Hati dan Fikiran

Assalamualaikum. Cinta.

Kadang-kadang sukar nak faham isi hati sendiri. Apatah lagi isi hati orang lain.. Apa yang terbuku di hati memang sukar untuk diluahkan.. Nak diluahkan, takut-takut disalahertikan. Nak disimpan, sakit yang dirasa tak tertanggung dek sekeping hati ini..

Kadang-kadang fikiran juga susah untuk berfikir secara waras. Ada sahaja logika dan fantasi datang silih berganti. Hingga kadang-kadang tu tak tahu mana satu yang realiti, mana satu yang hanya mimpi..

Memang hati dan fikiran susah untuk dikawal.. Namun jauh di sudut hati yang satu itu, masih menginginkan fantasi menjadi realiti.. Masihkah ada peluang untuk mimpi jadi kenyataan? Atau mimpi itu hanya tinggal mimpi? Fikiran juga sering bertingkah dengan kata hati melalui logikanya.. Amat menyesakkan dada.. Sampai bila harus begini? Bertelingkah antara hati dan fikiran..

Moga-moga hati dan fikiran akan bersatu jua suatu hari nanti..

Wassalam..
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. klu nk mengenali ati kite sndiri mybe boleh lg depend..tp yg ssh nye bile nk memahami ati org lain..kite sendiri tak dapat jangka ape2..jadi kne pkir positif ajela ;)

    ReplyDelete