[Review Filem] Penanggal

Assalamualaikum. Cinta.

Maaf.. Lama sudah tak update.. Terlampau sibuk dengan kerja..
Tapi sibuk mana pun, masih sempat hangout lagi.. haishhhh.. -__-"

Review ni patutnya dah buat hari tu lagi.. Ai tengok pada hari tayangan dia.. 28 November 2013.. but tak sempat nak buat review lagi.. 

Sementara ada masa ni, ai review la sikit ye.. Ni semua hanya pandangan dan komen ai sahaja ye tanpa ada perjudis.. Mungkin ada yang suka dan ada yang tidak..


Sinopsis
Berlatarkan era 30-an, seluruh penduduk di Kampung Jawa dikejutkan dengan kewujudan penanggal yang mengganggu kehidupan masyarakat di sana. Murni, seorang gadis desa yang secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada neneknya, Mak Ajeng bertindak melarikan diri ke kampung berkenaan untuk mencari perlindungan.

Pertemuannya dengan Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sarat mengandung, mengundang kemarahan orang kampung selepas mendapati ada tanda di leher Murni. Perlindungan yang diharapkan, bagaimanapun musnah apabila rahsianya diketahui penduduk kampung dan mula didera oleh mereka kerana beranggapan kehadirannya hanya menyusahkan penduduk. 

Seorang lelaki Arab, Syed Yusof yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Lama kebetulan melalui Kampung Jawa, kemudian menyelamatkannya tanpa mengetahui Murni sebenarnya mempunyai ilmu berkenaan.

Menyedari itulah saat terbaik untuk meloloskan diri, Murni mengambil kesempatan melarikan diri ke hutan sebelum cuba dijejaki Syed Yusof yang akhirnya sesat ketika mencarinya.

Namun, ketika Syed Yusof cuba mencari jalan keluar, dia ternampak sebuah rumah usang dalam hutan berkenaan dan mendapati rumah itu dihuni Murni dan seorang pembantunya, Kadam.

Pada malam itu, Kampung Jawa tiba-tiba gempar apabila diserang penanggal. Kerana kejadian itulah juga, Syed Yusof menyedari Murni adalah penanggal.

Menerajui filem berkenaan, Ummi Nazeera diberi tanggungjawab menggalas watak Murni, manakala Syed Yusof dilakonkan Azri Iskandar. Antara pelakon lain yang terbabit termasuklah Fasha Sandha sebagai Sharifah Zaharah, Zul Ariffin (Syed Umar), Datuk Sharifah Aini (Sharifah Aminah) dan Normah Damanhuri (Mak Ajeng).

FILEM: Penanggal
TARIKH TAYANGAN : 28 November 2013
TERBITAN: Astro Shaw Sdn Bhd & Grand Brilliance Sdn Bhd
PRODUSER EKSEKUTIF: Gayatri Su-lin Pillai
LINE PRODUSER: Ahmad Budiman Sidik
PENGARAH: Ellie Suriaty Omar
PENOLONG PENGARAH: Saiful Zaidrin bin Ismail, Rosli bin Mohd Taib
PENGARAH FOTOGRAFI: Raja Mukhriz bin Raja Ahmad Kamaruddin
PENGURUS PRODUKSI: Zaidi bin Mat Zin
PENGURUS LOKASI: Ahmad Sufian Ismail
PENGARAH SENI: Nazrul Asraff Mahzan
JURUKAMERA: Mohamad Fazrien bin Mohd Ziear
KESINAMBUNGAN: Dora Mahdi
JURUAUDIO: Mohd Rashid Othman
BUSANA: Nasirah Ramlan
MEKAP: Mohd Khalil bin Md Yusof, Meor Hasrul Rizal bin Meor Anuar
PROP: Raja Azrul Nizam Shah bin Raja Azmir Shah
PEMBANTU PRODUKSI: Nazatul Abdul Malek, Mohd. Azhan Samsudin
RUNNER: Azlan Alias, Mohd Hazizi Ali 
PELAKON: Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Fasha Sandha, Datuk Sharifah Aini, Normah Damanhuri.

Komen
Sekiranya kalian rasa filem ini hanya filem seram semata-mata, kalian mungkin silap. Bagi Sue filem ini sebuah filem bercirikan ketuhanan. Memaparkan rahsia hati seorang gadis bilamana terpaksa mewarisi ilmu syaitan tanpa kerelaan hatinya daripada nenek yang membesarkannya. Sedikit sebanyak filem ini sememangnya menyentuh hati dan perasaan Sue.

Terdapat a few scene yang akan membuatkan kita berfikir sejenak dan tersentuh. Seperti scene bilamana Murni (Ummi Nazeera) yang sedang dalam perjalanan melarikan diri menuju ke tempat persembunyian, tiba-tiba teringat masa kecilnya yang mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, yakni surah Al-Ikhlas, namun neneknya menutup telinganya. Murni berasa amat marah, "..kini kehidupanku dalam genggaman nenek.." yakni dalam genggaman syaitan. Kita dapat melihat betapa seksanya jiwa Murni. Sue memang tersentuh dengan scene ini.

Kemudian, kita melihat bagaimana Murni yang sedang diseksa oleh penduduk kampung Jawa dibantu oleh seorang ahli sufi yang berketurunan keluarga Arab, Syed Yusof (Azri Iskandar). Sebelum itu, kita dipaparkan dengan lebih dekat siapa Syed Yusof ini. Kita dibawa ke tempat asal Syed Yusof, mengenali ahli keluarga Syed Yusof yang rata-ratanya bercakap menggunakan bahasa Arab dan bahasa melayu slang arab. Kita mungkin tertanya-tanya, mengapa perlu dipaparkan tentang keluarga Arab ini, kisah Syed Yusof yang ditunangkan dengan Sharifah Zahrah, bagaimana perasaan Syed Umar, adik kepada Syed Yusof terhadap Sharifah Zahrah dan banyak lagi. 

Namun, Sue percaya ini adalah untuk menggambarkan latar belakang seorang penyelamat Murni yang merupakan ahli sufi. Takkan la tiba-tiba je penyelamat Murni ni turun dari langit kan.. 

Tapi bilamana penggunaan bahasa melayu slang arab ini, huruf "P" ditukarkan menjadi huruf "F" membuatkan satu panggung gelak. Dah tak jadi filem seram la pulak.. Terdengar-dengar penonton dok sibuk nak bercakap slang yang sama. Sue pun sama jugak.. Hahaha.. Hadoi..

Kemudian, kita dibawa merasai dan menjiwai rasa cinta Murni terhadap Syed Yusof. Murni sanggup melakukan apa saja demi memikat Syed Yusof termasuk menyihirnya. Percintaan mereka berdua amat ketara walaupun tiada kata yang terluah. Hanya melalui pandangan mata saja kita sudah dapat mengagaknya.

Setelah kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh Murni untuk kelihatan cantik di mata Syed Yusof, maka terbongkarlah siapa Murni sebenarnya apabila Syed Yusof turun ke bawah rumah dan menemui sesuatu yang mengejutkan.

Di akhir penceritaan ini, kita dapat merasai ke-Esa-an Allah swt bilamana Ellie Suriati berjaya mengakhiri filem ini dengan memberi keadilan terhadap watak Murni itu sendiri. Dia pergi dengan keadaan tenang dan senyumannya membuatkan kita rasa keindahan itu. Subhanallah! Syabas dan tahniah buat Ellie Suriati.

Dari segi lakonan para pelakon pula, semuanya berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Pelakon-pelakon pun bukannya pelakon baru, jadi tak timbul la lakonan hambar atau pun kayu la kan... 

Cuma dari segi pakaian, Sue tak berapa nak berkenan dengan pakaian Sharifah Zahrah (Fasha Sandha) tu. Seksi sangat nampaknya. Yang pakaian Syed Umar (Zul Ariffin) pulak, macam tak berapa nak kena.

Dari segi grafik untuk cerita ini, semuanya ok.

Setakat tu je komen yang ai dapat berikan.. Ai bukanlah pakar pengkritik filem ke ape ke kan.. Sekadar pandangan seorang penonton picisan..

*****************************************
Actually we all nak tengok kat Midvalley, tayangan jam 8.10 pm, dah siap sampai sana pun. Sekali, tiket habis. T__T tak dapat la satu panggung dengan pengarah filem ni, Ellie Suriati. Tak sempat nak bergambar dengan dia pun. Sebabnya tak perasan dia ada kat situ dah lama. Dah perasan, terlewat sudah. Dia dah sibuk.

Lastly, we all tengok kat The Curve je, tayangan jam 9.00 pm. Bukan taknak tengok kat Midvalley, tayangan 10 lebih tu.. Ai tanak la balik lewat sangat.. Ni pun dah lewat jugak.. 

 * tak nampak Ellie Suriati kat belakang tu.. Tengah ambil tiket la tu kot kat kaunter tu.. *


p/s: Ai akan sambung ceritera we all that night dalam next entry.. Entry ni pun dah cukup panjang.. tanak la campur dengan review kan.. Kang korang bosan baca.. -__-

2 comments:

  1. salm singgah dari blog kak mia...
    sejak kahwin dah kurg minat tgk citer seram... tapi teman juga en.somi klu dia nk melayan... hihi...

    ReplyDelete
  2. tak minat cerita seram, serius tak mau tengok nanti tak leh tidur

    ReplyDelete