Balik Kampung : Day 2

Assalamualaikum. Cinta.

Date : 13 October 2013
Location : Kamunting + Sungai Petani

Pagi
Hujan sepanjang malam dan pagi hari ini.. Memang lepas Subuh, tarik selimut lagi. Plan asal nak pi pasar pagi Kamunting.. Tapi kalau hujan-hujan macam ni, nak pi pasar pun gigil kaki tangan.. Alih-alih pi pasar dah jam 11.00 pagi.. Hadirah pun we all tinggal. Pi berdua je sebab time tu still hujan.. Lagipun nak beli bahan nak masak rendang ayam.. Abah pun nak masakkan rendang ayam kampung..

On the way tu, baru je beberapa km jalan, tiba-tiba bunyi pelik.. Mana datangnya bunyi pelik semacam ni..?
"Mana datangnya bunyi ni?"
"Cer Su tengok, tayar belakang pancit ke?" 
"Nak tengok kat mana" 
"Laa..kat cermin kecik tu.. Nampak kan?" 
"Ooo..ok.." "Aah la.. tayar pancit.. dah flat semacam je.."
"Kita kena pusing balik la ni.."
"Lambat la pi pasar ni.. Camne boleh pancit ni?"
"Abang dah syak dah tayar ni bocor. Maybe bocor halus sebab tiga tayar yang lain ok lagi.. Satu ni je yang kurang angin banyak.. Tapi nak tengok dulu betul ke bocor halus.."
"Hmmmm.. Nak kena tukar tayar spare ke?"
"Haa..nanti Abang call Abah dulu.. Nanti Su tengok camne nak tukar tayar.. Su kena belajar camne nak tukar.. Kang tiba-tiba kena tukar sendiri takde orang nak tolong, camne.. Kan dah susah.."
"Su call la sesapa.."
"Iye la kalau ada orang boleh nak di call.. Kalau time gi outstation ke.. camne?"
Erk.. Garu kepala tak gatal..


Sambil jalan slow slow, call Abah.. Abah suruh tinggalkan kereta tepi jalan. Then nanti dia datang ambil.

Tunggu punya tunggu, Mama yang datang.. Mama kata hantar dia balik dulu.. Abah suruh tinggalkan je kereta kat situ.. Then pi pasar and beli apa yang patut dulu.. Balik nanti baru la settle kan kereta tu..

Kesian Mr. Kacak kena tinggal kat tepi jalan...


Tengahari
After beli-belah kat pasar Kamunting tu, pi beli ayam kampung pulak.. Bercinta menunggu turn.. Ayam kampung fresh ni.. Tangkap kat situ then siap sembelih and proses kat situ jugak.. Ai tak turun kereta la jawabnya.. Macam dah boleh agak camne keadaan kat dalam tu.. Dengan orang ramainya.. ayam lagi kan.. Mampu ke tahan hidung.. Hahahaha..


Petang
After settle bab masak by FIL, En. Along pi tengok kereta dengan FIL.. Dah la hari ni hari Ahad.. Sure banyak kedai tutup kalau nak tampal tayar pun kan.. Mujur la ada satu kedai je yang buka area situ. En. Along kata dia tak tukar pun tayar spare. Dia jet kereta, tinggalkan kereta kat situ. Bawa tayar pi kedai je.. Rupa-rupanya ada mata pisau potong kertas tu kat tayar. Panjang jugak la bocor dek kerana pisau tu. Kena la tampal 2 kali.. Abah kata maybe kena kat mana-mana ni.. Office En. Along atau office ai.. Tapi tak mustahil jugak kat tempat parking mana-mana ke.. Mana la tahu ada orang buang mata pisau tu.. Haishhh..dah nasib badan.. Dah nak kena, nak buat camne kan..

After that, kami lunch dulu. Then siap-siap nak pi Kedah pulak.. Tengok Tok En. Along.. Sakit teruk jugak katanya.. Abah pun baru tahu. Tu yang siap masak cepat-cepat. Tak jadi Abah nak masak rendang ayam hari ni.. Kena postpone dulu..

 * sebakul mainan nak bawak.. huhu.. *


Kami bertolak dalam jam 3.00 petang. Hujan sepanjang jalan hari ni.. Nak konvoi sekali dengan family Pak Ngah tapi Pak Ngah tertinggal. Maybe Pak Ngah bawak slow slow jugak kot. FIL pun drive slow je. Kononnya nak tunggu Pak Ngah. Tapi lastly kami tunggu kat after tol Bertam sebab tak nampak-nampak kereta Pak Ngahnya. FIL asyik calling calling adik dia on the way tu. Risau kat adik dia sebab tak nampak nampak lagi. Tak lama lepas tu Pak Ngah sampai.. Satu kereta je yang sampai. Satu lagi dah terlepas dah ke depan. So, ada Pak Ngah, Mak Ngah dengan anak lelaki dia as driver. Anak yang lain dah terlepas dah.. Maybe dah sampai kot.. 

Sampai je rumah Makcik Umi kat area Sungai Petani, diorang kata Tok ada kat Hospital Kepala Batas.. So, gerak pulak ke hospital..

Actually Tok baru je discharge.. Ni kena pi hospital balik.. Kat emergency pulak tu. Ingatkan masuk wad balik.. Diorang kata Tok memang dah teruk.. Biasa la..bila dah berusia ni.. Macam-macam sakit datang dan pergi.. Sakit itu kan ujian.. Sakit tu jugak kifarah dosa..

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." [Ali Imran: 200]




Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

After dah tengok dan jumpa Tok kat hospital, kami pun gerak pulang.. Before that, sempat pekena "Nasi Arab" kata Munirah tapi bila rasa macam Nasi Kandar je.. Tak serupa Nasi Arab langsung walaupun dah terang-terang tergantung banner "Nasi Arab".. Serius ni..tak rasa mana "Arab"nya..


Malam
Sampai Kamunting memang dah malam pun.. Dah dekat nak Isya' dah.. After mandikan Hadirah, MIL kata makanan kucing dah habis.. Mana ada pet shop bukak lagi time time camni.. Lastly, kami keluar balik, pi Tesco je la yang bukak lagi.. Time tu dah 9 lebih dah.. So, beli je sikit apa yang ada.. Bawak Hadirah, dah sah sah kena beli something untuk dia.. kalau tak, tak balik la jawabnya.. -__-

***Nantikan cerita hari seterusnya... ^__^

Wassalam..

Entri yang lepas - Day 1

1 comment:

  1. dugaan tu..hadapi dengan tabah..hihih...penuh aktiviti ye..

    ReplyDelete