecah 40 darjah. Tinggi tu.. That's why terus ke hospital malam semalam.

* hasil gabungan menantu-menantu En. Mokhtar & Pn. Min semalam *

Hari ni also kami sepatutnya nak balik. But now, belum tahu lagi perancangannya macam mana. Balik semua atau ada yang tinggal. Ai and my biras, Cik Nurul tak cuti. So confirm kami akan balik hari ni. Ai akan bawa balik Hadirah. Takkan nak tinggalkan dia kat sini. Susah pulak, takde orang jaga nanti. If En. Along and En. Fariz nak tinggal, we all ok aje.. (Bujang la sekejap kami ni haa... Horey! Hahahahahaha..) 

Ok la.. Nak siap-siap nak balik ni.. Will update soon.. (Tu pun kalau terbukak blog lagi)

Wassalam..
8:40:00 PM

Kata Hati Yang Gila

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Kadang-kadang kata hati itu gila..
Entah kenapa kegilaan itu juga yang diturutkan..
Kadang-kadang kata hati itu keras..
Walau dipujuk rayu
tetap tidak berganjak dari tempatnya..

Namun,
sekali hati yang gila itu tersungkur
sukar untuk bangun semula..

Serpihan-serpihan kekuatan dikutip..
di kala menyusuri jalan pulang..

Masihkah ada sisa-sisa kemaafan?
Masihkah ada sisa-sisa harapan di hujung jalan?

* sumber : google *


*************

Ya Allah! 
Sesungguhnya, setiap ujian yang datang dariMu
adalah hadiah buatku..
Ku tahu..
hanya itulah cara Kau tampilkan kasih sayangMu yang tidak berbelah bahagi itu..
dengan cara itulah jua ku tahu Kau merinduiku di kala aku kegelisahan..
Ya Allah!
Ampunkan aku yang terlalu alpa dengan dunia sementara ini...
Kasih sayangMu sememangnya tiada tandingan..
Aku redha..
Aku pasrah..
Kan kuserahkan segalanya kepadaMu..

Ku berdoa..
moga suatu hari nanti..
ada sang pelangi yang akan muncul menceriakan hari-hariku yang suram ini..

Amin..

* sumber : google *


***sekadar coretan rahsia sekeping hati yang sedang belajar bersabar menghadapi ujianNya.. menitis airmata apabila mengenangkannya..


Wassalam..
11:25:00 PM

Makan.. Makan.. Dan Makan Lagi

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Wink..wink..

Entry makan lagi.. Muahahahaha..
En. Along kata, jangan bising kalau rasa badan dah macam belon (ayat sopan sikit je ni..)

Hahahaha..
padan muka ai kan..

itu la padahnya bila suka makan.. tapi ai takde la makan banyak mana pun..kannnn.. (ayat kaver balik)

Breakfast pagi tadi just sandwich je.. Siap kena perli dengan gf ai lagi, "sandwich je?" "diet eh
hahaha.. takda maknanya nak diet okeh! kalau nak diet, tak breakfast la kul 10 pagi... ^_^

Tengahari tadi keluar awal sikit.. Takde la lapar sangat pun, tapi tetap order nasi ayam ye uollss..


After balik kerja, mintak En. Along belikan pad cap jari kaler hitam.. Lastly dia ajak keluar je terus.. Senang..

Then menghadapi kesukaran untuk memilih tempat makan.. Siap tengok map ye.. -__-"


After makan ingat nak pi Lovisa sebab tengok map, toleh kiri, nampak dah Lovisa.. Cita-cita nak pi perabeh fulus kat Lovisa tapi terhalang dek kerana mengenangkan nak kena pakai puluh-puluh juta ni tak lama lagi.. T__T sob..sob..sob..

Lepas tengok map, pi masuk MPH.. 
dok belek-belek buku, novel semua.. but satu pun tak beli.. Hati meronta-onta nak beli novel..
tapi akal kata, novel hari tu pun berkurun nak habis.. elok tersusun kat rak tu.. siap tak bukak plastik lagi ye.. -__-"
En. Along warning, hari tu punya novel, berapa banyak tak baca lagi?
err..err.. kan dah tergagap-gagap nak jawab..
phewwww.. berpeluh den..

Lastly, ai bagi suggestion makan kat PappaRich je.. Dah susah sangat kannn.. Actually En. Along pilih nak makan kat Subway je but ai la yang tak nak.. Sebab dah biasa sangat makan kat situ.. Burger panjang-panjang je... :p


Tengok la suasana kalau hari biasa.. Tak ramai orang.. Aman je rasa.. Boleh la dating sakan okeh! ^___^


 * Oh.. moden kan.. Ni dating ngan saya ke ngan tab awak eh? konpius *


Makan nasi lemak lagi untuk makan malam... Gila la.. Boleh habis pulak tu.. But tang ayam and kentang tu je tak habis and dengan baik hatinya En. Along tolong habiskan.. Thanks dear! ^.^

Tak habis takat ni ye..
sambung makan aiskrim lagi pulaknya.. 

Sayang, belanja la makan aiskrim.. (sambil kelip kelip mata)

Tadaaaa..
dapat dah..


Aiskrim favorite ever.. Cornetto sundae without topping.. 
Kenapa ai tak suka topping dia?
sebab manis sangat.. tak minat la coklat and strawberry banyak-banyak dalam tu.. hilang nikmat aiskrim vanilla tu dengan dia punya coklat chip and cornetto.. Muahahahahaha.. Ai peminat setia vanilla ice-cream tau..

Teringat masa stay kat Puchong sebelum ni.. Every week mesti ada la dalam 2-3 kali pi beli aiskrim macam ni.. Siap akak kat kaunter tu dah boleh cam and tahu, "cornetto sundae without topping, kan?"
erk.. dia tanya kita balik... -__-"

agaknya ai sorang je ke order pelik sikit kat situ eh? sebab tu dia senang ingat aiskrim favorite ni eh?

ok la.. nite peeps!

nak ber"sweet dream" dulu..
.
.
.
.
.
.
.
.
eh..

baju tak sidai lagi la rupanya.. 
***krik..krik..krik..

ade tak yang nak tolong sidai? pleaseeee.. (kelip kelip mata lagi)
.
.
.
.
En. Along boleh tolong? (kasi kenyit mata pulak)
huarghhhh..


Wassalam...
10:57:00 PM

[Vacation 2014] Bukit Tinggi - Day 1 (Part 3)

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Okeh.. baru ada feel nak sambung ceritera vacation hari tu..

Day 1 - Part 1
Day 1 - Part 2

After ke Japanese Village, kami terus ke Colmar Tropicale - Berjaya Hills.. Nasib baik booked awal.. Kalau tak penuh la.. Cuti raya Cina lagi kan..

Yang kurang best sikit tu, dapat bangunan yang betul-betul berdepan dengan Kids Riding. Mana tak la Hadirah dok seret tangan Mummy dia ni haaa.. Tak sempat naik bilik hantar barang, dia dah dok seret seret tangan Mummy nak gi masuk dalam tempat main tu.. -__-"

But we all pujuk dia elok-elok. Hantar barang naik bilik dulu then baru la turun nak main-main. Actually perut we all dah lapar dah time ni. Tu yang nak hantar barang cepat-cepat.

Sampai atas, tempat first si Hadirah tuju, bilik air.. Oooo..tau pun nak mandi.. Syok la dia tengok bathtub tu.. Tak sabar-sabar nak mandi.


Our small room.. Dapat bilik paling hujung..





 * silap pilih katil kot ni... Hahaha.. *


After Hadirah siap mandi, kami turun balik. Nak cari tempat makan. But...kena la tunaikan janji.. Bagi la Hadirah main dulu riding tu semua.. T__T Mahal okeh.. Huhuhu..

Then bila time nak keluar dari tempat tu dia meronta-ronta tak nak keluar. Nak main lagi. Ai pun apalagi, gunakan kuasa veto Mummy la.. Bhahaahahaha.. Berjaya!

 * sementara tunggu makanan sampai.. dok bergurau senda.. *


Lapar sangat, hentam la apa yang ada. But tak berapa banyak choices. So, tengok ramai je kat restoran ni, terjah la. Boleh la.. sebab lapar..


Si Hadirah ni sibuk la dia nak popcorn. Sebabnya tengok gerai popcorn tu macam menarik je kannn.. Tu yang dia nak sangat tu.. 5 hengget tau.. -__-




Malam tu ingat nak la jalan-jalan ambil angin malam kan.. Nak jugak merasa and tengok suasana malam kat situ. Dalam gambar yang berlambak kat google tu cantik je.. Tapinya...tak dapat. Sebab Hadirah dah tidur awal. Dia muntah sikit malam tu. Kebetulan dia memang tengah batuk plus keletihan. So, dia tidur awal. Lastly dok dalam bilik je..




Ini je yang ai dapat ambik dari view bilik ai.. Memandangkan bilik we all memang tang hujung, so nampak sipi-sipi aje..


To be continue...


Wassalam..