I'm Sorry I Miss You..

Assalamualaikum. Cinta.

Rindu?
Ya.. Rindu..
Rindu itu tetap hadir..
Walau sekuat mana ianya ditepis, ianya tetap hadir..
Setiap saat yang berlalu tersisip rasa rindu itu..
Rindu bukanlah satu.. dan rindu juga bukanlah semua..

Rindu itu fitrah manusia..
Setiap insan pasti merasai rindu itu..
Tak dapat lari dari kenyataan tentang rindu itu..
Semakin jauh kita berlari, semakin dekat ia menghampiri..
Rindu itu seolah-olah bayang-bayang yang setia mengikuti kita siang dan malam..

Maaf..
Andai rindu yang hadir ini tidak disenangi..
Datangnya tanpa diundang..
Perginya tanpa dihalang..

Maaf..
Bauan rindu itu masih segar diingatan..
Sukar untuk dihilangkan..
Masih kekal jauh di sudut hati..
Walaupun kadang terasa telah dilupai..

Andainya..
ditakdirkan rasa rindu itu hilang suatu hari nanti..
Maka sampai di situ jua takdir yang membalut nyawaku..
Hilang jua bauan rindu itu..
Terbang di bawa pergi angin malam nan kelam..


"Bismillah..
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ 
وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ 
إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ 
(رواه الترمذي وقال حديث حسن)
“Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu 
dan cinta orang yang mencintai-Mu, 
amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu.
 Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai 
melebihi cintaku pada diriku sendiri, 
keluargaku, dan air dingin.”
 _HR. Tirmidzi_


rindu.. jangan pergi.. temanilah aku di sini..

Wassalam..

2 comments: