[Review Filem] Penanggal

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Maaf.. Lama sudah tak update.. Terlampau sibuk dengan kerja..
Tapi sibuk mana pun, masih sempat hangout lagi.. haishhhh.. -__-"

Review ni patutnya dah buat hari tu lagi.. Ai tengok pada hari tayangan dia.. 28 November 2013.. but tak sempat nak buat review lagi.. 

Sementara ada masa ni, ai review la sikit ye.. Ni semua hanya pandangan dan komen ai sahaja ye tanpa ada perjudis.. Mungkin ada yang suka dan ada yang tidak..


Sinopsis
Berlatarkan era 30-an, seluruh penduduk di Kampung Jawa dikejutkan dengan kewujudan penanggal yang mengganggu kehidupan masyarakat di sana. Murni, seorang gadis desa yang secara tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada neneknya, Mak Ajeng bertindak melarikan diri ke kampung berkenaan untuk mencari perlindungan.

Pertemuannya dengan Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sarat mengandung, mengundang kemarahan orang kampung selepas mendapati ada tanda di leher Murni. Perlindungan yang diharapkan, bagaimanapun musnah apabila rahsianya diketahui penduduk kampung dan mula didera oleh mereka kerana beranggapan kehadirannya hanya menyusahkan penduduk. 

Seorang lelaki Arab, Syed Yusof yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Lama kebetulan melalui Kampung Jawa, kemudian menyelamatkannya tanpa mengetahui Murni sebenarnya mempunyai ilmu berkenaan.

Menyedari itulah saat terbaik untuk meloloskan diri, Murni mengambil kesempatan melarikan diri ke hutan sebelum cuba dijejaki Syed Yusof yang akhirnya sesat ketika mencarinya.

Namun, ketika Syed Yusof cuba mencari jalan keluar, dia ternampak sebuah rumah usang dalam hutan berkenaan dan mendapati rumah itu dihuni Murni dan seorang pembantunya, Kadam.

Pada malam itu, Kampung Jawa tiba-tiba gempar apabila diserang penanggal. Kerana kejadian itulah juga, Syed Yusof menyedari Murni adalah penanggal.

Menerajui filem berkenaan, Ummi Nazeera diberi tanggungjawab menggalas watak Murni, manakala Syed Yusof dilakonkan Azri Iskandar. Antara pelakon lain yang terbabit termasuklah Fasha Sandha sebagai Sharifah Zaharah, Zul Ariffin (Syed Umar), Datuk Sharifah Aini (Sharifah Aminah) dan Normah Damanhuri (Mak Ajeng).

FILEM: Penanggal
TARIKH TAYANGAN : 28 November 2013
TERBITAN: Astro Shaw Sdn Bhd & Grand Brilliance Sdn Bhd
PRODUSER EKSEKUTIF: Gayatri Su-lin Pillai
LINE PRODUSER: Ahmad Budiman Sidik
PENGARAH: Ellie Suriaty Omar
PENOLONG PENGARAH: Saiful Zaidrin bin Ismail, Rosli bin Mohd Taib
PENGARAH FOTOGRAFI: Raja Mukhriz bin Raja Ahmad Kamaruddin
PENGURUS PRODUKSI: Zaidi bin Mat Zin
PENGURUS LOKASI: Ahmad Sufian Ismail
PENGARAH SENI: Nazrul Asraff Mahzan
JURUKAMERA: Mohamad Fazrien bin Mohd Ziear
KESINAMBUNGAN: Dora Mahdi
JURUAUDIO: Mohd Rashid Othman
BUSANA: Nasirah Ramlan
MEKAP: Mohd Khalil bin Md Yusof, Meor Hasrul Rizal bin Meor Anuar
PROP: Raja Azrul Nizam Shah bin Raja Azmir Shah
PEMBANTU PRODUKSI: Nazatul Abdul Malek, Mohd. Azhan Samsudin
RUNNER: Azlan Alias, Mohd Hazizi Ali 
PELAKON: Ummi Nazeera, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Fasha Sandha, Datuk Sharifah Aini, Normah Damanhuri.

Komen
Sekiranya kalian rasa filem ini hanya filem seram semata-mata, kalian mungkin silap. Bagi Sue filem ini sebuah filem bercirikan ketuhanan. Memaparkan rahsia hati seorang gadis bilamana terpaksa mewarisi ilmu syaitan tanpa kerelaan hatinya daripada nenek yang membesarkannya. Sedikit sebanyak filem ini sememangnya menyentuh hati dan perasaan Sue.

Terdapat a few scene yang akan membuatkan kita berfikir sejenak dan tersentuh. Seperti scene bilamana Murni (Ummi Nazeera) yang sedang dalam perjalanan melarikan diri menuju ke tempat persembunyian, tiba-tiba teringat masa kecilnya yang mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, yakni surah Al-Ikhlas, namun neneknya menutup telinganya. Murni berasa amat marah, "..kini kehidupanku dalam genggaman nenek.." yakni dalam genggaman syaitan. Kita dapat melihat betapa seksanya jiwa Murni. Sue memang tersentuh dengan scene ini.

Kemudian, kita melihat bagaimana Murni yang sedang diseksa oleh penduduk kampung Jawa dibantu oleh seorang ahli sufi yang berketurunan keluarga Arab, Syed Yusof (Azri Iskandar). Sebelum itu, kita dipaparkan dengan lebih dekat siapa Syed Yusof ini. Kita dibawa ke tempat asal Syed Yusof, mengenali ahli keluarga Syed Yusof yang rata-ratanya bercakap menggunakan bahasa Arab dan bahasa melayu slang arab. Kita mungkin tertanya-tanya, mengapa perlu dipaparkan tentang keluarga Arab ini, kisah Syed Yusof yang ditunangkan dengan Sharifah Zahrah, bagaimana perasaan Syed Umar, adik kepada Syed Yusof terhadap Sharifah Zahrah dan banyak lagi. 

Namun, Sue percaya ini adalah untuk menggambarkan latar belakang seorang penyelamat Murni yang merupakan ahli sufi. Takkan la tiba-tiba je penyelamat Murni ni turun dari langit kan.. 

Tapi bilamana penggunaan bahasa melayu slang arab ini, huruf "P" ditukarkan menjadi huruf "F" membuatkan satu panggung gelak. Dah tak jadi filem seram la pulak.. Terdengar-dengar penonton dok sibuk nak bercakap slang yang sama. Sue pun sama jugak.. Hahaha.. Hadoi..

Kemudian, kita dibawa merasai dan menjiwai rasa cinta Murni terhadap Syed Yusof. Murni sanggup melakukan apa saja demi memikat Syed Yusof termasuk menyihirnya. Percintaan mereka berdua amat ketara walaupun tiada kata yang terluah. Hanya melalui pandangan mata saja kita sudah dapat mengagaknya.

Setelah kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh Murni untuk kelihatan cantik di mata Syed Yusof, maka terbongkarlah siapa Murni sebenarnya apabila Syed Yusof turun ke bawah rumah dan menemui sesuatu yang mengejutkan.

Di akhir penceritaan ini, kita dapat merasai ke-Esa-an Allah swt bilamana Ellie Suriati berjaya mengakhiri filem ini dengan memberi keadilan terhadap watak Murni itu sendiri. Dia pergi dengan keadaan tenang dan senyumannya membuatkan kita rasa keindahan itu. Subhanallah! Syabas dan tahniah buat Ellie Suriati.

Dari segi lakonan para pelakon pula, semuanya berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Pelakon-pelakon pun bukannya pelakon baru, jadi tak timbul la lakonan hambar atau pun kayu la kan... 

Cuma dari segi pakaian, Sue tak berapa nak berkenan dengan pakaian Sharifah Zahrah (Fasha Sandha) tu. Seksi sangat nampaknya. Yang pakaian Syed Umar (Zul Ariffin) pulak, macam tak berapa nak kena.

Dari segi grafik untuk cerita ini, semuanya ok.

Setakat tu je komen yang ai dapat berikan.. Ai bukanlah pakar pengkritik filem ke ape ke kan.. Sekadar pandangan seorang penonton picisan..

*****************************************
Actually we all nak tengok kat Midvalley, tayangan jam 8.10 pm, dah siap sampai sana pun. Sekali, tiket habis. T__T tak dapat la satu panggung dengan pengarah filem ni, Ellie Suriati. Tak sempat nak bergambar dengan dia pun. Sebabnya tak perasan dia ada kat situ dah lama. Dah perasan, terlewat sudah. Dia dah sibuk.

Lastly, we all tengok kat The Curve je, tayangan jam 9.00 pm. Bukan taknak tengok kat Midvalley, tayangan 10 lebih tu.. Ai tanak la balik lewat sangat.. Ni pun dah lewat jugak.. 

 * tak nampak Ellie Suriati kat belakang tu.. Tengah ambil tiket la tu kot kat kaunter tu.. *


p/s: Ai akan sambung ceritera we all that night dalam next entry.. Entry ni pun dah cukup panjang.. tanak la campur dengan review kan.. Kang korang bosan baca.. -__-

[Outstation] Alor Star - Day 1

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Day 1 - 20 Nov 2013

Right now ai ada di Alor Star. Banyak yang nak diceritakan minggu ni tapi masa sangat sangat mencemburui. Banyak sangat benda nak kena setel minggu ni. Nak oustation lagi.. -__-

Semalam, dengan jayanya ai drive dari Shah Alam sampai Alor Star ni.. Kagum tak? Kagum tak? Haha.. Tak banyak berhenti ye uollss.. Sekali je kat RnR Tapah. Tempat wajib berhenti.. ^__^

Actually pagi semalam tu ai still masuk office. Ada session pasal etika kerja. Oh! Banyak ye yang ai buat salah etika ni.. Tapi..sometimes terlampau ikut buku tak boleh jugak. Banyak la benda sebenarnya tak berapa nak kena kan.. Rasanya ramai yang tak berapa nak ikut sangat etika ni. Cuma kita kena pandai bawak diri tu and jangan terlampau sangat nampak tak beretikanya.. Huhu.. -__-"

Ai sebenarnya tak berapa nak fokus pasal ceramah etika tu. Sebabnya, asyik orang call and emel emel je. Masa bilanya nak bagi full concentration. So, dengar tak dengar je la. If orang tanya, confirm tergagap-gagap nak jawab.. Huhu..

Ni la kerja kami dalam bilik meeting.. Hobi baru la ni.. ^__^

Semalam pun gerak dari office dah 4 lebih... Lepas tu pi Shah Alam, ambik Kak Zati. Then terus gerak.. 5 lebih jugak la geraknya. Dengan hujannya lagi.. Cabaran...

Sampai RnR Tapah, stop kejap. Lapar... 
Time tu dah dekat maghrib.. Jarang dapat stop time time maghrib ni.. Selalu awal lagi atau dah lewat..

* roti ni sedap sangat.. tak sia-sia try.. first time ni.. Kak Ain la mempengaruhi nak makan roti.. as lapik perut ok la.. * 

Then after setel makan, terus gerak ke Alor Star. Sepanjang jalan, Kak Ain la peneman borak-borak dengan ai.. Kalau tak mengantuk la ai ni.. Dah sampai Kedah tu, ai dah start letih plus mengantuk.. Tu yang bawak laju sikit tu.. Maaf la kawan-kawan.. Hehe.. Sebelum tu bawak relax relax je tapi lama-lama mengantuk jadinya..

Sampai sini pun dah 10 lebih.. Makan dulu kat Jeragan Waterfront Restaurant.. Best! Pernah dah pi sini sekali hari tu.. Makan memang tak hengat la time tu. Order lauk-lauk kan.. But malam tadi just order goreng-goreng je.. Tak larat nak makan banyak and dah mengantuk sangat.. Hanya katil terbayang-bayang..


Paprik ayam yang dibuat ni lain dari yang lain. Memang ai tak pernah rasa lagi paprik camni.. Buh ape ni eh? Ape resipi? Nak try boleh? Hahaa.. bilakah ai nak masak tu?? -__-"

Sampai hotel, mandi, solat bagai dah 12 lebih.. Dok golek-golek pastu terus terlelap.. Hahahaha..

Oh ya! Kami dok kat Leverage Business Hotel kat area Mergong. Hotel favorite kami kalau datang Alor Star ni.. Team regional state pun dah tau dah hotel mana kami akan dok.. Next time nak try hotel baru Tabung Haji punya yang dekat dengan airport tu.. Macam menarik je..macam best je.. ^__^

Ceritera today dalam next entry.. Nak siap-siap nak keluar makan dah ni.. Babai.. Luv u all..

Wassalam..

***internet macam harammmm je kali ni.. Fon pun edge je.. Slow nya.. Apasal entah..

Dinner Semalam

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Dinner semalam...
Layan...

Favorite sapa la ni..





After dinner, ai terjah Lovisa.. My new favorite jewellery store.. Haha.. For the first time masuk sini sudah jatuh cinta.. ^__^ woot..woot..

Tapi if ongkos tak cukup toksah la berangan nak beli-belah.. Tapi ai sempat aje rembat jugak 2-3 barang.. Melayang RM200.. T__T

Takpe.. first time kan.. Haha.. Nak sedapkan hati sendiri je ni..


 Wassalam..

12 Muharram 1435H

1 comment :
Assalamualaikum. Cinta.

12 Muharram 1435H semalam telah berlalu.. Semalam juga adalah tarikh hari lahir Mama jika mengikut bulan Islam..

Selamat hari ulangtahun Mama.. ^__^


So.. kami just ke AEON Rawang.. bawa Hadirah jalan-jalan.. Shopping baju untuk dia sehelai dua.. Tengok dia pakai t-shirt macam dah balut nangka je.. -__- boleh tahan badan dia ni.. Dah tak boleh beli baju ikut umur dia.. Kena beli umur 3-4 tahun punya saiz.. Makan tak banyak mana pun.. Menyusu je kuat.. Tu yang badan macam dipam-pam.. 

Tapi alhamdulillah sebab dia membesar dengan sihat walaupun dia kurang makan nasi.. Don't worry ye sayang.. Mummy still loves you! Besar macam mana pun, you're still my little princess.. ^__^ 



Sampai je kat AEON tu terus serbu tempat makan sebab masing-masing dah lapar.. Lagipun time sampai tu pun dah tengahari.. Ngam ngam la..



Sempat lagi ada sesi merajuk bagai.. -__-"





Then after sesi makan-makan ni, terus pi JJ.. Papanya bawak si Hadirah pi main kat tempat permainan tu.. Si Mummy and Onie pi shopping~~~~ Lalalalalala..

Tapi sempat shopping baju Hadirah je.. Tak sempat nak shopping untuk Mummy.. Wuwuwuwuw T__T

After that boleh pulak ada drama sebabak.. Dok ghiyau kat situ semata-mata nak beli "car" yang budak kecik punya tu.. hadoi.. orang dok pandang-pandang dah.. Takpe la.. nak buat macam mana.. biasa la kalau ada anak kecik terlebih manja.. camni la jadinya..

Hasil rontaan dan amukan dia kat shopping kompleks semalam.. -->



Takpe la.. boleh simpan untuk adik Hadirah, ye tak? >.<


Wassalam...

Ceritera Jumaat Lepas

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Salam pagi Ahad..

Baru terkial-kial nak update and upload ceritera Jumaat baru-baru ni.. Hihi..

Actually, ai temankan kawan-kawan ai ni haa.. Semua ada urusan dengan bank kat KL Sentral.. After that as usual, makan-makan time..

But most of kedai/restoran penuh la kan.. Lunch hour pulak tu..

Lastly, Secret Recipe jugak jadinya.. (kat menara pun ada..haha..jauh pi makan kat SR kan..)

Sebelum makanan sampai.. As usual, rutin bila ramai-ramai..



Again..after makanan sampai..



The food..


* banana split my favorite.. melting okeh dengan ini.. *

Sharing is caring.. Caring is loving..
Share share je ni.. Bukan larat nak makan sorang-sorang semua.. Tambah-tambah kek dia yang ai rasa ai tak boleh makan banyak sebab ai cepat muak.. -__-

Tapi kesian kat Ayu.. Rupa-rupanya spaghetti dia tak sampai sebab pelayan tu sebenarnya tak masukkan order dia sedangkan dah 2 kali cakap.. Penat je tunggu.. Patut la tak sampai.. Lastly Ayu dapat kek free one slice.. Haa..hambek! kan dah kena bagi free.. Haishhhh..camne la boleh tak perasan orang dok cakap sampai dua tiga kali time order tu.. -__-"

demokkkk la ai camni.. makan tak hengat dunia.. T__T

Wassalam..

Alhamdulillah.. Terpilih Sebagai Pemenang..

No comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. Ai terpilih sebagai salah seorang pemenang segmen yang dianjurkan oleh seorang blogger Kak Mia Liana..  ^__^


Yang first sekali pulak tu terpilih.. Tq so much Kak Mia.. ^__^ Tahniah jugak pada pemenang yang lain dan para peserta yang dah join segmen hari tu.. 


Ai pun tak perasan dah menang and terlupa ada join segmen Kak Mia sampai la ai terbaca satu komen kat entri ai ni.. Tq so much ye awak.. Kalau tak sebab awak sure sampai hari ni ai tak tahu pun ai dah menang.. ^__^


So, sebagai pemenang, Kak Mia minta tinggalkan url entri yang terbaik dan hasil tulisan sendiri kat ruangan komen dalam entri pengumuman pemenang tu.. Ai pilih entri INI sebab ianya very the special to me okeh.. ^__^

Tq again Kak Mia!

Wassalam..

Al-Kisahnya Berbuka Puasa Semalam

6 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Kesinambungan al-kisah semalam..

Thanks to Wani untuk milo sebagai menu berbuka ni -->


After solat maghrib, before turun makan -->





Hoho.. memang takde kerja betul la kan... Sempat lagi...

* sila abaikan muka ai yang macam mak lampir itu.. tak tahu sebab apa.. lighting terang sangat agaknya..padahal hanya pakai bedak aje.. *

our menu -->



Three of us -->



Maaf la.. hanya gambar je yang penuh.. nak cerita, takde cerita sangat..
Gosip je lebih.. yang penting happy dapat makan..
Tu pasal la dah demokkk sangat sekarang ni... T__T Wuwuwuwuwuwu.. Sadis~~~

Ok la.. puasa lagi hari ni..
Nak makan ape eh?? Oppsss..makan lagi... haha.. pengsan~~~

Wassalam...

Still Kat Office Lagi

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

Percaya tak? We ollss masih kat office ni.. Haha.. Gila ah! Selalunya ai dah balik dah ni.. Dah siap landing landing atas katil sambil tunggu nak tengok drama ke, tunggu maghrib ke..

Right now masih kat office lagi..



View from level 31 Menara TM...

Bercinta la nak balik time time cenggini.. Jammed teruk dah..

Takpe.. tengah tunggu GF sorang ni si Yan ni haa.. Dia busy sikit hari ni..
Kami dah plan nak pi berbuka puasa sesama ni...

oh! nak berbuka dah.. lagi 5 minit je ni.. ^__^


Babai! Sat lagi after solat maghrib baru nak pi makan..
Now carik carik apa yang ada kat office ni... -__-

Wassalam..

Wordless Wednesday #7

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.


Wassalam..

Ceritera Semalam

2 comments :
Assalamualaikum. Cinta.

By the way, semalam elok-elok nak balik awal je, jadi lambat...

Petang semalam kan hujan lebat.. So ai yang dah keluar seawal 4.30 ni dengan baik hatinya lalu la Federal Highway.. Kononnya tunggu En. Along la, call ke mesej ke kan cakap nak mintak ambilkan ke.. Ai dok mesej-mesej dia tanya, hujan ke tak, boleh balik sendiri ke tak.. Katanya boleh je balik sendiri.. Tak hujan lagi katanya.. So, takpe la kan.. Walaupun hakikatnya dah hujan lebat, ai jalan jugak slow slow.. 
(sila jangan tiru aksi saya.. mesej-mesej time driving.. time jammed je boleh buat cam gini.. -__- )

Sampai je kat Tol dah dekat dekat Bukit Raja, baru En. Along call katanya nak mintak ambil.. 
Hah?? Dah sampai sini dah kot.. sikit lagi nak sampai rumah.. T__T

Pusing la balik kat Bukit Raja tu.. Dah siap U-turn, sekali salah jalan daa.. termasuk highway Plus.. Nanges~~~ T__T

Dah kena patah balik kat Setia Alam.. Huhu.. Bayangkan la macamana jauhnya kan..

Setel ambil En. Along, pergi Public Bank kat Shah Alam tuh.. Memang bercinta la kan nak sampai. Jalan jammed teruk kalau area situ.. -__-

Sekali kan, cash deposit rosak.. Dem! Dugaan.. Sabar ye Sue.. T__T

Dah kena tanya pakcik Google kat mana lagi Public Bank yang terdekat.. Kat Klang ada tapi tak tahu kat mana.. Lastly, pi Bandar Bukit Tinggi sebab situ je yang nampak senang nak cari.. On the way tu, atas flyover, boleh pulak nampak Public Bank kat Bandar Klang sebelah sana.. Cumanya..macam mana nak pi situ?? Jammed teruk kot kat bawah tu.. Haha..

Teruskan je  la perjalanan ke Bandar Bukit Tinggi...


After setel urusan kat Public Bank, pi makan pulak.. Mana tahan.. Lapar ni.. Tengahari tu time lunch hanya makan kuih sebab breakfast dah makan nasi lemak.. (diet tak sihat - sila jangan tiru saya)


So, kami hanya pi makan kat Restoran Bendang je sebab dekat dengan rumah.. Malas dah nak pi mana-mana.. Lagipun harus berjimat.. Walaupun tak la jimat sangat sebab makan kat luar je hari-hari.. -__-"



En. Along asalnya ajak makan nasi goreng goreng je tapi ai ngengada nak nasi putih ada lauk-lauk.. Hahaha.. Tak boleh blah betul selera.. sebab tu dah demokkk sangat.. Wuwuwuwu T__T

Terpaksa En. Along ikut selera ai.. Dia cuma pilih lauk daging je.. Yang lain ai yang nak makan.. Haha.. Tapi share la kan.. Kang dia kata ai demokkk pulak... hadoi.. -__-

Time tengah tunggu makanan sampai..


* main pejam pejam mata pulak -__- *

hoh! En. Along memang suka buat cam gini.. Macam macam gaya je..
Malas nak melayan orang giler bergambar macam ai neh la tu.. -__-"

*  please..tengok la camera tak canggih Su ni.. T__T *

Sekian untuk ceritera semalam... ^__^

Wassalam..