Balik Kampung : Day 1

Assalamualaikum. Cinta.

Date : 12 October 2013 (Sabtu)
Location : KKB + Kamunting

Pagi
Sebelum gerak balik Kamunting, breakfast Mama masakkan nasi lemak berlaukkan sambal udang dan telur dadar.. Marvelous!!! So delicious.. Lapar..


Then sempat lagi ber'posing' before gerak pulang. Adik pun nak pi Seremban.. Ada kenduri katanya..



Shawl ni ai baru beli.. Glitter shawl dari Rania Uzlah.. Cantik-cantik color yang ada.. (promote sikit..hihi..). Tiba-tiba berkenan nak pakai shawl glitter ni.. Ai rembat 3 sekaligus.. Ada ura-ura nak rembat lagi ni.. Selesa dan senang nak dibentuk..


Yang 2 orang, kiri kanan Mama dan Abah tu adalah kawan-kawan baik arwah Angah.. Diorang tak pernah lupa datang rumah sekali-sekala.. So, memang jadi anak angkat la jawabnya.. Ada lagi 2 orang anak angkat Abah and Mama yang always datang jugak.. tak kira la raya ataupun tidak.. Diorang la yang selalu jaga Adik.. Walaupun tak diminta buat camtu.. Alhamdulillah.. Hilang seorang, namun Allah swt datangkan pengganti lebih dari seorang walaupun tak sama macam anak sendiri.. Sekurang-kurangnya dapat jugak lepaskan rindu yang sekian lama terpendam..


On the way, takde buat apa, dok ambil gambar dengan Hadirah.. Hadirah pulak sibuk dok tengok waze.. Pandai dah dia.. Seronok dengar dia berceloteh.. Sakit perut gelak..




Lama jugak perjalanan kali ni.. Hujan pulak sepanjang jalan. Sesekali panas then hujan balik.. Jalan pun jammed jugak sekejap-sekejap..



Dah sampai RnR Sungai Perak, kena mandikan Hadirah. Tukar baju bagai..sebabnya Hadirah yak pulak.. Nasib baik la ada RnR time tu walaupun agak jauh la. Azab menahan bau sementara nak sampai RnR.. Bukan dia nak cakap.. Tau tau je dah bau semacam.. Makin besar, makin nak jadi baby balik.. Dulu masa baru-baru pandai berakap, pandai dah bagitau dia yak ke.. Sekarang ni kalau tanya, dia kata takde ape.. 
-___-"

En. Along pun call Mama dia, dok tanya ada pi mana-mana tak. Ada apa-apa makanan kat rumah tak... Dah sah-sah takde sebab kami balik ni tak cakap.. Surprise la kononnya.. Alih-alih surprise sendiri la jawabnya.. Tapi takpe.. Ada chance la nak try "Nasi Vanggey" la jawabnya..

Sampai Kamunting, makan dulu la.. Lapar sangat dah ni.. Ni kira lunch and makan malam sekali la..



Oh! Nasi dia macam nasi kandar je.. Tak tahu apa yang lainnya.. Orang kata kedai ni cawangan "Nasi Ganja" kat Ipoh tu.. "Nasi Ganja" pun ai tak try lagi.. Orang kata lagi, kat Ipoh tu lagi sedap.. Tak tahu la.. Sesapa yang pernah try "Nasi Ganja" tu, boleh la cerita sedap ke tak.. Nanti Ai nak pi try pulak..


Sampai rumah dah lewat pun.. Relax relax.. Hadirah pun bukan main suka lagi jumpa Makcik dia.. Dok sibuk main dengan makcik dia.. After maghrib kami keluar lagi.. Kali ni pi pasar malam kat pekan Kamunting..




Ai beli makanan ringan ringan je macam keropok lekor, apam balik.. Then beli keropok dari laksa.. Sedap jugak.. Pelik.. Sebab buat dari laksa.. beli terus 2 balang.. Tujuan asal pi pasar malam ni nak cari mainan Hadirah.. pistol tembak-tembak yang keluar buih tu.. Yang ada dah rosak.. Seronok la dia dah dapat yang baru..kalau tak, bising nak main "pish" (pistol bentuk fish)

Tak sampai kat rumah lagi dah habis sebotol air sabun tu.. T__T Dia dok main kat pasar malam tu sampai masuk kereta.. Then kena marah dengan papa dia sebab main dalam kereta.. Apalagi, menangis la.. Manja sungguh! Tak boleh tegur sikit.. -__-"

Nanti ai sambung cerita what happen in the next day okeh! Nak kejutkan Hadirah kat sebelah ni.. Lama sangat dia tidur..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment