[Nota] Semanis Kurma : Talak Tiga

Assalamualaikum. Cinta.

Semanis Kurma : Talak Tiga
TV 9
17 Oktober 2013
9.30 malam
Panel Jemputan : Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim

Talak
- Menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan
- Menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya.
- Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga.
- Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.

Punca-punca Rumahtangga Tidak Bahagia
1. Gagal pikul tanggungjawab
- orang lelaki (suami) sepatutnya jadi pemimpin kepada isteri/isteri-isterinya
- terjadinya perceraian adalah kerana masing-masing tidak pandai mengatur rumahtangga
- suami tidak tahu tanggungjawab terhadap isteri dan isteri juga tidak tahu tanggungjawab terhadap suami

2. Kurang komunikasi
- ada masalah, suami dan ister, pendam
- konflik orang ketiga
- penyelesaian : bincang dahulu

3. ( will update later.. terlupa point ni.. -__-" )

4. Masalah kewangan
- orang lelaki (suami) perlu mencari rezeki untuk perempuan (isteri)
- masa kini, orang perempuan lebih dominan. Lebih ramai orang perempuan di Universiti berbanding orang lelaki

5. Tiada sekufu
- level pembelajaran
- sekiranya seorang perempuan itu ada BA, sekurang-kurangnya lelaki itu ada BA juga
- melihat dari aspek, siapa yang kita nak bersama itu

6. Tersalah meminta nasihat dari orang lain

Hukum
- diantara halal dan haram (makruh)
- harus sekiranya takut akan kemudaratan kepada si isteri

Syarat untuk berkahwin semula setelah talak 3
1. Habis 3 kali suci (habis idah) dengan suami yang pertama (bekas suami)
2. Si isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain setelah tempoh idah
- sekiranya si bekas suami (suami yang pertama) memberi upah kepada seseorang untuk menjadi "cina buta' dan berkahwin dengan bekas isterinya, maka itu adalah haram.
3. Suami yang kedua telah menyetubuhi isterinya
4. Suami yang kedua menceraikannya setelah itu
5. Habis tempoh idah dengan suami yang kedua

Cara mengelakkan perceraian
1. Bergaul dengan baik
2. Bersikap realistik
3. Guna akal
4. Tegur dengan bijaksana

Rumusan
1. Kuatkan keimanan kepada Allah swt
2. Bersabar dengan kekurangan, bersyukur dengan kelebihan
3. Kawal kemarahan dengan istighfar
4. Doa
- Surah Ali-Imran ayat 173
- Surah Al-Furqan ayat 74
5. Jika masih sayang, maafkan segala kesalahan

"Perkahwinan itu indah, perceraian itu musibah" 
- Ustazah Siti Nor Bahyah

***sekiranya ada kekurangan dalam nota, harap maafkan.. hanya ini yang sempat dicatatkan malam ni.. will update mana yang kurang later on..sekiranya masih ada "rajin" itu..

Wassalam...

No comments:

Post a Comment