[Outstation] Alor Star - Day 1

Assalamualaikum. Cinta.

Day 1 - 20 Nov 2013

Right now ai ada di Alor Star. Banyak yang nak diceritakan minggu ni tapi masa sangat sangat mencemburui. Banyak sangat benda nak kena setel minggu ni. Nak oustation lagi.. -__-

Semalam, dengan jayanya ai drive dari Shah Alam sampai Alor Star ni.. Kagum tak? Kagum tak? Haha.. Tak banyak berhenti ye uollss.. Sekali je kat RnR Tapah. Tempat wajib berhenti.. ^__^

Actually pagi semalam tu ai still masuk office. Ada session pasal etika kerja. Oh! Banyak ye yang ai buat salah etika ni.. Tapi..sometimes terlampau ikut buku tak boleh jugak. Banyak la benda sebenarnya tak berapa nak kena kan.. Rasanya ramai yang tak berapa nak ikut sangat etika ni. Cuma kita kena pandai bawak diri tu and jangan terlampau sangat nampak tak beretikanya.. Huhu.. -__-"

Ai sebenarnya tak berapa nak fokus pasal ceramah etika tu. Sebabnya, asyik orang call and emel emel je. Masa bilanya nak bagi full concentration. So, dengar tak dengar je la. If orang tanya, confirm tergagap-gagap nak jawab.. Huhu..

Ni la kerja kami dalam bilik meeting.. Hobi baru la ni.. ^__^

Semalam pun gerak dari office dah 4 lebih... Lepas tu pi Shah Alam, ambik Kak Zati. Then terus gerak.. 5 lebih jugak la geraknya. Dengan hujannya lagi.. Cabaran...

Sampai RnR Tapah, stop kejap. Lapar... 
Time tu dah dekat maghrib.. Jarang dapat stop time time maghrib ni.. Selalu awal lagi atau dah lewat..

* roti ni sedap sangat.. tak sia-sia try.. first time ni.. Kak Ain la mempengaruhi nak makan roti.. as lapik perut ok la.. * 

Then after setel makan, terus gerak ke Alor Star. Sepanjang jalan, Kak Ain la peneman borak-borak dengan ai.. Kalau tak mengantuk la ai ni.. Dah sampai Kedah tu, ai dah start letih plus mengantuk.. Tu yang bawak laju sikit tu.. Maaf la kawan-kawan.. Hehe.. Sebelum tu bawak relax relax je tapi lama-lama mengantuk jadinya..

Sampai sini pun dah 10 lebih.. Makan dulu kat Jeragan Waterfront Restaurant.. Best! Pernah dah pi sini sekali hari tu.. Makan memang tak hengat la time tu. Order lauk-lauk kan.. But malam tadi just order goreng-goreng je.. Tak larat nak makan banyak and dah mengantuk sangat.. Hanya katil terbayang-bayang..


Paprik ayam yang dibuat ni lain dari yang lain. Memang ai tak pernah rasa lagi paprik camni.. Buh ape ni eh? Ape resipi? Nak try boleh? Hahaa.. bilakah ai nak masak tu?? -__-"

Sampai hotel, mandi, solat bagai dah 12 lebih.. Dok golek-golek pastu terus terlelap.. Hahahaha..

Oh ya! Kami dok kat Leverage Business Hotel kat area Mergong. Hotel favorite kami kalau datang Alor Star ni.. Team regional state pun dah tau dah hotel mana kami akan dok.. Next time nak try hotel baru Tabung Haji punya yang dekat dengan airport tu.. Macam menarik je..macam best je.. ^__^

Ceritera today dalam next entry.. Nak siap-siap nak keluar makan dah ni.. Babai.. Luv u all..

Wassalam..

***internet macam harammmm je kali ni.. Fon pun edge je.. Slow nya.. Apasal entah..

No comments:

Post a Comment