Ceritera Semalam

Assalamualaikum. Cinta.

By the way, semalam elok-elok nak balik awal je, jadi lambat...

Petang semalam kan hujan lebat.. So ai yang dah keluar seawal 4.30 ni dengan baik hatinya lalu la Federal Highway.. Kononnya tunggu En. Along la, call ke mesej ke kan cakap nak mintak ambilkan ke.. Ai dok mesej-mesej dia tanya, hujan ke tak, boleh balik sendiri ke tak.. Katanya boleh je balik sendiri.. Tak hujan lagi katanya.. So, takpe la kan.. Walaupun hakikatnya dah hujan lebat, ai jalan jugak slow slow.. 
(sila jangan tiru aksi saya.. mesej-mesej time driving.. time jammed je boleh buat cam gini.. -__- )

Sampai je kat Tol dah dekat dekat Bukit Raja, baru En. Along call katanya nak mintak ambil.. 
Hah?? Dah sampai sini dah kot.. sikit lagi nak sampai rumah.. T__T

Pusing la balik kat Bukit Raja tu.. Dah siap U-turn, sekali salah jalan daa.. termasuk highway Plus.. Nanges~~~ T__T

Dah kena patah balik kat Setia Alam.. Huhu.. Bayangkan la macamana jauhnya kan..

Setel ambil En. Along, pergi Public Bank kat Shah Alam tuh.. Memang bercinta la kan nak sampai. Jalan jammed teruk kalau area situ.. -__-

Sekali kan, cash deposit rosak.. Dem! Dugaan.. Sabar ye Sue.. T__T

Dah kena tanya pakcik Google kat mana lagi Public Bank yang terdekat.. Kat Klang ada tapi tak tahu kat mana.. Lastly, pi Bandar Bukit Tinggi sebab situ je yang nampak senang nak cari.. On the way tu, atas flyover, boleh pulak nampak Public Bank kat Bandar Klang sebelah sana.. Cumanya..macam mana nak pi situ?? Jammed teruk kot kat bawah tu.. Haha..

Teruskan je  la perjalanan ke Bandar Bukit Tinggi...


After setel urusan kat Public Bank, pi makan pulak.. Mana tahan.. Lapar ni.. Tengahari tu time lunch hanya makan kuih sebab breakfast dah makan nasi lemak.. (diet tak sihat - sila jangan tiru saya)


So, kami hanya pi makan kat Restoran Bendang je sebab dekat dengan rumah.. Malas dah nak pi mana-mana.. Lagipun harus berjimat.. Walaupun tak la jimat sangat sebab makan kat luar je hari-hari.. -__-"



En. Along asalnya ajak makan nasi goreng goreng je tapi ai ngengada nak nasi putih ada lauk-lauk.. Hahaha.. Tak boleh blah betul selera.. sebab tu dah demokkk sangat.. Wuwuwuwu T__T

Terpaksa En. Along ikut selera ai.. Dia cuma pilih lauk daging je.. Yang lain ai yang nak makan.. Haha.. Tapi share la kan.. Kang dia kata ai demokkk pulak... hadoi.. -__-

Time tengah tunggu makanan sampai..


* main pejam pejam mata pulak -__- *

hoh! En. Along memang suka buat cam gini.. Macam macam gaya je..
Malas nak melayan orang giler bergambar macam ai neh la tu.. -__-"

*  please..tengok la camera tak canggih Su ni.. T__T *

Sekian untuk ceritera semalam... ^__^

Wassalam..

2 comments: