Kek

Assalamualaikum. Cinta.

Semalam, sesampai je kat rumah Mama, Hadirah terus datang terpa.. Seronok sangat dia.. Tengok dia macam tu, kesian dia.. jumpa Mummy hujung minggu je.. Tak macam kanak-kanak lain..

Lepas tu, masuk je dalam rumah, "Tadaaaa.." katanya.. Ingatkan apa..rupanya dia nak tunjuk kek yang Onie buat dengan dia.. Lama dah rasanya Mama tak buat kek.. After arwah Angah meninggal dunia, setiap kali Mama buat kek, mesti kek tu tak jadi.. So, lama-lama Mama pun malas la nak buat..

Ni first time Mama buat kek after bertahun-tahun lamanya.. Alhamdulillah kali ni kek tu menjadi.. Agaknya berkat pengganti arwah Angah ni.. Ada assistant chef yang baru.. Siapa lagi kalau bukan Hadirah ni..


Seronok la si Hadirah..dapat tolong Onie buat kek kan.. Dia la yang paling sibuk sekali.. Dia la yang tolong pukul telur, tepung bagai. Memang rajin la dia kan.. Lama-lama ni mesti pndai masak kan.. Baru 2 tahun setengah.. Ok la kan.. Belajar dari kecik lagi..


Tadaaa.. Hadirah kata sedap..


Bersungguh dia makan.. tapi memang sedap pun.. dah lama tak rasa kek hasil air tangan Mama.. >.<  Jangan tanya ai okeh macam mana nak buat kek ni.. Ai tak pandai and ai tak minat buat kek ni.. -__-

Wassalam..

No comments:

Post a Comment