Panik!

Assalamualaikum. Cinta.

As usual rutin harian hari ni, datang seawal pagi.. Elak jammed.. (Tidur berjemaah sekejap termasuk dalam rutin harian sekali sekala.. Muahahaa) Breakfast as usual with gf and other guys.. Nice morning today..

Suddenly, almost tengahari, dapat mesej dari Mama, Hadirah demam panas dari semalam.. So, panik sekejap.. Nak fokus kat kerja tak senang hati.. Siapkan kerja laju-laju.. Stress pulak sebab ingat tak banyak problem.. Boleh pulak ai tak ingat ada migration kat Perak hari ni.. Then ada problem pulak.. -__-"

Tengok jam dah 12.00 pm.. Eh! Nak kena pi kwsp lagi ni.. Kalau tak pi, tak settle la dokumen yang nak bawa esok.. -__- Kena balik awal ni.. Dok ingat kat Hadirah lagi ni.. Hati tengah meroyan lagi ni..

Inform bos, nak kena balik awal jugak no matter what.. Bos kata ok, ai lagi ok.. fuhhhh..

Disebabkan nak cepat sangat balik, hati pulak entah ke mana, fikiran pun dah melayang-layang sampai ke mana entah, sampaikan terlanggar belakang kereta orang tadi! Hah! Ambik! Kan dah kena! Hadoi la.. Apasal la dengan ai hari ni..

Memang panik sangat! Blurrr.. Tak tahu nak cakap apa.. Tergamam kat tepi jalan.. Cuak pun ada.. Dalam hati, apa la nasib kejap lagi..

Mujur la bila dok sembang-sembang dengan brother tu, last sekali dia kata takpe la.. Ai macam tak caya, biar betul.. Takkan la takpe la je.. Dia kata takpe.. Ai macam terkejut sekali lagi.. kalau dah dia kata takpe, ai pun diam je la..

Ai tergamam jugak la sekejap sebelum akal waras inform ai kan nak tengok Hadirah. Nak kena ambil En. Along lagi ni.. Nak singgah kwsp sat.. On the way tu memang gigil tangan la sepanjang jalan.. Dok bebel marah diri sendiri.. Macam mana la boleh tak perasan kereta tu berhenti.. Haishhhh.. Ai langsung tak tengok apa ajdi kat depan kereta ai sampai sekarang ni.. Esok la baru nak tengok betul-betul..

Apa pun, saya mintak maaf ye bang! Saya tak sengaja and memang salah saya kan.. Tq sebab awak just let it go camtu je.. Masih ada insan yang baik hati lagi di hari Jumaat ni..

After ambil En. Along, ambil semua dokumen yang perlu untuk esok, singgah kwsp jap.. Then terus gerak balik KKB.. Dah tak sabar nak jumpa Hadirah..

Oh ya! Mama tak bawa Hadirah pi hospital sebab memandangkan keadaan Hadirah yang demam panas dan panas tu sangat tinggi, ada possibility Hadirah akan ditahan di wad.. So, sebab tak sanggup tengok dia kena tahan, masuk air bagai, Mama bawa pi klinik panel.. Masuk ubat terus ikut punggung sebab nak bagi panas turun dengan cepat.. Dalam hati ni, doa supaya Hadirah cepat sembuh.. Kesian sangat kalau dia sakit.. Dia memang jarang jatuh sakit tapi kalau sekali dah jatuh sakit, memang teruk,,

Sempat lagi tapau makan sebab Mama kata dia tak masak.. Abah pun tapaukan untuk Mama dan Adik untuk lunch..

Sampai je rumah Mama, terus terjah Hadirah.. Tengok dia macam mana.. Panas dah kurang.. Puas jugak la dok pujuk dia.. Agaknya jauh hati, dia kena tinggal hari tu.. Lama jugak la dok pujuk pujuk.. Sesi drama pun bermula la..

After a while, Hadirah tidur lena untuk beberapa jam sebab ai dok peluk dia.. Rindu Mummy la tu.. Kan..kan..kan..?



Mama kata dia kejut Mama jam 2.00  pagi before that, cakap dia sejuk.. Time tu la baru tahu dia demam.. Mama pun letak la cool fever dan dok jelum kepala dia dengan air.. Kesian.. tak tidur tidur start dari situ.. Time ai balik baru dia tidur lena.. Sampai maghrib tadi, ai kejutkan dia.. Alhamdulillah dia dah ok.. Menunjukkan tanda-tanda demam hampir pulih.. Cuma dia jadi tersangat la sensitif.. Kalau tak kena gayanya, mau la dengar tangisan drama queen dia tu..


Malamnya ni nampak dah ok sikit.. Dia pun dah makan ubat.. Tang makan ubat dia memang laju.. Pantang offer, laju je.. Makan sendiri lagi tau..


But now, dia ni tak berapa nak lena.. Dok merengek rengek semacam.. Confirm malam ni ai tak lena tidur.. Kalau mata panda esok, faham faham je la..


Wassalam..

1 comment:

  1. Kesiannya baby sakit ye...mesti mama dia tak lena tido...tk care

    ReplyDelete