Kenapa

Assalamualaikum. Cinta.


Kadang-kadang kita terlupa.. Apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.. Kita terlupa siapa kita ini sebenarnya.. Siapa yang menghidupkan kita.. Siapa yang mematikan kita.. Siapa yang menurunkan dugaan dan ujian kepada kita..

" ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
.....Surah Al-Baqarah ayat 286

Kita sering tertanya-tanya, kenapa ini sering berlaku? Kenapa kita yang dipilihNya? Kenapa mesti kita yang hadapinya? Kenapa kita yang melaluinya? Kenapa tidak orang lain? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan)."
.....Surah Al-Imran ayat 200

Soalan demi soalan kita tanyakan pada diri.. Namun adakah kita berhasil menemukan jawapan yang pasti?

Ingatlah bahawa semua orang pernah diuji dan ada yang sedang mengalami ujian itu.. Namun, senyumlah.. Dengan senyuman dan keceriaan kita mampu untuk menghadapi ujian hidup walaupun ada ketikanya perit dan mengecewakan malah melukakan.. Redhalah..

"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal."
.....Surah At-Taubah ayat 129

".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."
.....Surah Yusuf ayat 12

Wassalam..
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. walaupn susah dan berat dgn segala ujian drnye semua ade hikmah yg tersembunyi... ;) hadapinye dgn tenang..insya allah dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Allah tidak menduga seseorang hamba itu kecuali sekadar yang mampu ditanggung olehnya. Salam kenal.

    ReplyDelete