Sabar

Assalamualaikum. Cinta.

Salam jumaat..

Kadang-kadang tak nampak di mana silapnya langkah,
di mana silapnya kata..
Hingga ada hati yang terluka..
Bukan sengaja mencari duka..
Ianya datang tanpa sedar..
Bukan dipinta..
Malah bukan dimohon..
Namun ia tetap hadir..
Khilafnya diri..
Beratnya tak tertanggung..
Berjujuran airmata..
Menginsafi diri..

Hanya ampun dan maaf..
Yang mampu dipohon..
Yang mampu diucap..
Sukar untuk dimengertikan..
Itulah hakikat kehidupan..

Hanya padaMu..
Kuserahkan segalanya..
Lapangkanlah dada, tenangkanlah jiwanya dan jiwa-jiwa yang terluka itu..
Berikan ketabahan kepadanya dan hati-hati yang terluka itu..

***nukilanku di petang hari yang suram..

Wassalam..

2 comments:

  1. ni tuju kat saya ye? hahaha... nice.. nak ubah blog kamu ke bloglist sentuhan memoir la... blog ni ohsem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! nak spesel dedicated pun boleh.. kikiki..
      idea dtg tiba2 so terus tulis.. dah lama tak menulis puisi macam ni.. sekarang baru start balik.. camtu la jadinya.. ;)
      tq ye Sam..

      Delete